Memaparkan catatan dengan label tembakan di setapak central. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tembakan di setapak central. Papar semua catatan

Khamis, 28 Julai 2016

Tembak Lagi, Berapa Banyak Tembak Daaa!



Termasuk kejadian tembakan di lampu isyarat Jalan Taman Ibu Kota/Jalan Genting Klang (Berhampiran Setapak Central) akibatkan kematian seorang pengurup wang, dah berlaku 6 kejadian tembakan mengorbankan mangsa sejak Januari 2016.

Wahhhhhh! Mudahnya nak lupuskan orang. Kalau tak letupkan, simen aje. Malas nak simen, tembak aje walaupun di kawasan atau tempat terbuka. Berani betul orang sekarang ni. Buat jenayahpun tempat ramai orang. Tengahari buta pulak tu. Macam tak kesahpun ada CCTV ke apa. Fuhhhhhh!!! Hebat, hebat! 

Berikut adalah kronologi kejadian tembakan melibatkan sebahagian besarkan orang yang berniaga. Aku tak nak komen banyak bab ni, tak payah buat apa-apa speklusasilah ya;


Aku sengaja tak letakkan gambar dan video kejadian tembak di lampu isyarat Jalan Taman Ibu Kota/Jalan Genting Klang tu ya bagi menghormati mangsa dan ahli keluarga. Tak kiralah mereka itu siapa, namun yang pasti apabila kehilangan ahli keluarga, kita akan sedih. Silalah hormati perasaan sebegitu.

Semoga selepas ni dah tak berlaku lagi kejadian jenayah melepaskan tembakan di tempat awam macam ni...macam menakutkan pulak. Apalagi kalau salah tembak orang. Tak pun nak tembak orang lain, orang lain pulak yang kena, lagi naya. 

Tapi, Malaysia masih lagi selamat kan kan kan?