Minggu ni kalut. Dah tiga minggu pun kalut, bukan minggu ni
aje.
Minggu ni juga tak tahu macam mana, sangat kerap agen insuran
telefon. Tak tahu mana mereka dapat nombor tu.
Macam biasa, bila agen insuran perkenalkan diri, makanya aku akan
beritahu awal-awal lagi aku dah ada insuran kesihatan dan belum ada niat nak tambah lagi.
Ada agen insuran mudah putus asa dan hormati keputusan itu. Minta
maaf kerana menggangu kemudian tamatkan perbualan. Tetapi ada juga yang jenis
berusaha keras dan bersungguh-sungguh menjalankan tugasanya. Sekali kata tak
nak, memang tak bagi makna apa-apa. Ada aje alasan dan hujah yang
dikemukakannya.
“Dah dua kali saya guna medical card tu, alhamdulillah ok
aje,” beritahuku. Ceh, dialog macam dalam novel Tuan Anas Mikail laaa pulak!!!
“Kalau Puan guna insuran ni…bla bla bla…bla bla bla…”
“Dua tu pun dah cukup, en…saya guna perkhidmatan hospital
kerajaan,” sampukku sebelum lebih panjang dia merepek. Namun, bila sebut je
perkhidmatan hospital kerajaan, makin beria lah pulak dia.
“Puan, perkhidmatan hospital kerajaan sekarang ni banyak isu…puan
tau tak banyak kes bla bla bla bla…doktor tak cekap, misi muka tak siap” semua
kes tu disebut untuk serlahkan betapa tak cekapnya hospital kerajaan.
“En, saya ni dah guna dua-dua jenis hospital tu. Berjam saya
tunggu sensorang di lobi untuk masuk wad di hospital swasta gah tu. Alasan, tak
ada katil. Katil sementara pun tak ada? Encik tahu macam mana rupa muka doktor perempuan
yang merawat saya tu? Kalah buah peria. Mulutnya? Dia kata saya buat-buat
sakit! Hello! Dua hari tak bangun baru saya pergi hospital gah tu tau! Saya tak
pernah ambil MC berbelas tahun kerja, kata buat-buat sakit tu tuduhan paling
kejam untuk diterima,” waktu tu ayat saya lagi panjang dari ayat dia.
“Kalau ke hospital swasta, lebih selesa sikit,” dia masih
juga nak umpan.
“Wad saya di hospital kerajaan lebih luas dan selesa banding
hospital swasta tu. Saya tak payah cakap apa-apa, mereka boleh akses kelayakan
saya online. Awak rasa syarikat insuran rajin bagi ehsan wad kelas satu kalau takat
bayar RM150 je sebulan? Di hospital Serdang tu, saya tak payah bayar sesenpun…makan
mewah mengalahkan hotel 5 bintang,”
“Sepanjang dapatkan perkhidmatan di Hospital Serdang yang Encik
kata tak berkualiti tu, saya tak pernah nampak muka misi, doktor, fisioterapist,
tukang cuci, staf hospital yang masam macam buah manga muda, walaupun saya pergi
dengan keadaan selekeh…kalau kita tak reti hormat orang, kita jangan terlalu
harapkan orang boleh hormat kita tahap menyembah,”
“Waktu menunggu untuk rawatan lama, puan,”
|
pendaftaran di hospital Serdang |
“Waktu itulah kepala otak saya berehat dan menikmati hidup. Kepala
otak saya ni berfikir tak berhenti siang malam…takat tunggu 2 jam perkara
biasa. Masa menunggu itulah saya gunakan untuk lebih insaf diri. Tahu tak
betapa bertuahnya saya yang sakitnya hanya sikit sahaja berbanding orang-orang
lain. Masa inilah juga saya boleh bergaul dengan pesakit lain, salami kehidupan
mereka kemudian buat novel,”
Dia diam.
“Selagi saya di Bangi dan gunakan hospital Serdang, saya tak
perlukan insuran tambahan. Cukup tak alasan saya untuk tidak tambah polisi
insuran kesihatan tu? Nak saya tambah lagi ke?”
Orang diam macam aku (hanya beberapa orang sahaja tahu aku ni
bukan pendiam huhuhuhu) usah ditekan punat yang membolehkan semua perkataannya
keluar. Karang dua jam tak berhenti bercakap huhuhuhu tak pepasal dapat kuliah percuma