Ya, bulan Syawal memang bulan ujian. Ujian untuk puasa 6. Ujian juga untuk pertambahan berat badan selepas raya. Memang
menimbulkan dilemalah bila ada rumah terbuka, pejabat terbuka yang ada masanya
dibuat pada hari berkerja. Kalau pejabat terbuka tu kita fahamlah bila buat pada hari berkerja.
Macam dah jadi trend dah, ajak kawan-kawan datang rumah
terbuka waktu makan tengahari. Alamak! Ingatkan hujung minggu sahaja bergelut
puasa enam dengan rumah terbuka. Hari berkerjapun ada rumah terbuka. Cemana nak buat tu? Sangat serba salah
dibuatnya. Pergi kang, hancur puasa. Tak pergi kanggg….mmmmm jawablah sendiri. Adakala
orang boleh terima alasan “puasa” tu…kadangkala, ada juga yang tak boleh
terima. Apa nak buat. Katanya tak reti bermasyarakat huhuhuhu
Kalau asyik terbatal puasa bila tiba waktu tengahari je,
bila masa nak cukupnya puasa? Itu belum lagi terkejar-kejar dengan cuti bulanan. Fuhhhhh silalah gigih!
Masa masih ada lagi. Sempat tak ni?
5 ulasan:
Nasib baik syawal tu sebulan kan dik..
Masih panjang lagi masa diberi buat semua:)
Tak kisahlah.. hablum minallah hablum minannas - Hubungan dengan Allah dan hubungan sesama umat kena ada baru bahagia dunia/akhirat kan..
Me pun xsmpt lg buat puasa 6.. Sibuk ternak lemak lg.. Huhu
Kakzakie: kat kelate, dah habis raya dah. hari kedua dah mula puasa 6. tapi seminggu musim cuti ni orang2 muda tetap pi beraya juga. orang2 lama pi beraya tapi tetap puasa
mama yana: ambo puasa ganti dulu huhuhuhu risau kot TERmeninggal ke apa, tadak orang nak bayar utang pulak.
Puasa 6 pelan2 kayuh. belum habis lagi
Akak ada 3 hari lagi puasa 6 tu..
tengah ABC skrg ni..
Cabaran sungguh kan Anyss..
Kena bertabah lah :)
Catat Ulasan