Khamis, 10 Disember 2015

MAS ke Air Asia?

Sejak MAS distrukturkan semula, ini kali ke empat aku gunanya. Semuanya antara KLIA-KCH dan sebaliknya. Dah lama tak merewang di KLIA, rasa macam bangunan berhantu pun ada jugak…lengang sahaja. Namun, musim cuti sekolah, terasa jugaklah ada manusia. Namun, kalau nak bandingkan dengan KLIA 2 tu…fuhhhh memang sangat berbeza.

Kalau tengokkan harga tiket untuk pergi Kuching tu, mmmmm telan liurlah. Memang berganda tiga kali berbanding harga tiket bila guna Airasia. Tapi, sebab ni harta kerajaan, kos pun ditanggung kerajaan Malaysia, makanya aku teruskanlah juga menyokong syarikat penerbangan ini. Sebenarnya malas nak jalan jauh di KLIA 2. Kalau guna MAS, tak adalah jauh sangat. Ambo kan dah OKU….kalau boleh nak pesawat tunggu depan pintu pagar rumah tu huhu huhu

awan nano melatari Pullman Kuching

Bila tengokkan hidangannya pula yang nak bandingkan dengan harga tiket itu, mengeluh pun dah tak mampu. Biasanya bila gunakan penerbangan, kita terpaksa gerak awal. Dah tentulah perut tak sempat nak isi. Kalau ada nasi lemak telanjang pun dah sedap untuk dihadap sementara nak sampai destinasi. Apa daya, paling mewah kami dihidangkan dengan sandwish sahaja. Kali pertama dapat tu, aku dan orang sebelah saling berpandangan. Maklumlah ketika itu memang tengah kebulur. Hadap ajelah.

Kalau naik air asia yang harganya KURANG lebih dua kali ganda itu, kita bazirkan RM18 bolehlah makan nasi beriani buat alas perut. Masih lagi murah kosnya. Okeh, itu kepala otak aku dok banding sebab tengah lapar.

Ahad lepas, peristiwa sangat sadis berlaku pula. Aku duduk di kerusi tengah anda seorang aci yang sentiasa menghembuskan hingusnya dengan kuat sepanjang penerbangan. Okeh, tekak kembang tapi nak komen apa-apa pun tahan je mulut. Hormat dia orang tua. Sebelah kanan aku pula seorang gadis cina yang manis, awal-awal lagi dia tolak makanan yang diberikan, tetapi pramugari manis tu tetap berikan dia sandwish tu. Dah tentu dia juga tak lalu nak makan dengan situasi begitu.

sandwish MAS namanya...

Akhirnya si manis tu bagi aku, dengan alasan dia dah kenyang. Aku pun pandang ajelah kedua-dua set sandwish kat depan tu. Nak makan memang tak mampu nak telannya ketika itu bila ada orang main hembus hingus dengan kuat didengari satu kapal terbang sepanjang penerbangan. Dapat idea, gabungkan dalam bekas dan tutup macam kotak. Selesai masalah. Angkut sahaja balik rumah dan kuhadap keduanya sebagai makan malam.

Mmmmm entri ni campur segala mak nenek sebab kepala aku dah tak betul. Sedang mencari mana hilangnya Fauzi Qusyairi ni…awatnya tinggal aku sorang ni!!!!

Kata setia hingga hujung nyawa...Fuhhhh!!!
 

4 ulasan:

eelobor berkata...

ambo rakyat marhaen jah....

norhidana berkata...

itulah kalau kakitangan gomen nk pi mana2 kene pakai mas.... mcm kt opis akak nih kebanyakannya suke naik airasia... dhla dpt mkn best blh pilih seat....

kalu bos tkpelah dpt business yg dpt ekonomi tuh tak best...
tp yelah kalu tkt sandwish tu mana lah kenyang ngn perut tgh lapo....

Kakcik Seroja berkata...

Kakcik dan En Suami pun pernah duduk bersebelahan seorang lelaki Cina yang tak berhenti2 macam berkahak 'kreh kreh'... akhirnya kami berdua keluar cari tempat duduk lain yang kebetulan ada kosong (dalam penerbangan MAS juga)...

NEKCIK berkata...

Alahai mmg tak laluler kalau dah berhingus begitu..kembang tekak kan..sib baik tak jangkit selsema..hu..hu
Nekcik memang jadikan Air Asia pilihan utama kerana sebagai pesara awan hanya itulah yang termampu..dan amatlah bersyukur kerana dengan izin Allah serta Air Asia dapatlah jugak nekcik terbang jauh walau sekitar Asia aje pun