Memaparkan catatan dengan label KL Sentral. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KL Sentral. Papar semua catatan

Selasa, 18 Ogos 2009

Apa Ke Hey Nyeee?

Sejak dulu lagi aku memang tak suka pergi KL. Pergi KL bagai satu deraan paling lengkap untuk aku. Komuter yang sesak, suasana yang panas, berhabuk, bingit, jem, jerebu, hon merata. Maafkan aku, KL...terjun ke dalamnya merupakan pakej yang lengkap bagi aku. Termasuk stress, termasuk migrine. Setiap kali pergi KL, migrine bagai wajib untuk aku rasa bila balik nanti.

Macam mana tak suka pun aku dengan KL yang jadi denyut nadi pentadbiran negara, kenalah juga pergi. Ada masa, nak dating kena turun KL. Nak shooping dengan potongan harga tertinggi juga ada di KL. Nak selesaikan banyak urusan kehidupan, perlu juga ke KL. Pendek kata, dalam hidup ni, memang kena pergi KL jugalah nampaknya.

Jumaat lepas aku cuti. Dah lama benar aku telefon satu syarikat guaman tu, tak ada jawapan yang memuaskan hati aku terima. Jawapan yang diberi statik benar: Puan Siti dah keluar, Puan Siti tak ada, Puan Siti mesyuarat. Kuku aku ni dah kementot asyik dok tekan nombor telefon kompeni hampeh ni. Habiskan kredit adalah.

Jumaat sebelumnya (masa pergi Karnival Orang Asli ari tu), aku memang cadang nak pergi kampeni tu, tapi dah ter ralit dengan persembahan istimewa orang asli, aku terlupa sekejab. Balik tu dah jam empat lebih. Kalau pergi juga pun memang tak sempat sampai sebelum habis waktu pejabat. Jadinya, dah terlanjur cuti hari ni, apalagi...ikut cara Nash Ahmad ajelah. Terjah!

Mula-mula aku pergi Sogo dulu. Ada urusan berdekatan kawasan sana. Menyimpang sekejab masuk Sogo untuk isi tembolok di Secret recipe, tingkat 6. Aku lebih suka di tingkat 6 sebab tak ramai orang dan ada econ yang sejuk berbanding yang bersebelahan pintu masuk Sogo tu. Panas. Aku kan puteri lilin yang akan cair bila kena panas hu hu hu. Dah penuh tembolok, melilau sekejab tengok bagasi kalau ada offer bagus punya di tingkat 2. Tak ada satupun yang sesuai dengan selera mak aku. (Tahun ni insyaAllah Mek dan Ayah berpeluang pergi Haji. Dia dah kelam kabut sejak terima surat dari pihak Tabung Haji. Maklumlah belum pergi kursus, banyak juga persiapan nak kena buat. Kami pakat beli Viva untuk mudahkan dia pergi mana-mana kursus yang ada di negeri Kelantan nunnnn, harapnya banyak membantu mudahkan dia orang. Nak harap kami yang teman dan hantar dia pergi...memang sahlah tak dapat. Nasib baik ayah ada lesen dan boleh memandu walaupun hanya pada siang hari je. Mata dah tak berapa nak elok waktu malam walaupun adakalanya dia tetap redah juga drive. Kami beli juga DVD Player untuk dia tengok VCD haji. Jadinya, bila-bila masa sahaja dia boleh tengok muka ustaz Daud Che Ngah. Buku-buku haji berbahasa Melayu yang kami beli agak susah untuk mereka baca. Nasib baik ada orang kampung kami bagi dia buku bertulisan jawi).

Masa telefon ketika sedang makan pagi tadi, depa kata Puan Siti tengah mesyuarat. Aku bagi tau nak telefon semula. Tak sempat habis hidanganpun, aku telefon lagi. Depa kata Puan Siti dah keluar. Darah aku belum mendidih lagi masa tu. Aku tarik nafas panjang-panjang je. Nasib baik tengah makan. Orang kata, emosi manusia ni stabil sikit bila tembolok dia penuh. Kalau tengah lapar, dah sah lah suara mula tinggi. Aku dah muak dengan alasan bodossss macam tu.

Jam 11.30 aku menapak ke stesen Bandaraya, turun di Masjid Jamek (Aku paling tak suka sangat-sangat kalau perlu gunakan Rapid KL antara Panggung Seni ke Ampang Park. Rasa macam seriau aje, terutama kalau hari ujan. Selalu je terbayang yang air akan masuk dalam terowong dan tenggelamkan kami yang ada dalam train. Imaginasi tinggi sangat kot. Sesuai sesengatlah kalau tulis novel fiksyen.)

Stesen berikutnya aku dapat duduk. Di stesen ni jugak masuk seorang mak cik yang jangok. Dia pakai kebaya dengan make up yang agak tebal jugalah. Lipstiknya menyala. Beg tangannya besau gedabak yang boleh isi macam-macam. Dia juga bawak satu lagi beg plastik berisi barang. Kalau di Kelantan, gaya macam tu gaya tok peraih.

Dia duduk sebelah aku. Terus je tanya aku macam-macam. Nak pergi mana. nak buat apa pergi sana. Tinggal kat mana. Tinggal dengan sapa. Tinggal rumah sendiri ke? Pendek kata, soalan-soalan itu memang buat aku rasa tak selesa. Tau lerr ko tu mak cik, tapi tak kanlah semua maklumat itu perlu aku jawab dengan terperinci. Kalau dia ada anak jantan bujang pun, aku tak hingin nak jawab pun. Tengok muka baru 4 saat lepas, macam-macam nak tau pasal aku. Selagi jawapan yang aku bagi tu tak sesuai dengan selera dia, dia akan tanya lagi benda yang sama. Dah mula lah suara aku nak tinggi. Selama ni kontrol je sebab ko tu mak cik. Kononnya hormat orang tualah. Hati kat dalam menyumpah ntah berapa bakul. Banyak benor dosa aku hari ni, dijumpakan dengan makcik jangok ni.

Ingatkan dia pergi tempat lain, rupanya turun di stesen yang sama dengan aku. Adoiii la. Sepanjang jalan kena saing dengan dia lagi tu. Bila aku tanya, “mak cik niaga ke?” (kan gaya macam tok peraih). Suara dia meninggi. “Niaga apa pulak ni...keja opislah. Ada pulak niaga,” selepas itu dia merungut entah apa-apa. Orang keliling dah pandang aku semacam. Tau pulak dia marah!

Mak cik: Nak pergi mintak keja ke ni?
Aku: Bukan mintak kerja...ada kerja kat sini. (Turn suara aku pulak naik. Berapa kali mau cakap daaaaa! Aku pun tau jugak naik angin weh!)
Mak Cik: Nak pergi Phileo ke?
Aku: Tak. Dekat-dekat sini je...(try kontrol suara semula. Risau jugak kot-kot aku jerkah dia karang).
Mak cik: Pergi pejabat loyer?

Mana dia tahu aku nak pegi pejabat lawyer? Soalnya itu tak berjawab. Masa tu dia dah melencong ke arah jalan yang dia nak pergi. Aku pula pergi ikut jalan lain dengan rasa syukur kerana bebas daripada DIA. Sampai sekarang aku tak juga faham kenapa dia nak aku bagi tau secara detail pasal urusan aku termasuk, mana aku nak pergi. Kalau korang jadi aku, perlukah beritahu semua yang dia nak tahu pasal aku padahal baru je kenal empat minit lepas? Dengan mak bapak aku pun aku bagi tau benda-benda yang enak didengar sahaja, bukannya bagi tau semua perkara. Korang lagi tau pasal banyak perkara tentang aku berbanding mak bapak aku pun. Itu soalan kuiz yang korang perlu jawab. Sila jawab dengan tulus dan ikhlas hu hu hu.

Sampai di pejabat lowyer tu, aku cakap nak jumpa dengan Puan Siti. Penyambut tetamu tu beritahu yang Puan Siti dah keluar (kalau aku yang gajikan dia jadi penyambut tetamu, memang dah kena buang dah pun. Entah kenapalah dia kerja kat situ, tapi tak tahu apa-apa pasal kerja menyambut tetamu. Terpaksalah aku melayan diri sendiri, macam aku ni pulak tuan rumah).

Aku cakap dengan dia yang aku akan tunggu hingga Puan Siti balik (aku memberitahu, dia tak tanyapun), selepas itu aku layan diri pergi duduk di sofa, baca surat khabar, sambil-sambil tu telefon Puan Siti dengan nombor yang lain, bukannya nombor yang dah selalu aku guna. Dia tetap tak angkat. Sambil tu aku sms sorang kawan yang nak makan tengahari dengan aku hari ni, beritahu dia kemungkinan tak sempat lunch bersama. Si penyambut tetamu yang manis itu beritahu mungkin selepas jam dua baru Puan Siti akan balik. Jadinya, aku nekad untuk berkampung saja kat situ. Buat je macam opis sendiri, Peduli apa akukan. Tak kesahlah korang nak pergi makan ke apa, asal aku boleh duduk situ dan tunggu. Kat luar memang panas, kat pejabat itupun tak terasa econ, apalagi kat luar.

Setengah jam kemudian, adik manis penyambut tetamu tu tanya balik, betul ke aku masih nak tunggu Puan Siti (dia dah nak pegi lunch la tu. Aku dah kenyang, boleh tunggu sampai malam pun hu hu hu).

Aku: Saya aku tunggu. Sampai malam pun tak apa, hari ni saya cuti...(selamba kodok je aku jawab sambil sambung baca akhbar). Dia garu kepala. Telefon sana sini, entah sapa-sapa. Aku peduli apa. Memang tu kan keja dia, jawab semua panggilan dan buat panggilan termasuk panggilan bersuara manja dan berketawa menggedik gatai. Walaupun aku baca akhbar, telinga belum “pokak laey den!”.

Dah dorang yang lalu lalang situ dok pandang je aku, salah sorangnya tanya nama aku. Bila aku sebut je nama aku yang glamer tahap Micheal Jackson ni...maklumlah, Obama kan selalu sebut nama aku kat paper press dia, mana tak kenalnya depa tu. Selamba katak je dia kata: Oooo akak punya fail dengan saya.

Aku rasa macam nak terajang orang je masa tu. Masa telefon bagai nak rak tu, tak ada satu maklumat pun depa tau, tiap kali tanya jawabnya “tak tau”, “Tak pasti” “entahlah...” dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya, bila aku mai jengulkan muka, adalah pulak jawapannya. Spontan pulak tu. Nasib baik aku dah makan kenyang-kenyang kat Sogo tadi, kalau tak, alamat adalah orang boleh aku “panggang” dan “makan” hari ni.

Pas tu terhegeh-hegeh dia pegi amik fail, bukak depan muka aku kat depan sofa tu jugak-jugak dan bagi aku satu maklumat;

Dia: Dah dapat tittle, kena call ****tuttttt**** untuk pengesahan. Lepas tu dah boleh ambik.
Aku: Siapa nak kena buat tu?
Dia: Kami akan buat...dah banyakkali call dia orang tak angkat!

Nasib baik dia jawab tanpa teragak-agak. Kalau dia teragak tu, aku nak tanya balik kalau-kalau dia nak suruh aku. Pas tu bolehlah aku mintak diskaun fee sebab aku yang buatkan untuk dia.

Aku: Bila nak buat tu?
Dia: Nak saya buat sekarang ke?
Aku: Terpulanglah nak buat bila pun. Saya tak nak ambil tahu apa-apa hal selain dari “bila” saya boleh dapat benda tu yang dah siap. (kata BILA tu aku tekankan, bagi dia paham skit)

Masa ni aku memang dah tak senyumpun. Walaupun darah tak mendidih sangat, tapi, kalau benda gitu pun nak tanya aku, apa guna aku bayar fee mahal-mahal. Kalau tak bayar separuh dulu tu, tak leh bukak fail. Sekarang ni fail dah renyuk pun belum siap-siap lagi? Tinggal 20 hari lagi nak cukup setahun. Apa cerita!

Dia cakap dia akan call masa tu jugak, pas tu hilang sekejab. Aku sambung balik baca paper dengan muka yang buat-buat senyum walaupun aku sendiri tahu memang kelat pun. Aku tau lerr muka aku masa senyum pun tak berapa nak manis, apalagi kalau buat-buat senyum je. Kalau masa kelat tu, faham-faham ajelah. Tak payah cakap banyak, memang orang boleh nampak. Kalau ada yang tak nampak lagi...memang bahlol lah orang tu!

Dia: Hari Rabu ni boleh ambik di Pejabat ***tutttttt**** (Angkat lah pulak orang pejabat ***Tutttttttt*** tu tengahari ni, walaupun dah dekat masa makan tengahari! Tak payah buat kelakau!)
Aku: siapa nak ambik? Bila saya boleh dapat?

Lama jugak dia senyap. Terkelip-kelip tak tau nak buat apa. Nak je aku kata aku boleh pergi ambil sebab pejabat tu 2 minit je dari rumah aku. Karang kata aku ni Gila Kuasa pulak, suka ambil alih keja orang. Tapi kalau memang dah tak leh nak buat, aku memang akan jadi seorang yang GILA KUASA. Tak kuasa dah dengan orang-orang yang keja lepas tangan ni. Masa mula semua ni, semua macam bagus je. Dah hampir setahun (20 hari lagi genap setahun. Gila! Orang lain buat 6 bulan je. Apa kejadah. Bila aku diam sebab kalut dengan hidup sendiri, depa diam. Baru hari ni nak kalut?).

Masa tu Puan Siti balik dengan perut boyotnya. Salam seadanya dan dia duduk kat sebelah aku, ambik semua fail tu dan belek-belek. Dia pun dah tak “semeriah” dulu dengan mesranya yang terlebih-lebih itu. Konon-kononnya terlebih mesra sebab satu “negeri” lah tu. Habis tu, korang nak rasa bangga ke asal dari Kelate kalau awat keja macam hampeh! Memalukan. Sebab tu lah aku malas nak ngaku asal Kelate kalau wat keja macam ntah apa-apa. Pas tu dia arahkan beberapa dokumen difotocopy untuk aku sebab aku kena uruskan satu lagi prosedur undang-undang. Konon-kononnya boleh cuba pakai masa isi borang berlambak-lambak tebalnya tu. Otak aku yang tak berapa nak waras ni kata, tak leh pakai pun. Dia saje je tak nak bagi aku mengamuk situ je. Bagi gula-gula lah tu kononnya!

Pn. Siti: Akak nak pakai firm kami ke untuk buat semua tu nanti?
Aku: Akak belum fikir lagi. Jauh sangat nak datang ni...akak cari yang kat Bangi je kot. Senang nak berurusan... (lagi senang nak terjah juga!) (masa ni lah nak tunjuk pelanggan tu ada kuasa buat pilihan. Dah tak kuasa lagi nak terjah-terjah macam ni lagi...masa nak tangkap bisnes dengan kita, bukan main manis lagi mulut. Dah dapat, setahun pun tak siap! Kalau bukan TERPAKSA ambik lawyer ni, ingat aku hingin nak datang sejauh ni?).

Selepas tu depa hilang lagi. Aku sambung belek paper lagi. Baca pasal Tengku Puan Pahang dan 5 anakanda baginda kena N1H1 masa pergi London. Manusia kat situ lalu lalang dan keluar masuk sesedap rasa tanpa aku peduli, termasuk Puan Siti. Memang dah masa lunch kan (belum jam 1 lagi masa tu. Depa lunch jam 12.30 kot). Sebelum ni dia akan ajak aku makan sama dengan senyum sampai ke telinga. Ada masa dia belanja, ada masa aku yang belanja. Orang kata itu adat bersosial. Tapi bila tahu aku tak akan sambung guna khidmat dia lagi, gitulah jadinya. Apalagi aku main terjah macam tu je. Dia blah je pergi tanpa kata apa-apa pun. Kalau ajak pergi makan pun aku akan tolak sebab baru je telan ayam bungkus kat Secret Recipe tadi. Perut aku bukannya stokin, boleh sumbat berapa banyak pun nak isi.

12.45 aku dah keluar dari pejabat loyer tu dengan janji Rabu nanti dia pergi ambil title tu kat pejabat ***tutt***, dan copynya dipos kepadaku. Siap aku ambil no tepon dia untuk dihubungi. Ingat seronok ke main terjah pejabat orang macam ni? Aku pun tak suka. Anggun dan AYU yang sentiasa aku jaga ni boleh pudar dek kerana itu. Tapi, kalau aku dah bagi muka lama sangat, korang ingat selama-lamanya ke aku akan bagi? Bagi muka memang aku selalu buat, tapi untuk jangka masa tertentu je. Dah naik LEMAK tu, aku yang nampak macam cicak kubing ni boleh jadi raksasa walaupun aku pun bukannya nak buat macam tu pun. PELUANG memang aku bagi, kalau peluang tu dah DIPERSIAKAN, kira macam tolak tuahlah kan. Aku tak pernah bagi peluang sampai 2-3 kali takat ni. Cukuplah SEKALI. Bagi sesiapa yang dah tolak peluang yang sekali tu...nasiblah. Aku kan brutal dan GANAS. Bila dah mengganas tu...susahlah sikit! Anggun dan Ayu memang kena jaga, tapi kalau tak mengganas sesekali, mana bestnya hidup ni.

Aku tahu bukan semua lawyer firm buat macam ni. Aku pun bukan selalu TERJAH macam gini selain dah habis sabar. Masa aku berurusan dengan satu firm kat Bangi tu dulu, okey aje pun. Depa mudahkan lagi kerja aku. Jumpa lawyer sekali je, lepas tu semua urusan aku berurusan dengan pembantu dia tu je. Kalau masa aku pergi tu, si pembantu lawyer tu pun tak ada (cuti ke, pergi makan ke, keluar ke...) orang lain masih lagi boleh bantu dan sambung kerja tu. Maknanya, bukan hanya tunggu dia sorang je. Tak sedarpun semuanya dah siap. Tau-tau depa call suruh datang ambil fail.

Aku kena cari satu lagi lawyer firm lepas ni untuk uruskan benda ni. Takat ni, hanya pengalaman aku dengan satu firm itu ajelah. Tak pastilah pulak kalau-kalau ada firm lain lagi yang lagi mudahkan kerja aku. Dulu, En. Mohd Noor yang “selak lauk nampak nasi” tu ada janji nak tolong aku. Maybe aku perlu juga terima tawaran dia nak tolong tu. Mmmm entah bilalah aku boleh isi borang-borang yang banyak tu, kemudian cari pulak senarai syarikat guaman yang terdekat. Dulu Dina ada bagi alamat website yang senaraikan semua syarikat guaman di Malaysia. Pernah juga print dan pilih, tapi masa tu dokumen tak lengkap. Aku simpan semula senarai tu. Kena selongkar balik fail kat pejabat tu.

Masa terkedeh-kedek ke stesen Rapid KL, sempat singgah beli tudung RM5.50 sehelai di First Lady. Takat ni tudung yang aku pakai (kecuali orang bagi...tu pun adik ipar aku je yang pernah bagi), berada di bawah harga kawalan (RM20 paling mahal. Biasanya bawah RM10). Sehelai blouse juga, setelah berjaya pujuk adik tu kurangkan RM10 dari harga offer. Boleh ke gitu? Su mesti dah gelak tergolek-golek baca ayat ni sebab dia pernah tengok macam mana aku tawar-menawar masa beli kek gula hangus kat belakang PKNS dulu. Jangan jatuh dari kerusi dahlah ye, Su!

Bila tengok langit dah gelap, dah berangin, aku ambil keputusan terus je balik hingga terlupa pulak nak masuk satu kedai roti tu. Kat kedai roti tu ada biskut kacang yang aku suka. Kalau beli di pasaraya, biskut tu dah lama dibuat. Bila beli di kedai roti, masih baru lagi. Aku penah beli dulu sekali, MENYESAL sangat-sangat! Menyesal sebab beli sebungkus sahaja. Sedap sangat-sangat sebab baru beberapa hari dibuat hu hu hu.

Dalam komuter, aku berkenalan dengan sorang adik ni, sambil agah-agah sorang baby kat tempat duduk depan. Terkekeh-kekeh baby tu gelak hingga semua orang pandang-pandang. Sambil borak dengan adik tu, sambil agah si baby.

Adik ni nak balik kampung, turun di Seremban. Dia risau kerana kena balik seorang naik bas dari Seremban ke Kuala Pilah. Biasanya abang dia akan ambil kat stesen Seremban, kali ni dia kena balik sendiri. Kira kali pertamalah nak ber edventure. Jadinya, dia risau sikit. Tak boleh imagine macam mana nak buat kat Seremban nanti.

Akulah pulak cerita kat dia yang Terminal One tu dekat je dengan stesen KTM. Jalan kaki pun kejab je, seberang jalan dah masuk Terminal one. Kalau tak pasti, boleh tanya pak guard kat situ. Mmmm macam aku pulak lebih tahu kampung dia hu hu hu. Belajarlah berdikari, dik. Dah kerja, badan pun lagi besau dari aku atau Dina (ni mesti Dina akan bangga dengan statement aku nih!), tak kan nak kena tunggu abang ambik sampai bila-bila. Kecian lerrr cik abang ko nanti ya...dapat isteri yang perlu dihantar ke mana-mana sahaja hu hu hu (baik cari driver!). Takat kat Malaysia ni nak sesat, bukan payahpun. Ringankanlah mulut tu. Tanya je sesapa. Orang malaysia ni suka membantu dan amat berbangga untuk menolong terutama kalau yang tanya tu cik mek molek.

Aku tak suka pergi KL. Kalau aku pergi KL mesti aku akan jumpa banyak benda yang boleh buatkan jantung aku berdenyut lebih kencang. Aku sayang jantung aku! Jadi sebenarnya, apa ke hey nyee ni? Tak boleh ke aku pinjam nama rancangan kat TV9 tuh?

Selasa, 4 Ogos 2009

Pesta Buku Selangor

Ikutkan hati, memanglah letih nak pergi. Jauh pulak tu. Lebih letih bila fikirkan perlu bersendat sardin dalam komuter bila balik nanti. Namun, itulah sebenarnya tempat yang aku boleh dapatkan buku dengan harga diskaun (walaupun taklah banyak sangat untuk buku akademik). Paling utama, aku dapat jumpa banyak penerbit. Bila banyak penerbit, peluang untuk jumpa buku-buku yang aku nak tu lebih tinggi lagi kebarangkaliannya (fulamak...matematiklah pulak dah ayatnya! Macam ler aku ni hebat sangat mengira macam adik Adi Putra tu kan...)

Celik mata je pagi Sabtu, dengan kemalasan tahap dewa, aku paksa juga diri untuk bersiap seadanya. Mata masih lagi mengantuk, seluruh badan masih lagi sengal dan lenguh (masih belum hilang walaupun dah seminggu balik dari KK), aku start jugak kapcai buruk tu. Masa nak check petrol (meter dah lama rosak, kenalah buka dan tengok sendiri banyak mana lagi petrol masih ada...karang mati tak ada petrol aku jugak yang susah), dia punya kusyen tak boleh buka. Jenuh aku godek sana sini, tetap jugak tak mahu buka. Memang dah lama sangat aku tak isi petrol, jadinya memang aku agak petrol dah sampai dasar, tapi...kalau kusyennya tak boleh buka, macam mana nak isi petrol?

Nak ke tak, terpaksalah singgah bengkel walaupun hari dah meninggi benar. Dah alang-alang pergi bengkel, tukar sekalilah tali brek dan tambah skru untuk satu benda tu (aku pun tak tau nak panggil benda aka, tapi kedua-dua krunya memang dah tanggal. Itu tanda-tanda yang skru tu sengaja ditanggalkan. Nak kena kidnaplah tu...apa lagi! Kurang asam punya pencuri!).

Sepuluh setengah baru siap semua dan singgah isi petrol, kemudian ke stesen KTM. Kalau lambat macam ni baru nak terhegeh-hegeh masuk komuter, maknanya berdiri ajelah sampai KL Sentral. Ramalanku memang benar belaka. Masa ke KL Sentral pun dah sendat macam ikan bilis dalam tin sardin, balik nanti dah boleh agak macammana.

Tukar train di KL Sentral dan turun di Shah Alam. Tercangak-cangak cari tempat tunggu bas, tetapi macam tak ada aje. Nak tak nak terpaksa ambil teksi. Teksi kat sini tak guna meter dan perlu tunggu penuh penumpang dulu (taklah sampai tunggu melongo, tapi tunggu dalam seminit dua je. Kalau tak ada penumpang lain lagi datang tanya untuk arah yang sama, teksi jalan juga). Tambang ke PKNS RM4.

Di belakang PKNS ada jual buah-buahan tempatan. Sebelum masuk PKNS aku pergi sana dulu. Dah panas nanti, malas pula kan nak pergi. Banyak buah-buah jual kat situ terutamanya cempedak (buah dan yang dah goreng), rambutan, duku dan dokong, rambutan, manggis dan pulasan. Geram bukan main aku nak duduk je makan durian kat situ (meja disediakan). Kalau tak ingat benda alah tu berbau dan boleh menyebabkan satu komuter mabuk dengan baunya, memang aku hadap je. Tengah lapar masa tu. Semalam tak makan malam, pagi tadi pun tak sempat sarapan. Takat 3 biji boleh muat perut aku ni hu hu hu...nasib baik tahap kesabaran aku masih lagi tinggi. Terpaksalah lupakan sahaja buah idaman tu tapi aku beli je cempedak goreng dengan harga RM2 untuk 5 ketul. Oklah tu takat nak isi tembolok aku je kan.
Masuk je PKNS, terus singgah kedai makan. Kira makan tengah hari lah tu, bersekali dengan sarapan pagi tadi dan makan malam yang terlepas pada malam sebelumnya. Aci tak? Langsai sepinggan nasi, aku bantai pulak cempedak goreng tu sampai habis. Langsai semuanya! Urppp....yummy! dah boleh lakukan aktiviti seterusnya.

Pesta buku Selangor. Apa yang ada, samalah macam pesta buku yang lain. Dah tentu lebih meriah dan banyak penerbit serta buku-bukunya berbanding pesta buku kat Bangi tempoh hari. Dah jelajah sana sini, akhirnya jumpa juga tempat yang sepatutnya aku pergi. Kat gerai ini aku mufliskan diri hingga RM380 untuk beli buku-buku yang teramat susah nak jumpa termasuklah belum tentu ada di MPH atau Kinokuniya. Nak tak nak, terpaksa jugak beli sebab lain kali belum tentu lagi aku jumpa. Jumlah itu termasuk juga 2 buah buku yang aku tempah untuk dihantar melalui pos. Harapnya minggu ni dah terima. Minggu ini juga mungkin aku akan mintak adik tu hantar beberapa buah buku yang lain memandangkan syarikat ini import buku dari Indonesia dari penerbit Obor. Aku tak bawa judul buku tersebut sebab ada kat pejabat. Malas nak singgah pejabat semata-mata nak ambil buku tu yang sebenarnya aku tak jangkapun ada.

Kat Dawama (pengegar buku-buku DBP sahaja sebenarnya, bukan Dawama buka sendiri gerai dia) aku habiskan hampir RM100 lagi. Besday Dina aku nak bagi buku je....so terus aku sambar satu buku yang memang boleh bantu Dina tingkatkan tahap menulis dia. Ampun ya Nong Dina, ngak ada munger hu hu hu...mintak je kat Shah Rukh Khan kalau ko nak bunga.
Kat sini aku bertembung dengan pelakon Hisyam Ahmad Tajuddin yang datang beli majalah dan mungkin juga buku. Siapa kata artis hanya tahu lepak je kan hu hu hu. Dah nak balik, tetiba aku teringat pulak anak buah kat kampung yang suka mintak hadiah. Biasanya dia akan mintak aku beli peralatan melukis dan menulis serta buku-buku, dan aku pulak memang tak berkira sangat kalau bab buku ni. Beli lah kat dia buku cerita kanak-kanak yang harganya hanya RM1 je satu. Oklah tu...dia masih di tadika, sesuai baca buku-buku yang ada gambar dan boleh warnakan juga pada masa yang sama. Mesti Syafiq jeles aku hanya beli untuk Ain je. Nak buat macam mana, tak jumpa buku yang sesuai untuk Syafiq lagi. Lain kali aku panjat PKNS Bangi pulak cari untuk dia sebelum balik kampung. Raya nanti nak balik, so...masih ada banyak masa.

Dah lenguh kaki merayau sana sini, dah lenguh tangan jinjing buku 4 plastik, waktu pun dah lewat...hampir jam 4 juga baru aku cari teksi untuk ke KTM. Tambangnya RM5. Juga tak pakai meter. Pemandu teksi tu bagi tau ada rusuhan di KL, jadinya pandai-pandailah jaga diri, pesan pak cik tu. Masa sampai di stesen Shah Alam, train memang dah ada tapi ada masalah sikit. Lima minit melongo kat situ, train tu akhirnya bertolak juga hingga ke KL Sentral. Walaupun asalnya aku nak turun di Bank Negara untuk mudahkan naik train ke Seremban, tapi train yang kami naik tu alami kerosakan. Semua kena turun KL Sentral. Fulamak...penuh umat! KL Sentral penuh dengan manusia. Tak pastilah sebab memang dia orang dah nak balik ataupun sebab tak nak terlibat dengan kekecohan kat jalan TAR.

Nak tak nak aku naik juga train ke Rawang dan turun di Bank Negara kerana kesesakan tahap gaban di KL Sentral. Ingatkan sempatlah duduk bila naik di Bank Negara. Hampeh! Sampai stesen UKM pun masih lagi berdiri. Sebenarnya sempatlah duduk 2-3 saat, tapi bila seorang mak cik tu memasukkan diri hingga ke hadapan aku, tak tergamak pulak tengok dia menari-nari ikut irama goncangan train. Biar je lah dia duduk, karang kalau dia jatuh, aku pulak yang termalu-malu sebabnya, dengan muka tak malunya biarkan dia berdiri (berapa banyak belit punya ayat daaaa....korang baca ajelah, malas aku nak ubah hu hu hu).

Macam biasalah, kalau dalam mana-mana train memang akan ada pemandangan indah yang boleh dilihat. Kali ni...aku nampak pasangan Islam dari Afrika ni bersama sepasang anak kembar mereka. Perempuan tu gendong anak dia macam kangroo. Bezanya dia gendong kat belakang. Dia jadi perhatian ramailah sebab kelainannya itu, namun tetap tak ada seorang pun yang sudi melenguhkan lutut bagi dia duduk. Malah pasangan kekasih ini, dengan kagumnya dok belek-belek kendongan berisi budak tu. Kemudian tersengih-sengih kagum. Nasib baiklah jantan tu bukan boypren aku. Kalau tak, sahlah dapat makan sup sliper jepun free.

Seorang Apex ensem yang sebenarnya taklah berapa hensempun, tapi apa yang dia buat telah buatkan dia nampak lebih ensem dari mukanya yang tak berapa macho tu ataupun rambut karatnya. Mula-mula dia suruh sorang lagi anak kembar si Afrika tu (yang bersama ayahnya) duduk di atas beg dia. Kemudian dia suruh si Pak We kurang ilmu sivik tu bangun dan bagi perempuan Afrika tengah gendong anak tu duduk. Terpaksalah dengan malu-malu kucing gatal, pak we kurang amalan sivik tu bangun dan beri tempat duduknya. Dah pak we dia bangun, mak we dia yang tersengih-sengih mengalahkan kerang busuk tu pun bangunlah jugak, terus himpit bersama pak we dia ke tepi pintu. Tak pastilah pulak dia orang memang dah sampai ke destinasi ataupun terjun turun sebab termalu dengan permintaan si Apex tak berapa ensem tu.
Akhirnya tempat kosong itu diisi dek Apex tak berapa ensem itu sambil riba sorang anak kembar yang duduk di atas begnya tadi. Korang bayangkanlah sendiri perbezaan kedua-duanya (Apex tu...sorang cerah) dan sorang lagi gelita (anak kembar Afrika). Tak ubah macam taik cicak lak. Apapun, aku tetiba je jatuh cinta dengan Apex tak berapa ensem tu. Apa taknya, dia tak nampak kekok pun dengan budak Afrika tu, dia juga slamber rock je melayan kerenah budak tu. Budak tu nampak sangat selesa dan senang dengannya. Adoiiii la...tetiba je Apex tak berapa ensem tu dah jadi ensem di mata aku. Nasib baik boleh kawal diri lagi kan, kalau tak...dah kena urat dah Apex tak berapa nak ensem tu dengan aku hu hu hu.
Gambor2nye aku tampal lain kalilah ye...lupa lak nak bawak kabel hu hu hu...

Rabu, 25 Mac 2009

Earth Hour





Sabtu ni, 28 Mac 2009, Malaysia telah menyahut cabaran untuk menjayakan 60 Earth Hour. Bermula jam 8.30 malam hingga 9.30 malam.

Apa maknanya tu?
Maknanya, pada hari Sabtu ini, beberapa kawasan di Malaysia akan memadamkan lampu selama satu jam bermula jam 8.30 malam hingga 9.30 malam sebagai satu simbolik untuk menjaga kelangsungan bumi yang kita cintai ini.

Acara sebegini telah dilakukan dua kali di tempat-tempat lain seluruh dunia dengan Australia adalah Negara pertama yang melakukannya. Maknanya tahun 2009 dah jadi tahun ke tiga. Pada tahun ke tiga barulah kegiatan kearah kesedaran tentang penjagaan alam sekitar sampai ke Malaysia. Biarpun lambat sikit, namun itu lebih baik daripada tak buat langsung kan?

Beberapa tempat di Malaysia telah bersetuju untuk bersama-sama menyahut cabaran ini seperti Dataran Merdeka, KLCC, KL Sentral, Menara Kuala Lumpur, Sunway, Putrajaya, Media Prima juga (satu jam tak ada siaran tv ke? Hu hu hu…nanti berita jam berapa ya?).

Alam memang perlu kita sayangi. Alam bukan milik kita. Alam itudianugerahkan daripada nenek moyang yang perlu kita warisi kepada generasi akan datang. Kalau tak jaga, terimalah akibatnya nanti. Nak cerita tentang alam ni memang banyak perkara boleh dibincangkan, tapi aku memang terlalu kesuntukan masa akhir-akhir ni, jadi…silalah surf sendiri.

Banyak maklumat boleh diperolehi secara online tentang 60 Earth Hour, antaranya seperti ini;
http:www.wwf.org.my





How you live your life makes a difference to our environment





Please practise these simple steps every day and help to leave our children a living planet.
In Your Home
· Turn off equipment like televisions, computers and stereos when you're not using them. That little red standby light means they're still using power - and that means a contribution to global warming.
· Save water: turn off the tap when brushing your teeth.
· Recycle your paper, glass, plastics and other waste.
· Send e-greetings instead of paper cards.

· Help reduce the world's rubbish dumps - don't use "throw-away" products like paper plates and napkins, and plastic knives, forks, and cups. Avoid using Styrofoam cups, plates and boxes – take away your food by bringing your own plastic container to food stalls and restaurants.

http://www.wwf.org.my/how_you_can_help/take_action/earth_hour/

Earth Hour
On 28 March 2009 millions of people around the globe will unite for one hour and switch off their lights to show that they care about our living planet.





62 countries including Malaysia have committed to participate in WWF’s Earth Hour in 2009. This will be the first time Malaysia officially takes part in Earth Hour and our Prime Minister, Dato' Seri Abdullah bin Ahmad Badawi has indicated his support and endorsement of Malaysia’s participation.








The campaign, which hopes to reach out to more than one billion people in 1000 cities around the world, encourage individuals, businesses and governments to switch off lights for just one hour on Saturday March 28, 2009 at 8:30pm to convey their support for action on climate change.








Cities already committed to Earth Hour include Los Angeles, Las Vegas, London, Hong Kong, Sydney, Rome, Manila, Oslo, Cape Town, Warsaw, Lisbon, Singapore, Istanbul, Mexico City, Toronto, Dubai and Copenhagen.








2009 is a critical year in terms of the political decisions that will be made at global climate negotiations in December 2009. Earth Hour, aims to highlight the voice of the people of the world and represent a visual mandate for meaningful policy on climate change.If you would like to pledge your support of Earth Hour log on to
http://www.earthhour.org/malaysia and sign up. If your company would like to participate in Earth Hour, please call WWF-Malaysia at Tel: +603 7803 3772 or Email: ARaj@wwf.org.my


Nak tahu lebih lanjut lagi? Tengoklah video-video ni...




http://www.youtube.com/watch?v=BjWD8pbK5t8

http://www.youtube.com/v/BjWD8pbK5t8&hl=en&fs=1


Terpulanglah kepada anda sama ana nak sokong ke tak. Sebaiknya sokonglah. Bukan apa, kalau sekali setahun nak tutup lampu pun tak boleh, tak tahulah nak kata apa. Nak buat macam mana kan, rakyat di Malaysia ni mewah. Setiap hari rumah terang benderang macam Dataran Merdeka dari awal tahun hinggalah akhir tahun. Merungutnya masa bab bayar bil je.





Itu rumah akulah. Tiap malam kena bangun jam 2-3 pagi semata-mata nak tutup lampu. Kalau tak, satu rumah benderang. Kalau tutup awal-awal pun, yang kaki tadah embun tu balik, tetap benderang juga. Kalau tak ditutup, sampai zohor pun lampu terpasang tak tutup. Sebabnya? Kalau dah membuta jam empat pagi, larat ke nak bangun jam tujuh pagi untuk tutup lampu...sendrey mau ingatlah!




Sambungan......




Bila surf serba sedikit pasal Earth Hour ni...ramai jugak blogger yang ada kesedaran tinggi untuk tu. Berikut antara yang aku jumpa...boleh terus ke blog itu di http://adyri.blogspot.com/2009/03/earth-hour-2009.html yang menus begini:

Earth Hour adalah sebuah acara tahunan peringkat antarabangsa yang diadakan oleh WWF (
World Wide Fund for Nature/World Wildlife Fund), ia diadakan setiap Sabtu terakhir bulan Mac, yang meminta setiap rumah dan pejabat untuk mematikan lampu yang tidak diperlukan dan peralatan elektrik selama satu jam untuk meningkatkan kesedaran akan perlunya mengambil tindakan menghadapi perubahan iklim.




Ianya dirintis oleh WWF Australia dan Sydney Morning Herald tahun 2007, dan menjadi ikutan dunia pada tahun 2008. Earth Hour berikutnya akan dilakukan pada hari Sabtu, 28 Mac 2009 pukul 8:30 malam, waktu tempatanPada waktu ini, 80 negara dan 750 bandar 'bergabung dengan Earth Hour 2009', satu peningkatan yang drastik dari orang-orang yang turut serta di 35 negara untuk Earth Hour 2008. 1 bilion 'suara' adalah tujuan utama untuk Earth Hour 2009, dalam konteks menjelang Konferens Perubahan Iklim Bangsa-Bangsa Bersatu 2009.



Acara ini adalah bertujuan mengurangkan pengeluaran karbon dan pengurangan penggunaan elektrik secara keseluruhan. Perlu diketahui bahawa Earth Hour sangat mirip dengan Earth Day Energy Fast, yang sejak 1991 hingga 2007 yang merencanakan tidak menggunakan tenaga buatan setiap kali Earth Day. Earth Day Energy Fast ditutup tahun 2008 setelah pengasasnya menyatakan "sudah terlambat" untuk kempen seperti ini untuk memberikan impak yang bermakna.



Konferen Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Perubahan Iklim di Bali menjadikannya jelas bahawa penandatangan Protokol Kyoto menyetujui bahawa pengurangan pengeluaran karbon mulai 25 hingga 40% dapat dilakukan pada 2020 untuk mengurangi impak
pemanasan global yang mengakibatkan peningkatan aras laut dan masalah lainnya.


Dalam konteks tersebut Earth Hour merupakan satu titik tolak terbaiknya untuk menyedarkan kembali manusia untuk maju ke tahap berikutnya seperti beralih ke
tenaga hijau dari sumber seperti tenaga angin dan tenaga solar dan tidak menggunakan elektrik yang dihasilkan melalui pembakaran bahan bakar fosil seperti arang batu, gas asli dan petroleum.


Apa yang kita harus buat pada Sabtu, 28 Mac 2009 pukul 8:30 malam?



Tutup peralatan elektrik seperti lampu, kipas, komputer dan sebagainya. Itupun jika penggunaan waktu tersebut adalah tidak penting pada waktu itu.



Ajak rakan-rakan untuk menyertainya sekali.
Sebarkan kepada semua rakan-rakan anda, keluarga, jiran dan sebagainya.



Marilah sama-sama kita jayakan usaha yang murni ini, walaupun nampak kecil dan tidak bermakna, tetapi jika semua orang terlibat ia akan membawa impak yang besar pada keseluruhannya.



Tetapi awas, haruslah diingat jika rumah atau kawasan anda selalu terdedah pada bahaya contohnya kerap berlaku kecurian, tutuplah lampu yang perlu sahaja dan janganlah bergelap segelap-gelapnya dan mengundang bahaya kepada diri sendiri.



Akhir sekali, apa salahnya pada waktu itu kita menutup sebentar lampu, komputer, televisyen, radio dan perkakas elektrik yang lain dalam masa satu jam sahaja. Semoga ia memberi impak dan makna yang besar kepada kita.




Secara peribadi, aku memang sokong saranan blogger ni. Ramai lagi blogger lain tampilkan isu earth Hour ini dan menyokongnya. Aku yang memang dah lama bengang dengan situasi alam kita yang dah lama tergugat ni, memang sokong sangat-sangatlah hal ini. Walaupun hanya tutup lampu sejam sahaja dalam setahun, harapnya kesedaran kita pasal alam sekitar tidak hanya setakat itu sahaja. Paling tidak pun, ingat-ingat pasal sampah yang kita buang tiap hari. Mmmmm aku merungut dah lebih daripada Karam Sigh Walia la pulak...tapi, aku memang maksudkan begitu.

hanya orang yang terlalu CINTA alam sekitar saja tahu b etapa alam ini telah kita musnahkan. bukan lagi secara perlahan-lahan, tapi DENGAN GELOJOHNYA. Ohhhh sedih tau!


Berikut aku petik dari Utusan Malaysia;



26 Mac, 2009 18:18 PM



Bekalan Tenaga Tidak Ditutup Semasa Earth Hour, Kata TNB



KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) memberi jaminan kepada orang ramai bahawa bekalan elektrik tidak akan ditutup semasa kempen "Earth Hour" yang berlangsung di seluruh dunia, Sabtu ini."Sebagai perbadanan elektrik negara, kami komited untuk memastikan bekalan yang berkualiti dan terjamin sepanjang masa," kata Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh dalam satu kenyataan Khamis.




Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa TNB menyokong program "Earth Hour" itu sejajar dengan dasar tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) dan gesaan penjimatan tenaga.TNB mengeluarkan kenyataan itu sebagai maklum balas kepada banyak panggilan telefon daripada pelanggan yang bertanyakan sama ada bekalan elektrik akan ditutup semasa tempoh kempen "Earth Hour" itu yang bermula dari 8.30 malam hingga 9.30 malam.




Earth Hour bermula di Sydney pada 2007 dan sejak itu semakin berkembang ke seluruh dunia dengan lebih 50 juta orang memadamkan lampu mereka pada 2008.Mercu tanda dunia seperti Golden Gate Bridge di San Francisco, Coliseum di Rom dan Sydney Opera House semuanya bergelap semasa kempen itu berlangsung.-- BERNAMA


Terharu bila ada pihak yang sudi menyambut cabaran tutup lampu ni...

6 Mac, 2009 19:25 PM



Mid Valley City Sokong Earth Hour 2009



KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Sebagai menyokong usaha menangani pemanasan global, dengan EARTH Hour 2009 sebagai acara terkini, Mid Valley City akan memadam semua lampu muka (bangunan), papan tanda neon, lampu landskap dan semua lampu luaran tidak perlu di bangunan berkenaan bagi menunjukkan komitmennya terhadap kebajikan global."Mid Valley City sentiasa melaksanakan pelbagai inisiatif alam sekitar," kata Ketua Pegawai Eksekutif Mid Valley City Garden Sdn Bhd, Antony Barragry menerusi satu kenyataan Khamis.




EARTH Hour 2009 dijadual disambut pada 28 Mac dari 8.30 malam hingga 9.30 malam, waktu tempatan.EARTH Hour yang merupakan inisiatif Tabung Alam Sedunia (WWF), dimulakan di Sydney pada 2007 dan sejak itu berkembang menjadi pergerakan global dengan lebih 50 juta orang memadam lampu pada 2008, dan melakar kejayaan besar apabila berjaya menarik Golden Gate Bridge di San Francisco, menyertai usaha itu.-- BERNAMA




Sekalipun lampu ditutup pada Sabtu ini...harapnya, kita semua masih lagi beri keutamaan kepada keselamatan. Mana tahu ada yang ambil kesempatan untuk pecah masuk rumah pulak pada hari tersebut.



Biar apapun, sama-samalah kita sokong usaha panjangkan hayat bumi yang kita cintai ini... macam tertulis dalam Metro, Jumaat 27 mac 2009 di

http://www.hmetro.com.my/Friday/Rap/20090327102407/Article

Publisiti demi kebaikan

Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my


KEMPEN 60 Earth Hour (Waktu Bumi) akan berlangsung esok, apabila semua penduduk di Malaysia digesa memadamkan lampu atau tidak menggunakan sebarang kuasa elektrik selama sejam bermula jam 8.30 malam.

Kempen dilakukan Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) dengan kerjasama badan korporat dan media tempatan ini turut disertai penduduk di seluruh dunia, sebagai tanda sokongan untuk mengurangkan pemanasan global, sekali gus melawan perubahan iklim yang disebabkan perbuatan manusia. Turut terbabit bagi mempromosikan kempen ini beberapa artis ternama dan personaliti televisyen antaranya Maya Karin, Sarimah Ibrahim, Reshmonu, Zainal Abidin, Aishah Sinclair dan pengarah, Yasmin Ahmad.
Begitupun usaha murni cuba dipromosikan rakan artis ini dipandang sinis pelbagai pihak, malah tidak kurang ada yang merungut dengan berkata mengapa mereka harus melakukan perkara dianggap tidak mendatangkan faedah.Menjelaskan mengenai usaha dilakukan WWF, Maya Karin yang memang sangat dikenali dengan pendiriannya dalam membabitkan isu penjagaan alam sekitar berkata, kenyataan itu diberikan mereka kerana keliru dan tidak faham dengan kempen 60 Waktu Bumi.
"Saya sedar ada orang berkata, usaha yang kami cuba lakukan ini sekadar meraih publisiti dan menyatakan memadam lampu selama satu jam adalah perkara tidak berfaedah serta tidak memberikan sebarang kesan.
"Tidak dinafikan ia sebahagian usaha untuk meraih publisiti, tetapi untuk kebaikan semua manusia di dunia. Kami cuba mewujudkan kesedaran betapa kehidupan di bumi sekarang bergelut dengan pelbagai masalah berpunca daripada pemanasan global. "Pada waktu sama, kita boleh menjimatkan banyak tenaga. Memang kalau kita seorang tidak akan memberi kesan, tetapi cuba bayangkan jika ia dilakukan semua penduduk tempatan, pasti kapasiti penjimatan dapat diperoleh dalam skala lebih besar," katanya.
Lebih penting, kata Maya, 60 Waktu Bumi mahu mengajak orang ramai melihat masalah yang dialami penduduk dunia secara serius kerana kesannya bukan saja membabitkan alam sekitar atau hidupan liar saja sebaliknya manusia itu sendiri apabila terpaksa berhadapan dengan kemarau dan cuaca tidak menentu."Mereka yang bersama-sama kami memadamkan lampu pada Sabtu ini (esok) bermakna benar-benar faham mengenai isu yang cuba diketengahkan. Kami cuma mahu mengajak orang ramai supaya menjadi lebih prihatin," katanya


Jelas Maya lagi, antara kesan besar dalam kempen ini apabila beberapa bangunan besar yang ada di Kuala Lumpur juga turut serta kerana ia mampu menjimatkan tenaga dalam jumlah lebih banyak terutama apabila lampu dan penyaman udara dipadamkan.

"Saya sendiri secara peribadi tertarik dengan iklan disiarkan WWF iaitu segalanya bermula dengan satu suara. Memang benar kalau kita seorang saja melakukan perkara ini ia tidak memberi kesan, tetapi bayangkan di kawasan perumahan atau satu blok apartmen tidak menggunakan elektrik dalam tempoh itu ia pasti membantu," katanya.
Bagaimanapun, ada juga beberapa pihak menyatakan sokongan mereka, tetapi sayangnya ia tidak melakukan seperti apa yang diperkatakan. Contohnya pengacara rancangan Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) sebelum ini, Sarimah Ibrahim menjelaskan pihak produksi rancangan realiti tv itu menyokong kempen 60 Waktu Bumi, tetapi rancangan itu tetap ke udara seperti biasa.Kata Maya, pada pendapatnya kalau kita sudah menyatakan sokongan kita perlu melaksanakan prinsip itu sepenuhnya.
Siapapun anda, dimana pun anda berada...cintailah bumi kita