Memaparkan catatan dengan label Haji. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Haji. Papar semua catatan

Rabu, 17 Februari 2010

Entri Merapu Kepada Boss Ensem

Ini adalah entri rindu alias merapu yang pertama kalinya aku tulis. Khusus untuk boss aku yang sangat-sangat ensem itu. Aku tahu boss aku tak akan baca. Dia tahu aku ada blog sebab beberapa rakan sering menyebutnya semasa mesyuarat bulanan. Kononnya penggunaan blog ni macam terkini, tapi...dia tidak pernah tahu tentang blog ini. Jadinya, kemungkinan untuk dia baca sangat rendah.

Aku sebenarnya sangat kagum dengana baru kami itu. Bila tersebar ura-ura bos lama akan pindah ke tempat lain sebagai bos juga, petanda dia akan dilantik sebagai bos memang kami dah nampak. Ramai yang bersyuklur. Konon-kononnya dia lebih “memahami” impian kami semua, dia lebih adil dan baik kerana sifat waraknya, dah tentu corak pemerintahannya akan sama seperti wazir agung dunia lampau yang kita temu dalam kitab tua. Itulah harapan kami. Dan harap itu lebih berbunga-bunga bila musim haji yang lepas, (kata ayah, haji besar), Pak Lah yang kita sayangi itu juga ke sana menjadi tetamu, bos baru aku yang ensem itu juga mengunjunginya.

Kami ramai-ramai doakan agar dia mendapat haji yang mabrur. Haji yang diterima. Dan kembalinya dia semula menjalani musim pemerintahan, dia menjadi lebih baik. Lebih alim. Lebih warak. Cakapnya pun semakin kurang. Jalannya makin tunduk. Dan semua orang lebih kagumi dia. Aku juga. Aku harapkan dia benar-benar menjadi ketua yang akan buat keputusan, memimpin dan bertindak berlandaskan nilai Islam yang dipegang. Kononnya zaman kegemilangan pemimpin-pemimpin yang berpaksikan ketamudan Islam telah muncul setelah berlalunya era ala-ala yang sukar untuk dilabelkan sebagai apa. Nak kata sosialis, macam musim pemerintahan Malik al Walid, nak kata komunis, ada jugak nilai murni nak majukan ummah. Mahu dinilai sebagai tamadun muawiyyah, macam pula bintang tiga. Macam zaman Jepun pun ada. Pendek kata, terjajah dalam senyuman. Apa-apapun musim dah berlalu. Dia sedang meluaskan tanah jajahannya di tempat baru. Bila berada di tempat baru, aku sangat berharap agar dia sedar betapa berbahagianya dia ketika bersama-sama kami dahulu berbanding rakyat lain di tanah jajahan barunya.

Kata orang puteh “jangan nilai buku berdasarkan kulit”, begitu juga dengan setiap manusia. Ada masa, kulitnya memang cantik, comel dan menawan sekali. Siap dengan warna lembut dan indah. Ada lukisan bunga rumput yang comel bagai. Ataupun, ada juga rama-rama cantik yang berterbangan di kudup bunga kecil itu. Di alam nyata, indah masihkah sebegitu?

Kepada Bosku yang Ensem, Harapan kami memang menggunung untuk berada di bawah pimpinan yang betul. Kami mengharapkan limpahan kurnia bila berpayung di bawah pimpinan yang adil. Kami harapkan bos yang ensem ini lebih memahami keperluan setiap orang yang berada di bawah pimpinannya.

Memberi peluang secara sama rata, bukannya kepada orang-orang tertentu yang disukai, dan, mengabaikan orang lain yang tidak disukai. Mendengar secara lebih “terbuka” dari semua pihak, bukan hanya kepada mana-mana orang yang pandai manipulasi kata-kata semata. Bukan sekadar mendengar pujian yang menggunung tinggi, namun pada masa yang sama terisi racun yang menular sisa. Kami harapkan bos yang ensem itu sudi juga mendengar kata-kata terkandung duri yang merobek-robek tangkai hati, namun duri itulah yang perlu kita cabut sama-sama. Agar nanti terhindar nanah. Agar juga dapat disapu darah dari lelehnya tujukan. Kemudiannya, sama-sama kita sapu minyak gamat. Kalaupun parutnya akan sentiasa ada dan sukar untuk kita hilangkan, paling kurang nyilu dan bisa dari luka itu dapat kita sembuhkan.

Bukan mudah untuk jadi bos. Buat masa ni aku memang belum layak untuk jadi bos, namun peluang tetap ada. Sayangnya, itu bukan cita-cita utama. Banyak sebabnya. Besar tanggungjawabnya dengan Allah, dengan diri, dengan orang lain. Menjadi bos perlu dengar dari setiap orang yang terlibat. Perlu juga selidik betul benar tiap perkara yang ditohmah agar nanti tidak berlaku bias. Tidak menyalahkan orang yang tidak bersalah. Tidak menghukum secara tergesa sebelum selidik. Tidak juga menyekat peluang kepada orang-orang tertentu walaupun orang itu kita tak suka. Kalau memang orang itu layak untuk lakukan jaringan dengan dunia luar, perlukah kita tahan? Wajarkah kita sekat? Hanya kerana kita jadi bos yang ensem tetapi tidak dijemput, wajarkah peluang orang lain kita sekat dengan kuasa kebal kita sebagai bos?

Kalau kita jadi bos, memanglah rasa macam tercabar kalau anak buah kita yang “entah apa-apalah sangat” pencapaian atau prestasi tahunannya itu, tiba-tiba mendapat undangan dari luar sebagai tetamu di tempat mereka. Apalah istimewanya staf kita yang entah apa-apa pencapaiannya itu hingga diundang sebegitu rupa. Bukankah kita yang dah bergelar profesor ini lebih layak. Maklumlah kita ni kan profesor. Kita ni kan ketua. Kita ni kan bos. Lagi tak masuk akal bila undangan itu datangnya dari luar negara. Luar negaralah katakan. Mana mungkin staf kita yang entah apa-apa itu boleh terkenal hingga ke seberang kan? Memang tak masuk akal.

Kalau kita jadi bos, mampukah kita untuk tidak mencantas anak buah daripada naik ke atas dan terima apa yang patut dia terima, walaupun, kita rasa kita yang lebih layak. Tahan hatikah kita melihat sahaja anak buah menderu-deru, berbondong-bondong mencipta kejayaan, apalagi berpeluang pulak cipta nama ke tanah seberang? Besar jugak cabaran perasaan ya, bila kita jadi bos ni.

Menjadi bos memang bukannya mudah kan? Kalau ada seorang staf di bawah pengawasan kita telah menyihir staf yang lain, bagaimana kita harus bertindak? Macam mana kita perlu bereaksi? Ambil peduli atau biarkan? Atau hanya mendengar sepenuhnya kata-kata sang penyihir? Kemudiannya, perlahan-lahan pula kita pun berada di bawah kekuasaan si tukang sihir. Sebenarnya, siapa bos? Kita ke atau si tukang sihir? Yakinkah kita untuk sentiasa berfikiran “waras” bila semua perkara akan berlaku atau tidak akan berlaku hanya setelah kita kata “ya” atau “tidak”.

Ngantuklah...angin bercuti sempena Tahun Baru Cina (dengan ngauman Rimau) masih tebal. Malaslah pulak nak mengomel pasal bos aku yang taklah berapa ensemnya pun. Saje je aku cakap ensem tu untuk bodek dia. Sekarang ni, bila dah rasa mengantuk macam ni, aku tetiba je rasa bosan untuk bodek ayat-ayat penuh gula (Gula dah naik! kurangkan penggunaan gula, elakkan diabetis...iklan jab!). Tak de maknanya!

Jadi kawan-kawan, izinkanlah aku hentikan aje rapu tak bawa faedah ni di sini. Neskafe panas pun dah siap bancuh...nak menghayati kenikmati kafein tiap kali alirnya laju menerpa kerongkong. Nak rasai kenikmatan bila tiap titik darah mendapat aura...layan je lah neskafe kaw kaw ni (30 minit selepas tu aku memang sangat yakin, mata ini akan tertutup sepenuhnya dan melayar bahtera ke alam mimpi syahdu). Orang masih bercuti...semangat nak kerja untuk hari ni memang tak ada langsung (Itulah antara ciri orang yang tak wajar jadi bos)

Isnin, 14 Disember 2009

Kepulangan Yang Dinantikan

Nampak macam tajuk lagu raya nyanyian Aman Shah je kan? Pinjam kejab, tak kan tak boleh kot!

Kepulangan Mek dan Ayah dari tanah suci dijadualkan pada Rabu 9 Disember 2009 jam 8.40 namun deeley 2 jam 40 minit. Mek telefon dari Madinah pada petangnya. Jadi kami lambatkn sedikit jadual untuk ke KLIA. Namun, ketika sedang bersiap, abang sulung kami dari kampung telefon beritahu yang Tabung Haji baru sahaja maklumkan bahwa mereka dijangka tiba pada jam 12.23 tengah malam.

Hampir jam sebelam baru kami bertolak ke KLIA melalui Putrajaya. Perjalanan lancar hingga ke bulatan berhampiran KLIA. Entah macam mana kami terbabas ke jalan keluar arah Kuala Lumpur (Dah seminggu spek aku hilang, manakala adik ipar yang memandu pula tidak biasa sangat dengan jalan di KLIA itu). Dukacitanya, sesiapa yang salah masuk lorong macam kami, terpaksa buat pusingan U di tol Putrajaya. Itu tempat yang terdekat. Dah tentu bukan kami sahaja terbabas di tol itu bukan? Biasanya ada ruang untuk buat pusingan U sebelum tol. Gamaknya, orang-orang yang pergi ke KLIA tu semuanya guna teksi hu hu hu...

Hampir jam 12.30 baru kami sampai setelah belok dan pusing entah ke mana-mana hal. Orang memang dah ramai, kami tak tahu entahkan nampak tidaknya Mek ayah nanti masa mereka keluar nanti. Mereka adalah orang pertama yang keluar, jadinya mudah untuk kami serbu ke laluan.


Masa tu dah lewat sangat, lebih kurang 1.30 pagi. Dah mengantuk sangat-sangat setelah begitu banyak tenaga digunakan sepanjang hari. Entah berapa banyak menguap. Namun, wajah mereka ceria saja. Gembiara sangat. Seronok je bercerita itu ini di tengah malam buta tu, sedangkan kami yang tunggu ni dah rasa nak pengsan. Siap nak tunggu dan bertemu kawan-kawan rapatnya sepanjang masa menunaikan fardu terakhir itu. Siap berjanji demngan kawan-kawan barunya untuk buat kenduri as-syura lagi bila balik ke kampung. Sebenarnya, itu pertama kali aku nampak mereka benar-benar gembira walaupun kalau ikutkana teorinya, sepatutnya mereka dah kantoi kepenatan setelah perah tenaga lebih sebulan dan berada dalam penerbangan yang lama. Kami sampai di Semenyih (rumah kakak) hampir jam 3 pagi. Bau harum roti celup telur buatkan perut tetiba sahaja jadi lapar. Mereka pula gembira ria saja bercerita itu ini bagaikan hari masih siang.

Esok pagi kami pack semula beg yang mereka bawa memandangkan airasia benarkan 45kg sahaja untuk 3 orang. Sebuah beg yang berisi pakaian dan kain ehram yang dah ada bau masam kami letakkan dalam beg yang bakal dibawa balik kampung abang ipar pada hari Sabtu nanti. Barang-barang dan cenderamata yang mereka beli dibawa balik sepenuhnya dalam 3 buah beg (entah bagaimana berat ke tiga-tiga beg itu adalah 44.9kg). Air zam-zam dan 2 buah beg lain kami bawa ke dalam pesawat.

Walaupun ini kali kedua menggunakan LCCT, namun, iainya berbeza. Masa ke Bandung tempohari, kami gunakan pintu pelepasan antarabangsa. Kali ini dalam negeri pula. Masalahnya, dah seminggu aku kehilangan kaca mata. Jadinya, pandangan memang kabur. Berbalam. Nak pergi ke kaunter check in pun perlu tanya orang. Apalagi nak cari pintu pelepasan. Masa Mek ke tandas dan ayah sedang tunggu kat luar, aku melilau sebentar. Kalau tak buat macam tu, karang mereka juga kena berjalan jauh dan pusing-pusing. Lagi lambat adalah.

Kami minum di mary brown sekejab. Minuman panas dengan satu set ayam goreng dan nugget. Itupun penat nak habiskan. Maklumlah, bukan makanan kegemaran mereka. Ayah pula masih kenyang setelah entah berapa kali tambah masa sarapan rumah kakak paginya (Ayah akan sarapan dengan nasi berlauk, takat mehun goreng atau biskut je, mana dia main). Berselera dia makan dengan nasi keras. Di tanah suci, nasinya lembut sangat. Tak kena dengan selera dia.

Dalam pesawat, mereka berebut nak duduk tepi tingkap. Tahan je nak gelak, tapi aku memang akui yang hubungan mereka lebih rapat dan akrab sejak ke sana. Maklumlah banyak benda yang mereka buat tidak diganggu dek anak-anak ataupun dalam bahasa yang mudahanya, mereka harungi banyak perkara bersama-sama dalam tempoh itu. Akhirnya ayah mengalah sebab masa datang dulu, dia yang duduk tepi tingkap. Kali ni peluang Mek pula.

Walaupun tempat duduk sebelah ayah masih kosong, tetapi aku diletakkan di tempat duduk belakang. Orang Airasia ni macam saje je nak bagi peluang depa dua orang tu berseronok nikmati perjalanan tanpa aku ganggu. Boleh gitu?

Di Airport KB, dari jauh lagi ayah dah nampak cucu dia, si kembar Haikal dan Hakim. Adik dari Penang, adik bongsu dan mak cik Jah (kakak ayah) yang datang selain adik ipar bersama si kembar itu. Hanya sebuah viva dan sebuah citra. Kira sedang elok sahaja. Taklah sesak lapangan terbang kan?
Haikal dan Hakim. Haikal adalah muka berparut setelah tergolek2 di tangga.
Jam 4 lebih kami sampai di rumah. Saudara mara ramai juga yang menunggu. Mak Teh, sepupu-sepupu dan anak-anak mereka. Namun, dah tentu tidak seramai masa mereka berangkat dahulu.

Khamis, 29 Oktober 2009

Zulhijjah Datang Lagi I

Kami dikejutkan dengan kedatangan YB kawasan Chekok (aku sendiripun tak tahu nama dia, apalagi kenal wajahnya. Malas nak campur dalam bab politik) yang datang dengan mencedes hitam berkilatnya. Masa itu ayah pergi ziarah arwah datuk di tanah perkuburan belakang rumah kami. Memang dah lewat sangat masa tu, dah nak azan maghrib. Dia hanya tunggu di kepala tangga rumah kami (tangga dapur pulak tu). Kelam kabut adik aku yang tengah lap kereta cari ayah. Dengan berlagak aje aku kata “Najib (PM lah tu!) pun boleh tunggu ayah, apalah sangat takat YB Chekok je tu...” buatkan kakak iparku ketawa. Macam real je gitu hu hu hu. Hairan juga, macam mana Ybboleh kenal ayah? Entahlah...ayah bukan sesiapa, namun ada masanya dia bolehmengejutkan ramai orang. Dah lama hidup sikit, aku rasa makin tak kenal ayah hu hu hu.

Malam terakhir Mek dan Ayah berada di kampung, hingga jam 2 pagi mereka masih lagi melayan tetamu. Kami yang menjadi pembantunya itu dah terbongkang lelap sejak jam satu pagi lagi, tanpa mampu menahan lelah dan letih. Malam itu juga, beberapa orang saudara mara terdekat turut bermalam di rumah kami (Mak Cik Jah, Mak Jah, Tok Ayah Zahari dan Mat) kerana keesokan pagi kami perlu bertolak ke lapangan terbang Sultan Ismail, Pengkalan Chepa.

Selasa. 22 Oktober 2009. Ketika terjaga jam 4.30 pagi, bau ayam goreng menusuk hidung. Mak Cik Jah yang tidur di sebelahku sudah tak ada. Ikutkan hati, memang tak terangkat kaki dah untuk melangkah, apalagi bangkit seawal itu. Kalau aku yang masih muda inipun terasa sangat-sangat tidak bermaya, apalagi dengan mek dan mak cik-makcik yang lain. Nak tak nak, walaupun mata masih sukar untuk dibuka, otak tetap mengarahkan kaki melangkah juga ke dapur. Kakak ipar sudah siap masak nasi dan hampir menyempurnakan masakannya. Entah jam berapa dia dah bangun dan masuk ke dapur pada hari itu. Tabik spring padanya!

Sebelum subuh, kami dah siap sarapan. Macam musim puasa pula. Anak-anak buah yang turut dibangkitkan awal itu juga makan tanpa soal dan terus pergi mandi bila diarahkan. Seusai solat subuh, kami bertolak dari rumah. Abang yang jadi ketua, berada paling hadapan. Yang lain hanya jadi pengikut. Maklumlah, dah lama sangat tidak ke lapangan terbang, jalan yang digunakan untuk elakkan kesesakan perlu digunakan. Sebolehnya kami tidak mahu mengambil risiko untuk lambat sampai memandangkan hari tersebut adalah hari berkerja dan bersekolah.

Kereta bergerak paling laju 70km/j buatkan aku rasa nak lompat turun dan tolak dari belakang. Aku memang sangat jarang sarapan, apalagi makan pada jam lima pagi. Makan seawal itu memang mengundang perut meragam. Sesampai sahaja di terminal pelepasan, aku terus berlari ke bilik termenung dan redakan gelora yang menggulung di perut. Ketika ke tempat mereka berkumpul semula, masing-masing sedang berbual dan melonggo di situ. Nasib baik Tok Ayah Zahari dah punggah beg dan letak dalam troli. Mereka mati-matian ingatkan aku ke kaunter check in. Masa masih lagi panjang setelah siap check in. Semua beg dimasukkan ke dalam pesawat kecuali beg yang aku pikul (mengandungi sedikit pakaianku dan lap top) yang sedaya upaya aku limitkan beratnya. Maklumlah, airasia hanya beri kami bawa 45kg sahaja untuk 3 orang. Kalau MAS boleh muat hingga 60kg. Untuk pertama kaklinya juga airasia menetapkan nombor tempat duduk. Jadinya, kami tak perlu nak berebut. Kan bagus macam ni?

Semasa di lapangan terbang, beberapa orang saudara mara yang lain juga sudah mula sampai. Mak Ngah Jenab, Cikgu Husin suami isteri, pak cik, Paei (Syafie) dan beberapa yang lain. Ruang menunggu yang dikhaskan untuk seorang sahaja pengiring jemaah haji penuh dengan kaum kerabat kami. Ketika pengumuman keberangkatan masuk ke pesawat, adegan macam drama swasta pun bermula. Mek dan ayah sebenarnya tidak pernah pergi sejauh itu. Apalagi berpisah dengan kami dalam tempoh yang sangat lama.

Ini juga pengalaman pertama untuk ayah naik pesawat (Mek pernah naik sekali sebelum ini). Jadinya, kerisauan mereka memang tidak dapat disembunyikan. Gembira juga sebenarnya. Tambah lagi bila mereka pergi bersama-sama. Tempat duduk asal aku di lorong sebelah kerana tempat duduk di tepi tingkap milik orang lain. Namun, apabila penumpang itu sampai, kami bersetuju untuk tukar. Jadinya, ayah yang duduk di tepi tingkap. Bolehlah dia menikmati pemandangan di luar nanti. Sampai sahaja di ruang pelepasan, pengumuman keberangkatan berkumandang. Kami hanya duduk menanti penumpang lain pergi dahulu. Bila keadaan dah reda sikit, baru kami turut serta.

Kesian juga tengok Mek ayah bila terpaksa naik airasia; turun naik tangga. Rasa bersalah pun ada. Kalaulah budget tidak mengekang (MAS tawarkan harga RM64 sehala ke KB tetapi terlewat sehari menyebabkan harganya naik hampir tiga kali ganda. Seminggu sebelum balik, harga itu ditawarkan semula. Adussssss sakit mental jadinya!), aku tak akan biarkan mereka susah-susah sebegitu. Namun, hati sedikit terubat bila melihat mereka riang ria je sepanjang penerbangan; menikmati awan dan suasana pagi yang cerah sambil menikmati segelas milo panas. Mek benar-benar menghayati keenakan milo panas itu sambil paksa ayah habiskan dalam gelasnya sebab tak mahu membazir (baginya memang tak masuk akal bila milo panas berharga RM5 segelas).

Turun je pesawat di LCCT, Mek suruh telefon abang tanya mereka sudah sampai rumah ke belum. Aku serahkan telefon kepadanya setelah abang menjawab dari hujung sana. Maka bermulalah arahannya yang pelbagai kepada abang dan kakak ipar. Kemas dapur. Simpan karpet. Lap itu ini. Macam-macam. Ayah hanya tersengih sambil memandang sahaja.

Abang ipar jemput kami dan terus balik. Aku balik Bangi terus kerana perlu ambil tiket untuk ke Kota kinabalu keesokan hari, sementara Mek Ayah ke Semenyih rumah kakak. Awalnya niat tidurku untuk sejam dua sahaja dan perlu ambil tiket pada petang itu juga, namun siapa nak tahu apa yang bakal berlaku? Tidurku itu bermula jam 11.30 pagi dan aku terjaga semasa jam sudah mengarah ke angka 7.30 malam. Aku sendiripun tidak percaya!

Tak rasa lapar, tak rasa letihpun. Ketika tersedar, aku masih lagi juga mengantuk. Tak pernah aku tidur mati sebegitu hingga terlepas waktu untuk ambil tiket di pejabat. Dan malamnya, jam 10.30 aku sambung tidur semula. Tidur yang sangat nyenyak juga. Esoknya, pagi-pagi lagi aku dah ke pejabat untuk ambil tiket dan tempah teksi ke KLIA untuk ke Kota Kinabalu, Sabah. Sabtu malam kembali semula ke Bangi.

Ahad, kami sekeluarga ke rumah sepupu (Anak Tok Ayah Zahari dan Mak Jah) di Kota Warisan untuk sedikit jamuan tengahari. Tak larat sebenarnya, sepanjang hari berdiri di Kota Kinabalu buatkan betis terasa lebih lenguh, tapi adakah pilihan yang lain? Baliknya masing-masing berpecah; kakak dan abang ipar yang bersama Mek Ayah balik terus ke Semenyih kerana tetamu sedang menunggu, adik dan adik ipar ke Alamanda manakala aku dan adik lelaki ke PKNS, Warta dan Metro Kajang untuk cari beberapa keperluan mutakhir yang masih lagi belum lengkap. Malamnya beli sate dang bungkus untuk kirimkan kepada Mek ayah di Semenyih melalui adik lelakiku (aku nampak mek macam teringin makan sate masa dalam penerbangan airasia tempohari. Bila dia tengok RM10 untuk 5 cucuk sate, dia tak jadi ambil).

Isnin: ikut perancangan asal, adik lelakiku itu datang ke rumah awal-awal pagi dan ambil MC (dia tak dapat cuti) dengan adik perempuanku. Aku pula akan ke Shah Alam untuk sedikit urusan. Namun, kakak telefon dan tanyakan bila nak sampai rumahnya kerana Mek dah tanya. Dia risau tak ada siapa yang akan goreng ikan bilis dan pack untuknya bawa, sementara adik lelakiku itu pula masih belum bangun lagi. Rancangan asal terpaksa dibatalkan. Shah Alam tak akan lari ke mana, jadinya tangguh dulu.

Dalam perjalanan, singgah dulu di bank untuk tanyakan tukaran asing. Setelah itu terus ke Semenyih. Aku goreng ikan bilis dan paketkan sementara kedua-dua adikku itu pergi tukar RM ke Rial Saudi Arabia, ambil MC dan singgah di Serdang ambil adik ipar yang kerja separuh hari untuk hari itu. Jam lima petang kami bertolak ke Kelana Jaya dengan tiga buah kereta. Abang ipar bersama anak-anak bawa Mek ayah pergi lebih awal, manakala yang lain-lain lewat setengah jam untuk pastikan tiada barang tertinggal dan kemas rumah yang bersepah itu. Perjalanan terpenuh jem dan sesat juga. namun akhirnya, alhamdulillah, kami semua selamat sampai. Gambar-gambar di Kelana Jaya tak dapat upload kerana masih lagi berada dalam telefon, tak sempat nak transfer ke dalam komputer.

Seusai solat maghrib, Mek terpa aku yang sedang mengenakan tudung dengan wajah yang sedikit kelam kabut. Bila kita orang check beg sandang seperti yang dia mintak, telefon baru yang abang ipar beri dah tak ada. Apalagi, merungutlah dia dengan kelalaian cucunya. Anak kedua kakaku itu memang terlebih aktif sikit, bukannya boleh duduk diam. Kelebihannya itu buatkan telefon itu hilang. Aku tak pasti cemas Mek itu sebab telefonnya hilang ataupun sebab sime kad percuma yang diberi tabung haji itu yang hilang. Kalau aku, aku lebih cemas sebab sime kad itu yang hilang sebab kos untuk telefon ke tanahair nanti akan mahal berbanding kiranya ada sime kad tersebut.

Abang ipar cuba daptkan sime kad baru (dapat tetapi entah kenapa yang dapat itu hanya ada kadnya sahaja tanpa sime kad –dah diambil dan diguna orang lain- kami menyedarinya kemudian). Orang kata ada masanya rezeki kita tak siapa yang tahu. Alhamdulillah, telefon itu cicir dan jatuh ke tangan orang yang betul. Tak lama selepas itu, kakak telah menrima panggilan (kami hanya setkan beberapa nombor sahaja dalam telefon Mek itu) dan insan yang baik hati itu telah pulangkan semula. Macam tak percaya sahaja benda macam itu boleh berlaku, sebab biasanya kalau dah tercicir tu, kira dah selamatlah...tetapi itulah yang berlaku.

Sepupu kami yang tinggal di Kota Warisan suami isteri turut datang. Kat sana juga kami terserempak dengan beberapa orang kampung kami yang juga turut hantar keluarga masing-masing. Sejauh itu mereka datang? Dalam kesesakan dan manusia yang berpusu-pusu itu, badan memang lencun bermandi peluh. Bau semerbak itu usahlan dikira lagi. Jam 9.30 malam mek ayah daftar masuk. Kami ingatkan penerbangannya jam 1.30 petang esok (mengikut makluman yang aku dapat dari tabung haji Kota Bharu), namun ternyata, mereka terus dibawa ke KLIA kerana penerbangan sebenarnya pada jam 1.30 pagi. Adegan macam dalam philem hindi pun berlaku lagi sekali. Memang sedih nak berpisah, tapi aku sebenarnya lebih gembira kerana seruan Ilahi telah sampai kepada mereka.

Aku tak pernah alami situasi yang sebegini. Aku tidak pernah tahu suasana di Kelana jaya sesendat ini. Aku juga tak pernah berpeluang hantar orang pergi haji walaupun hanya sampai lapangan terbang, apalagi melakukan semua perkara dengan terperinci berkaitan keperluan haji. Apa yang tercatat dalam dua entri ini adalah satu pengalaman baru bagi aku. Aku tak pasti pengalaman ini sama atau tidak dengan pengalaman orang lain.

Setiap orang nak pergi haji itu dikunjungi seramai orang yang kunjungi rumah kamikah? Sepenat itukah mereka? Sekalut itukah persediaannya? Sebegitu rupakah mereka tidak sempat berehat? Mek ayah bernasib baik sebab kami kuarantin dua tiga hari di Semenyih. Itupun sebab aku kena ke Kota Kinabalu pada hari Jumaat sebelumnya. Kalau tak, dah pasti mereka tak mahu lama-lama di Kuala Lumpur walaupun memang nak aku balik ambil dan temankan perjalanan mereka dari KB ke Kuala Lumpur.

Aku bersyukur sangat-sangat hajat mereka untuk ke tanah suci termakbul jua akhirnya. Mereka pergi dengan gembira dan teruja walaupun berat hati. Dan aku, hanya mahukan sesuatu yang terbaik sahaja untuk mereka walaupun adakalanya memang menguji kesabaran aku yang memang sangat-sangat kureang sabarnya ini. Sangat tinggi nilai barannya ini. Semoga mereka sihat walafiat untuk teruskan perjuangan sepanjang 44 hari di sana. Semoga mereka dapat lakukan semua ibadat dengan tenang dan tawaduk. Moga-moga mereka mendapat haji yang mabrur, semoga amal ibadat mereka diterima, dihapuskan segala kesilapan dan dosa...dibersihkan seluruh diri dan hati. Dan moga-moga juga mereka kembali dengan sihat sejahtera, selamat dan moga-moga segala-galanya yang tak mampu dilafazkan lidah. Terlalu banyak moga-moga yang kuharapkan hingga ada antaranya terbenam jauh dilubuk hati, payah untuk timbul dan munculkan diri. Apa-apapun, aku tetap tahu Allah mendengar doa moga-moga aku itu.

Mek, ayah...anakmu ini bukanlah anak terbaik dari sekalian isi alam ini, mungkin juga tidak seperti yang didambakan, namun aku tetap berusaha untuk jadi anak terbaikmu walaupun hakikatnya aku tidaklah sebaik mana. Biar apapun yang mendatang, aku sentiasa mendoakan agar kalian sentiasa dipayungi rahmat dan rahmanNya dunia akhirat. Kalian buatkan aku gagah, kalian juga yang melunyaikan harapan. Sebenarnya aku kalah dengan mereka. Hanya dengan mereka. Tidak mak cik tukang sihir, tidak pekeliling kenaikan pangkat yang baru diedarkan.

Selasa, 27 Oktober 2009

Zulhijjah Datang Lagi

Ramai orang tertunggu-tunggu ketibaan Syawal walaupun ianya baru sahaja berlalu. Maklumlah, setelah sebulan berjuang melawan lapar dan dahaga, mengekang pelbagai tahap nafsu, jadi...Syawal jadi sesuatu yang indah untuk diraikan. Namun bagi kami sekeluarga, Zulkaedah dan Zulhijjah lebih ditunggu dalam debar. Tahun ini, alhamdulillah, Mek dan Ayah termasuk dalam senarai antara puluhan ribu jemaah yang akan mengerjakan haji.

Keterujaan kami bermula sejak dapat tahu nama mereka termasuk dalam senarai. Orang tua tu dah naik darah tinggi berkala-kala masa terima surat tu. Kalut dan risau sebab tak pergi kursus haji lagi. Jadinya, mengurangkan tekanan tersebut, kami adik beradik pakat beli Viva untuk mudahkan semua urusan dan perjalanan. Beli DVD player dan dvd atau cd berkaitan haji yang boleh mereka tonton sepanjang masa yang mereka nak (Dua hari lepas DVD tu rosak. Rasanya sebab terlalu lasak diguna pakai. Nasib baik masih varanty lagi, tapi akan ambil masa juga untuk dibaikpulih. Kira hayatnya dalam 3 bulan ajelah tu hu hu hu...rasa macam cepat betul rosaknya tu walaupun berjenama jugaklah).

Semasa orang lain kalut lakukan persiapan untuk menyambut Aidilfitri, kami juga kalut siapkan kelengkapan mereka termasuk beli beg, pakaian ehram, buku-buku dan sebagainya. Semuanya kena dua. Masa beli beg menjelang Aidilfitri dulu, ramai orang hairan dengan keterujaan kami membeleknya hinggakan ada sorang kakak tu berborak dengan kami. Selamba bodoh je kami kata “Beg raya”. Mesti dia pelik, orang nak raya beli pakaian dan keperluan raya yang lain, tapi kami beli beg sampai dua. Besar pulak tu. Macamlah nak pergi raya ke Scotland.

Bila dah beli awal-awal tu, tak terasa sangat terbeban setiap bulan. Kami beli sedikit demi sedikit. Senaraikan semua benda yang nak dibeli, dari sebesar-besar barang hinggalah ke barang sekecil pisau cukur. Seluar dalam untuk ayah pun anak-anak dia yang beli...siap jenama buaya lagi tu. Padahal, kita orang sendiri pakai seluar dalam cap ayam je hu hu hu. Bila terjumpa kat mana-mana barangan yang kami senaraikan tu, akan teliti semua itu dan bandingkan harga. Sms yang lain kalau dah beli. Kalau rasa macam dah ok, masa tu jugak rembat dan simpan dalam kotak. Bila ada antara kami yang balik kampung, barangan tu akan dikirimkan.

Dua minggu lepas merupakan kemuncak persiapan kami. Aku sendiri pergi Lembaga Tabung Haji untuk semak tarikh sebenar mereka akan bertolak. Dia orang gelabah ala-ala tenuk dah tunggu surat panggilan dan tunggu tarikh sebenar. Makin dibiarkan, boleh naik darah tinggi lagi sekali. Jadinya, aku pergi je semak di Tabung Haji belakang rumah tu. Terus sms semua orang bagi tahu tarikh tersebut dan buat semua orang kalut.

Selepas raya hingga sekarang, aku memang tekan gear 5 buat kerja dan kejar tarikh akhir. Namun, memang tiada pilihan bila dah tahu tarikhnya. Kakak dan adik aku kat sini cikgu, jadinya mana boleh balik kampung sesedap rasa. Sekarang bukannya musim cuti sekolah. Aku yang memang jadi tukang mop tangga ni memang dah Sahlah perlu ambil cuti. Hanya aku saja yang perlu membolehklan diri balik kampung siapkan semua benda. Walaupun tengah kelam kabut tak cukup hari, perlu juga balik. Nak jadi cerita, tarikh akhir untuk kerja yang aku buat pada masa tersebut telah dilanjutkan hingga sepuluh hari. Bolehlah aku joli sekejab ya...

Aku mintak cuti seminggu sebelum itu lagi tetapi hingga hari Isnin (selepas Deepavali), status cuti itu masih lagi belum lulus sebenarnya. Terpaksa juga aku telefon pejabat tanyakan hal itu dan sahkannya. Risau jugak kot nanti berlaku perkara berbangkit. Maklumlah, orang memang tunggu saja aku buat silap untuk penyekkan jadi kerepek. So, hati-hatilah dengan setiap perkara yang akan dibuat dan jangan benarkan wujud ruang untuk timbulkan peluang. Betul tak?

Bila aku beritahu dah berada di kampung dan akan cuti panjang (seminggu termasuk weekend, lima hari sahaja hari kerja. Baki cuti untuk tahun ni masih ada lagi 25 hari la la la...), terus sahaja mereka janji akan sahkannya dalam sistem. Kalau tak luluskan pun nasiblah, aku memang dah ada kat kampung, dah tak boleh buat apa. Lagipun bukan salah aku. Aku dah isi borang tu seminggu awal, tak ada alasan untuk terbalikkan salah tu kat aku. Boleh tak buat gitu? Apa-apa ajelah Labu!

Sabtu jam 10.30 pagi dah turun dari rumah, makan bersama-sama adik dan adik ipaq sebelum mereka hantar ke ERL Putrajaya. Inilah pertama kali gunakan perkhidmatan ini. Biasanya pergi KLIA dengan urusan kerja, ambil aje teksi dan claim kemudiannya. Ingatkan macam naik komuter, asal saja sampai, boleh naik sahaja dan berdesup terjun ke KLIA. Rupa-rupanya, bukan semua train tersebut berhenti ambil penumpang di setiap stesen. Ada yang berhenti di beberapa stesen sahaja dan terus ke KL Sentral. Ada pula yang berhenti di semua stesen yang dilalui. Jadinya, sepanjang masa menunggu itu, dua buah train hanya lalu depan mata kami tanpa berhenti dan angkut kami sama. Masa menunggu: 18 minit. Nasib baik datangnya tepat masa.

Perjalanan menggunakan ERL memang selesa. Dengan tiket berharga RM6.40 dari Putrajaya (stesennya berdepan dengan hospital Putrajaya), orang kata memang berbaloi sangat-sangat. Selesa, laju, bersih dan kira mewah juga berbanding komuter atau Lrt. Kos pun rendah sahaja. Kalau nak ke LCCT, perlu turun di stesen Salak Tinggi dan ambil bas. Train ini akan terus ke KLIA. Sekejab sahaja dah sampai.

Sampai agak awal juga, terus check in dan masuk terminal B5. Banyak masa terluang digunakan untuk online. Maklumlah talian wifi percuma di KLIA kan. Kalau di lapangan terbang lain, memang kena pergi lepak di starbuck baru boleh dapat percuma, di KLIA, kita boleh duduk saja di mana-mana penjuru dan boleh online sementara menunggu masa terbang. Kira sempat jugalah borak dengan cik Bintang Chomel ;)

Jam empat petang mendarat di Lapangan terbang Sultan Ismail Kota Bharu. Tangkap limo pergi stesen teksi Kota Bharu. Sementara tunggu penumpang lain (di Kelantan, teksi akan tunggu penumpang penuh dulu baru jalan, kecuali kita sanggup bayar tambang lebih), aku jejalan tengok kawasan sekitar terutama kawasan stesen bas. Dah lama tak tengok terutama setelah bangunan kompleks beli belah baru tu siap sepenuhnya. Masa balik dulu, belum siap. Sekarang dah guna.

Jam 4.30 bertolak menghala ke Ketereh walaupun hanya dengan 2 orang penumpang sahaja. Pak cik tu mintak RM10 dengan aku untuk tambang hingga ke depan tangga rumah. Terpaksa setuju sahaja. Maklumlah, dah letih, panas dan melekit sangat-sangat. Teksi di sini masih lagi guna Mercedes Benz tua yang memang tak ada penghawa dingin. Lencun dengan peluh. Sampai rumah dalam pukul 5 lebih, terus sahaja tolong kakak ipar siapkan minuman untuk tetamu yang datang. Tengok mukanya pun dah tahu dia memang letih sangat. Aku yang memang tak cukup tidur sejak berminggu lepas, terpaksa buang niat untuk qada tidur secukupnya di kampung.

Kata kakak ipar, sejak dapat tahu tarikh keberangkatan (dua minggu lepas), rumah kami macam kena hurung semut. Orang datang tak putus-putus untuk jumpa Mek dan ayah. Hanya jam 12.30 tengahari hingga 2.30 petang sahaja Mek dan Ayah sempat rehat, makan dan solat. Adakalanya, ketika bang maghrib pun kami masih perlu layan tetamu. Belum sempat solat maghrib, tetamu yang lain (macam shif pulak dia orang ni datang) pula akan sampai. Mek selalu sahaja tak sempat makan, apalagi rehat. Nak solat pun terpaksa curi-curi saja. Malamnya hingga jam 12 kami masih ada tetamu. Adakala hingga jam 1 atau dua pagi.

Kakak ipar tak cukup tangan. Nak siapkan minuman untuk tetamulah, kena masak lagi, urus semua keperluan rumah seperti basuh dan sidai pakaian, kemas lagi. Air panas kena ada sepanjang masa. Nak mandipun kena pandai-pandai cari masa. Sepanjang masa dia perlu aktif jalan sana sini. Asal letak kepala sahaja, dia akan tertidur kat mana-mana pun walaupun semasa kami sedang berbual. Dah nampak keadaannya macam itu, tak sampai hati pulak nak tengok saja. Aku memang tabik spring dengan dia, tahan dengan kerenah Mek yang terlalu inginkan kesempurnaan (agaknya perangai aku pun macam gitulah juga kan) dan ikut citarasanya. Tahan juga layan orang yang ramai itu. Aku yang alaminya untuk tempoh tak sampai seminggu pun dah sakit-sakit badan, lenguh betis dan sakit tumit. Apa taknya, entah berapa jam sehari berjalan sana sini, buat semua kerja dan tak sempat dudukpun.

Ramai tak ramainya orang yang datang, entah berapa kilo gula sehari habis. Nescafe yang beratnya 400g (anggaran harga RM15) boleh habis paling lama dalam masa sehari setengah sahaja. Kira ni anggaran untuk bilangan tetamu yang datang ke rumah kami, tak ada niat nak hitung berapa banyak Ringgit Malaysia yang kami belanjakan. Itupun ayah boleh kata “Ayah tak royak ko sesape pun nak pergi ni...”. aku tak pasti berapa ramai yang datang kalau ayah memang buat pengumuman rasmi macam press conference hu hu hu.

Aku akui, memang tersangat letih, banyak tenaga digunakan dan tak cukup tidur. Tetamu nak kena layan, banyak kerja nak kena buat hinggakan nak keluar cari mana-mana barangan terakhir yang belum ada itupun susah. Kalau tak ada pembantu untuk sediakan minuman, basuh cawan dan urus hal ehwal dapur, tenaga Mek perlu diguna berganda pula. Kami sebolehnya tak mahulah dia terlalu letih, stress dan tak cukup tidur kerana semua itu akan ganggu urusan dia di sana nanti. Namun, tetamu yang datang juga perlu dilayan. Dan aku pula...masih lagi terfikirkan kerja yang masih belum siap. Dah berusaha untuk berjaga dan siapkan kerja-kerja itu pada malam hari, namun keletihan yang keterlaluan buatkan minda tidak mampu berfikir lagi kecuali hanya menginginkan bantal bucuk saja.

Sebelum ini, banyak kenduri termasuk kenduri kahwin telah kami lalui, namun aku memang akui keletihan kali ini terlalu banyak gandanya berbanding kendui-kenduri yang lepas. Masa kenduri kahwin, kita hanya penat beberapa hari sebelumnya hingga selesai sental periuk dan kemas pinggan mangkuk sahaja. Namun kali ini, sepanjang hari kami gunakan tenaga sebegini untuk tempoh yang lama juga. Kalau aku pun rasa nak pengsan, apalagi kakak ipar. Bila nampak saja aku balik, mukanya memang nampak berseri-seri. Bukan sebab dia terlalu rindukan adik ipaxnya yang sorang ni, tapi dia tahu aku balik untuk kurangkan tekanan dan beban kerjanya itu.

Macam-macam orang yang datang. Ramai yang aku tak kenalpun wujudnya mereka dari alam mana. Ada yang aku jumpa mereka masa kecil dulu, tetapi hilang netah kemana masa remaja hingga sekarang, baru jumpa balik. Ada juga yang aku tak pernah tengokpun sehayat ini. Yang bestnya boleh jumpa cikgu masa sekolah rendah dahulu; cikgu Nazimah. Aku pun tak pasti dia masih cam ke tidaknya muka aku yang dah tembam dan teramat Chomel ini hu hu hu. Sejak dulu lagi aku memang kurus kering dan berpenyakit (kot!), siap dengan hingus yang sentiasa meleleh sepanjang tahun hu hu hu (dapat bantuan makanan pelajar termiskin lagi tu hu hu hu).

Kemuncak kesibukan tersebut adalah pada hari Isnin 19, bila kami adakan sedikit majlis tahlil, doa selamat dan solat hajat. Walaupun buat secara layan diri, namun budaya perlu melayan tetamu itu masih menebal dalam masyarakat kita. Jadinya, ada masa masih perlu lagi sediakan makan secara berhidang untuk tetamu tertentu. Kaki tangan yang ada hanyalah aku dan kakak ipar sahaja yang akan lakukan semua kerja. Beberapa jiran yang datang tolong hanya tolong perkara-perkara tertentu sahaja, tambah pula mereka ini dah tahap mak cik-mak cik dah. Yang pangkat kakak-kakak ni, bantunya pun sedikit-sedikit sahaja, curi tulang untuk umpat sana sini tu yang banyak. Apapun, mereka tetap juga kurangkan bebanan kami berdua. Bayangkanlah kalau kami berdua sahaja buat semua benda, mahu dua hari tak siap lagi hu hu hu.

Bila semua tetamu dah balik, kerja kami masih lagi bertimbun. Bukan sahaja pinggan mangkuk dan gelas sahaja, tetapi juga semua periuk belanga dan besen yang besar gedabak itu juga. Ikutkan letih, memang rasa nak tidur saja tepi periuk itu, tetapi mengenangkan esok tentu akan tetap ada tetamu yang datang, aku gagahkan juga cuci semua kecuali periuk nasi dan periuk gulai. Malam itu, tidur kami tak bergerak. Macam tidur mati. Keesokan harinya, satu badan terasa lenguh dan sakit-sakit. Penat tak payah tanya, memang teramat sangat. Dan tetamu, tetap juga datang tanpa putus hinggalah malam terakhir Mek dan Ayah berada di kampung.

Selasa, 18 Ogos 2009

Apa Ke Hey Nyeee?

Sejak dulu lagi aku memang tak suka pergi KL. Pergi KL bagai satu deraan paling lengkap untuk aku. Komuter yang sesak, suasana yang panas, berhabuk, bingit, jem, jerebu, hon merata. Maafkan aku, KL...terjun ke dalamnya merupakan pakej yang lengkap bagi aku. Termasuk stress, termasuk migrine. Setiap kali pergi KL, migrine bagai wajib untuk aku rasa bila balik nanti.

Macam mana tak suka pun aku dengan KL yang jadi denyut nadi pentadbiran negara, kenalah juga pergi. Ada masa, nak dating kena turun KL. Nak shooping dengan potongan harga tertinggi juga ada di KL. Nak selesaikan banyak urusan kehidupan, perlu juga ke KL. Pendek kata, dalam hidup ni, memang kena pergi KL jugalah nampaknya.

Jumaat lepas aku cuti. Dah lama benar aku telefon satu syarikat guaman tu, tak ada jawapan yang memuaskan hati aku terima. Jawapan yang diberi statik benar: Puan Siti dah keluar, Puan Siti tak ada, Puan Siti mesyuarat. Kuku aku ni dah kementot asyik dok tekan nombor telefon kompeni hampeh ni. Habiskan kredit adalah.

Jumaat sebelumnya (masa pergi Karnival Orang Asli ari tu), aku memang cadang nak pergi kampeni tu, tapi dah ter ralit dengan persembahan istimewa orang asli, aku terlupa sekejab. Balik tu dah jam empat lebih. Kalau pergi juga pun memang tak sempat sampai sebelum habis waktu pejabat. Jadinya, dah terlanjur cuti hari ni, apalagi...ikut cara Nash Ahmad ajelah. Terjah!

Mula-mula aku pergi Sogo dulu. Ada urusan berdekatan kawasan sana. Menyimpang sekejab masuk Sogo untuk isi tembolok di Secret recipe, tingkat 6. Aku lebih suka di tingkat 6 sebab tak ramai orang dan ada econ yang sejuk berbanding yang bersebelahan pintu masuk Sogo tu. Panas. Aku kan puteri lilin yang akan cair bila kena panas hu hu hu. Dah penuh tembolok, melilau sekejab tengok bagasi kalau ada offer bagus punya di tingkat 2. Tak ada satupun yang sesuai dengan selera mak aku. (Tahun ni insyaAllah Mek dan Ayah berpeluang pergi Haji. Dia dah kelam kabut sejak terima surat dari pihak Tabung Haji. Maklumlah belum pergi kursus, banyak juga persiapan nak kena buat. Kami pakat beli Viva untuk mudahkan dia pergi mana-mana kursus yang ada di negeri Kelantan nunnnn, harapnya banyak membantu mudahkan dia orang. Nak harap kami yang teman dan hantar dia pergi...memang sahlah tak dapat. Nasib baik ayah ada lesen dan boleh memandu walaupun hanya pada siang hari je. Mata dah tak berapa nak elok waktu malam walaupun adakalanya dia tetap redah juga drive. Kami beli juga DVD Player untuk dia tengok VCD haji. Jadinya, bila-bila masa sahaja dia boleh tengok muka ustaz Daud Che Ngah. Buku-buku haji berbahasa Melayu yang kami beli agak susah untuk mereka baca. Nasib baik ada orang kampung kami bagi dia buku bertulisan jawi).

Masa telefon ketika sedang makan pagi tadi, depa kata Puan Siti tengah mesyuarat. Aku bagi tau nak telefon semula. Tak sempat habis hidanganpun, aku telefon lagi. Depa kata Puan Siti dah keluar. Darah aku belum mendidih lagi masa tu. Aku tarik nafas panjang-panjang je. Nasib baik tengah makan. Orang kata, emosi manusia ni stabil sikit bila tembolok dia penuh. Kalau tengah lapar, dah sah lah suara mula tinggi. Aku dah muak dengan alasan bodossss macam tu.

Jam 11.30 aku menapak ke stesen Bandaraya, turun di Masjid Jamek (Aku paling tak suka sangat-sangat kalau perlu gunakan Rapid KL antara Panggung Seni ke Ampang Park. Rasa macam seriau aje, terutama kalau hari ujan. Selalu je terbayang yang air akan masuk dalam terowong dan tenggelamkan kami yang ada dalam train. Imaginasi tinggi sangat kot. Sesuai sesengatlah kalau tulis novel fiksyen.)

Stesen berikutnya aku dapat duduk. Di stesen ni jugak masuk seorang mak cik yang jangok. Dia pakai kebaya dengan make up yang agak tebal jugalah. Lipstiknya menyala. Beg tangannya besau gedabak yang boleh isi macam-macam. Dia juga bawak satu lagi beg plastik berisi barang. Kalau di Kelantan, gaya macam tu gaya tok peraih.

Dia duduk sebelah aku. Terus je tanya aku macam-macam. Nak pergi mana. nak buat apa pergi sana. Tinggal kat mana. Tinggal dengan sapa. Tinggal rumah sendiri ke? Pendek kata, soalan-soalan itu memang buat aku rasa tak selesa. Tau lerr ko tu mak cik, tapi tak kanlah semua maklumat itu perlu aku jawab dengan terperinci. Kalau dia ada anak jantan bujang pun, aku tak hingin nak jawab pun. Tengok muka baru 4 saat lepas, macam-macam nak tau pasal aku. Selagi jawapan yang aku bagi tu tak sesuai dengan selera dia, dia akan tanya lagi benda yang sama. Dah mula lah suara aku nak tinggi. Selama ni kontrol je sebab ko tu mak cik. Kononnya hormat orang tualah. Hati kat dalam menyumpah ntah berapa bakul. Banyak benor dosa aku hari ni, dijumpakan dengan makcik jangok ni.

Ingatkan dia pergi tempat lain, rupanya turun di stesen yang sama dengan aku. Adoiii la. Sepanjang jalan kena saing dengan dia lagi tu. Bila aku tanya, “mak cik niaga ke?” (kan gaya macam tok peraih). Suara dia meninggi. “Niaga apa pulak ni...keja opislah. Ada pulak niaga,” selepas itu dia merungut entah apa-apa. Orang keliling dah pandang aku semacam. Tau pulak dia marah!

Mak cik: Nak pergi mintak keja ke ni?
Aku: Bukan mintak kerja...ada kerja kat sini. (Turn suara aku pulak naik. Berapa kali mau cakap daaaaa! Aku pun tau jugak naik angin weh!)
Mak Cik: Nak pergi Phileo ke?
Aku: Tak. Dekat-dekat sini je...(try kontrol suara semula. Risau jugak kot-kot aku jerkah dia karang).
Mak cik: Pergi pejabat loyer?

Mana dia tahu aku nak pegi pejabat lawyer? Soalnya itu tak berjawab. Masa tu dia dah melencong ke arah jalan yang dia nak pergi. Aku pula pergi ikut jalan lain dengan rasa syukur kerana bebas daripada DIA. Sampai sekarang aku tak juga faham kenapa dia nak aku bagi tau secara detail pasal urusan aku termasuk, mana aku nak pergi. Kalau korang jadi aku, perlukah beritahu semua yang dia nak tahu pasal aku padahal baru je kenal empat minit lepas? Dengan mak bapak aku pun aku bagi tau benda-benda yang enak didengar sahaja, bukannya bagi tau semua perkara. Korang lagi tau pasal banyak perkara tentang aku berbanding mak bapak aku pun. Itu soalan kuiz yang korang perlu jawab. Sila jawab dengan tulus dan ikhlas hu hu hu.

Sampai di pejabat lowyer tu, aku cakap nak jumpa dengan Puan Siti. Penyambut tetamu tu beritahu yang Puan Siti dah keluar (kalau aku yang gajikan dia jadi penyambut tetamu, memang dah kena buang dah pun. Entah kenapalah dia kerja kat situ, tapi tak tahu apa-apa pasal kerja menyambut tetamu. Terpaksalah aku melayan diri sendiri, macam aku ni pulak tuan rumah).

Aku cakap dengan dia yang aku akan tunggu hingga Puan Siti balik (aku memberitahu, dia tak tanyapun), selepas itu aku layan diri pergi duduk di sofa, baca surat khabar, sambil-sambil tu telefon Puan Siti dengan nombor yang lain, bukannya nombor yang dah selalu aku guna. Dia tetap tak angkat. Sambil tu aku sms sorang kawan yang nak makan tengahari dengan aku hari ni, beritahu dia kemungkinan tak sempat lunch bersama. Si penyambut tetamu yang manis itu beritahu mungkin selepas jam dua baru Puan Siti akan balik. Jadinya, aku nekad untuk berkampung saja kat situ. Buat je macam opis sendiri, Peduli apa akukan. Tak kesahlah korang nak pergi makan ke apa, asal aku boleh duduk situ dan tunggu. Kat luar memang panas, kat pejabat itupun tak terasa econ, apalagi kat luar.

Setengah jam kemudian, adik manis penyambut tetamu tu tanya balik, betul ke aku masih nak tunggu Puan Siti (dia dah nak pegi lunch la tu. Aku dah kenyang, boleh tunggu sampai malam pun hu hu hu).

Aku: Saya aku tunggu. Sampai malam pun tak apa, hari ni saya cuti...(selamba kodok je aku jawab sambil sambung baca akhbar). Dia garu kepala. Telefon sana sini, entah sapa-sapa. Aku peduli apa. Memang tu kan keja dia, jawab semua panggilan dan buat panggilan termasuk panggilan bersuara manja dan berketawa menggedik gatai. Walaupun aku baca akhbar, telinga belum “pokak laey den!”.

Dah dorang yang lalu lalang situ dok pandang je aku, salah sorangnya tanya nama aku. Bila aku sebut je nama aku yang glamer tahap Micheal Jackson ni...maklumlah, Obama kan selalu sebut nama aku kat paper press dia, mana tak kenalnya depa tu. Selamba katak je dia kata: Oooo akak punya fail dengan saya.

Aku rasa macam nak terajang orang je masa tu. Masa telefon bagai nak rak tu, tak ada satu maklumat pun depa tau, tiap kali tanya jawabnya “tak tau”, “Tak pasti” “entahlah...” dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya, bila aku mai jengulkan muka, adalah pulak jawapannya. Spontan pulak tu. Nasib baik aku dah makan kenyang-kenyang kat Sogo tadi, kalau tak, alamat adalah orang boleh aku “panggang” dan “makan” hari ni.

Pas tu terhegeh-hegeh dia pegi amik fail, bukak depan muka aku kat depan sofa tu jugak-jugak dan bagi aku satu maklumat;

Dia: Dah dapat tittle, kena call ****tuttttt**** untuk pengesahan. Lepas tu dah boleh ambik.
Aku: Siapa nak kena buat tu?
Dia: Kami akan buat...dah banyakkali call dia orang tak angkat!

Nasib baik dia jawab tanpa teragak-agak. Kalau dia teragak tu, aku nak tanya balik kalau-kalau dia nak suruh aku. Pas tu bolehlah aku mintak diskaun fee sebab aku yang buatkan untuk dia.

Aku: Bila nak buat tu?
Dia: Nak saya buat sekarang ke?
Aku: Terpulanglah nak buat bila pun. Saya tak nak ambil tahu apa-apa hal selain dari “bila” saya boleh dapat benda tu yang dah siap. (kata BILA tu aku tekankan, bagi dia paham skit)

Masa ni aku memang dah tak senyumpun. Walaupun darah tak mendidih sangat, tapi, kalau benda gitu pun nak tanya aku, apa guna aku bayar fee mahal-mahal. Kalau tak bayar separuh dulu tu, tak leh bukak fail. Sekarang ni fail dah renyuk pun belum siap-siap lagi? Tinggal 20 hari lagi nak cukup setahun. Apa cerita!

Dia cakap dia akan call masa tu jugak, pas tu hilang sekejab. Aku sambung balik baca paper dengan muka yang buat-buat senyum walaupun aku sendiri tahu memang kelat pun. Aku tau lerr muka aku masa senyum pun tak berapa nak manis, apalagi kalau buat-buat senyum je. Kalau masa kelat tu, faham-faham ajelah. Tak payah cakap banyak, memang orang boleh nampak. Kalau ada yang tak nampak lagi...memang bahlol lah orang tu!

Dia: Hari Rabu ni boleh ambik di Pejabat ***tutttttt**** (Angkat lah pulak orang pejabat ***Tutttttttt*** tu tengahari ni, walaupun dah dekat masa makan tengahari! Tak payah buat kelakau!)
Aku: siapa nak ambik? Bila saya boleh dapat?

Lama jugak dia senyap. Terkelip-kelip tak tau nak buat apa. Nak je aku kata aku boleh pergi ambil sebab pejabat tu 2 minit je dari rumah aku. Karang kata aku ni Gila Kuasa pulak, suka ambil alih keja orang. Tapi kalau memang dah tak leh nak buat, aku memang akan jadi seorang yang GILA KUASA. Tak kuasa dah dengan orang-orang yang keja lepas tangan ni. Masa mula semua ni, semua macam bagus je. Dah hampir setahun (20 hari lagi genap setahun. Gila! Orang lain buat 6 bulan je. Apa kejadah. Bila aku diam sebab kalut dengan hidup sendiri, depa diam. Baru hari ni nak kalut?).

Masa tu Puan Siti balik dengan perut boyotnya. Salam seadanya dan dia duduk kat sebelah aku, ambik semua fail tu dan belek-belek. Dia pun dah tak “semeriah” dulu dengan mesranya yang terlebih-lebih itu. Konon-kononnya terlebih mesra sebab satu “negeri” lah tu. Habis tu, korang nak rasa bangga ke asal dari Kelate kalau awat keja macam hampeh! Memalukan. Sebab tu lah aku malas nak ngaku asal Kelate kalau wat keja macam ntah apa-apa. Pas tu dia arahkan beberapa dokumen difotocopy untuk aku sebab aku kena uruskan satu lagi prosedur undang-undang. Konon-kononnya boleh cuba pakai masa isi borang berlambak-lambak tebalnya tu. Otak aku yang tak berapa nak waras ni kata, tak leh pakai pun. Dia saje je tak nak bagi aku mengamuk situ je. Bagi gula-gula lah tu kononnya!

Pn. Siti: Akak nak pakai firm kami ke untuk buat semua tu nanti?
Aku: Akak belum fikir lagi. Jauh sangat nak datang ni...akak cari yang kat Bangi je kot. Senang nak berurusan... (lagi senang nak terjah juga!) (masa ni lah nak tunjuk pelanggan tu ada kuasa buat pilihan. Dah tak kuasa lagi nak terjah-terjah macam ni lagi...masa nak tangkap bisnes dengan kita, bukan main manis lagi mulut. Dah dapat, setahun pun tak siap! Kalau bukan TERPAKSA ambik lawyer ni, ingat aku hingin nak datang sejauh ni?).

Selepas tu depa hilang lagi. Aku sambung belek paper lagi. Baca pasal Tengku Puan Pahang dan 5 anakanda baginda kena N1H1 masa pergi London. Manusia kat situ lalu lalang dan keluar masuk sesedap rasa tanpa aku peduli, termasuk Puan Siti. Memang dah masa lunch kan (belum jam 1 lagi masa tu. Depa lunch jam 12.30 kot). Sebelum ni dia akan ajak aku makan sama dengan senyum sampai ke telinga. Ada masa dia belanja, ada masa aku yang belanja. Orang kata itu adat bersosial. Tapi bila tahu aku tak akan sambung guna khidmat dia lagi, gitulah jadinya. Apalagi aku main terjah macam tu je. Dia blah je pergi tanpa kata apa-apa pun. Kalau ajak pergi makan pun aku akan tolak sebab baru je telan ayam bungkus kat Secret Recipe tadi. Perut aku bukannya stokin, boleh sumbat berapa banyak pun nak isi.

12.45 aku dah keluar dari pejabat loyer tu dengan janji Rabu nanti dia pergi ambil title tu kat pejabat ***tutt***, dan copynya dipos kepadaku. Siap aku ambil no tepon dia untuk dihubungi. Ingat seronok ke main terjah pejabat orang macam ni? Aku pun tak suka. Anggun dan AYU yang sentiasa aku jaga ni boleh pudar dek kerana itu. Tapi, kalau aku dah bagi muka lama sangat, korang ingat selama-lamanya ke aku akan bagi? Bagi muka memang aku selalu buat, tapi untuk jangka masa tertentu je. Dah naik LEMAK tu, aku yang nampak macam cicak kubing ni boleh jadi raksasa walaupun aku pun bukannya nak buat macam tu pun. PELUANG memang aku bagi, kalau peluang tu dah DIPERSIAKAN, kira macam tolak tuahlah kan. Aku tak pernah bagi peluang sampai 2-3 kali takat ni. Cukuplah SEKALI. Bagi sesiapa yang dah tolak peluang yang sekali tu...nasiblah. Aku kan brutal dan GANAS. Bila dah mengganas tu...susahlah sikit! Anggun dan Ayu memang kena jaga, tapi kalau tak mengganas sesekali, mana bestnya hidup ni.

Aku tahu bukan semua lawyer firm buat macam ni. Aku pun bukan selalu TERJAH macam gini selain dah habis sabar. Masa aku berurusan dengan satu firm kat Bangi tu dulu, okey aje pun. Depa mudahkan lagi kerja aku. Jumpa lawyer sekali je, lepas tu semua urusan aku berurusan dengan pembantu dia tu je. Kalau masa aku pergi tu, si pembantu lawyer tu pun tak ada (cuti ke, pergi makan ke, keluar ke...) orang lain masih lagi boleh bantu dan sambung kerja tu. Maknanya, bukan hanya tunggu dia sorang je. Tak sedarpun semuanya dah siap. Tau-tau depa call suruh datang ambil fail.

Aku kena cari satu lagi lawyer firm lepas ni untuk uruskan benda ni. Takat ni, hanya pengalaman aku dengan satu firm itu ajelah. Tak pastilah pulak kalau-kalau ada firm lain lagi yang lagi mudahkan kerja aku. Dulu, En. Mohd Noor yang “selak lauk nampak nasi” tu ada janji nak tolong aku. Maybe aku perlu juga terima tawaran dia nak tolong tu. Mmmm entah bilalah aku boleh isi borang-borang yang banyak tu, kemudian cari pulak senarai syarikat guaman yang terdekat. Dulu Dina ada bagi alamat website yang senaraikan semua syarikat guaman di Malaysia. Pernah juga print dan pilih, tapi masa tu dokumen tak lengkap. Aku simpan semula senarai tu. Kena selongkar balik fail kat pejabat tu.

Masa terkedeh-kedek ke stesen Rapid KL, sempat singgah beli tudung RM5.50 sehelai di First Lady. Takat ni tudung yang aku pakai (kecuali orang bagi...tu pun adik ipar aku je yang pernah bagi), berada di bawah harga kawalan (RM20 paling mahal. Biasanya bawah RM10). Sehelai blouse juga, setelah berjaya pujuk adik tu kurangkan RM10 dari harga offer. Boleh ke gitu? Su mesti dah gelak tergolek-golek baca ayat ni sebab dia pernah tengok macam mana aku tawar-menawar masa beli kek gula hangus kat belakang PKNS dulu. Jangan jatuh dari kerusi dahlah ye, Su!

Bila tengok langit dah gelap, dah berangin, aku ambil keputusan terus je balik hingga terlupa pulak nak masuk satu kedai roti tu. Kat kedai roti tu ada biskut kacang yang aku suka. Kalau beli di pasaraya, biskut tu dah lama dibuat. Bila beli di kedai roti, masih baru lagi. Aku penah beli dulu sekali, MENYESAL sangat-sangat! Menyesal sebab beli sebungkus sahaja. Sedap sangat-sangat sebab baru beberapa hari dibuat hu hu hu.

Dalam komuter, aku berkenalan dengan sorang adik ni, sambil agah-agah sorang baby kat tempat duduk depan. Terkekeh-kekeh baby tu gelak hingga semua orang pandang-pandang. Sambil borak dengan adik tu, sambil agah si baby.

Adik ni nak balik kampung, turun di Seremban. Dia risau kerana kena balik seorang naik bas dari Seremban ke Kuala Pilah. Biasanya abang dia akan ambil kat stesen Seremban, kali ni dia kena balik sendiri. Kira kali pertamalah nak ber edventure. Jadinya, dia risau sikit. Tak boleh imagine macam mana nak buat kat Seremban nanti.

Akulah pulak cerita kat dia yang Terminal One tu dekat je dengan stesen KTM. Jalan kaki pun kejab je, seberang jalan dah masuk Terminal one. Kalau tak pasti, boleh tanya pak guard kat situ. Mmmm macam aku pulak lebih tahu kampung dia hu hu hu. Belajarlah berdikari, dik. Dah kerja, badan pun lagi besau dari aku atau Dina (ni mesti Dina akan bangga dengan statement aku nih!), tak kan nak kena tunggu abang ambik sampai bila-bila. Kecian lerrr cik abang ko nanti ya...dapat isteri yang perlu dihantar ke mana-mana sahaja hu hu hu (baik cari driver!). Takat kat Malaysia ni nak sesat, bukan payahpun. Ringankanlah mulut tu. Tanya je sesapa. Orang malaysia ni suka membantu dan amat berbangga untuk menolong terutama kalau yang tanya tu cik mek molek.

Aku tak suka pergi KL. Kalau aku pergi KL mesti aku akan jumpa banyak benda yang boleh buatkan jantung aku berdenyut lebih kencang. Aku sayang jantung aku! Jadi sebenarnya, apa ke hey nyee ni? Tak boleh ke aku pinjam nama rancangan kat TV9 tuh?