Memaparkan catatan dengan label rumah terbuka raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rumah terbuka raya. Papar semua catatan

Jumaat, 22 Julai 2016

Cabaran Puasa Enam



Ya, bulan Syawal memang bulan ujian. Ujian untuk puasa 6. Ujian juga untuk pertambahan berat badan selepas raya. Memang menimbulkan dilemalah bila ada rumah terbuka, pejabat terbuka yang ada masanya dibuat pada hari berkerja. Kalau pejabat terbuka tu kita fahamlah bila buat pada hari berkerja.

Macam dah jadi trend dah, ajak kawan-kawan datang rumah terbuka waktu makan tengahari. Alamak! Ingatkan hujung minggu sahaja bergelut puasa enam dengan rumah terbuka. Hari berkerjapun ada rumah terbuka. Cemana nak buat tu? Sangat serba salah dibuatnya. Pergi kang, hancur puasa. Tak pergi kanggg….mmmmm jawablah sendiri. Adakala orang boleh terima alasan “puasa” tu…kadangkala, ada juga yang tak boleh terima. Apa nak buat. Katanya tak reti bermasyarakat huhuhuhu

Kalau asyik terbatal puasa bila tiba waktu tengahari je, bila masa nak cukupnya puasa? Itu belum lagi terkejar-kejar dengan cuti bulanan. Fuhhhhh silalah gigih!

Masa masih ada lagi. Sempat tak ni?