Hari ni pepagi lagi menyinggah kedai buku penerbit UKM. Ambo
dah biasa dengan staf di kedai buku ni, selalu juga lepak dengan mereka. Ada masa,
untuk semak stok buku yang nak beli tu ada ke tidak, hanya telefon sahaja. Kalau
ada, minta mereka simpankan.
Hari ni ambo beli satu buku kiriman seorang rakan yang dah
berpindah universiti. Buku tu asalnya memang dia miliki, dapat percuma sebagai
penyumbang bab. Namun, bila ada malaun yang pinjam dan tak mengaku pinjam bila
minta dipulangkan, terpaksalah beli semula. Nak buat macam mana, dalam dunia ni
perangai orang memang macam-macam. Sebab tu aku sangat tak berapa berkenan nak
pinjamkan koleksi buku-buku aku tu kat orang. Bukan kedekut tapi biasanya dah
tahu memang tak akan dipulangkan semula. Dah lah koleksi rare yang aku ada tu
payah nak jumpa.
Ini je yang aku nak tulis sebenarnya, iaitu: kalau pinjam
harta benda orang sila pulangkan dengan keadaan sama macam asal, bukan macam
belacan.
Sebelum balik, dapat soalan cepu emas dari kakak comel tu “Tak
ada apa-apa perkhabaran ke?” tanyanya.
“Perkhabaran apa?” terhairanlah sekejab aku. Pepagi ni
sel-sel otak belum bersambung, maklumlah belum sarapan.
“Perkhabaran nak berkawan,” katanya dengan senyum simpul.
Alahai! Doa kan ajelah kak oi. Ambo tak larat dah nak
berkawan dengan orang yang dah ada penunggu. Malas nak Tarik-tarik rambut.