Hari minggu lepas, Sabtu dan Ahad ambo ada ikuti satu
bengkel penulisan. Ahli panelnya memang tersohor bukan sahaja di negara kita,
malah nama mereka ni dah termashur merata tempat. Banyak ilmu dapat dikutip.
Dalam kursus ni juga tetiba boleh terjumpa semula rakan lama yang dah terputus
dan tercantum ikatan beberapa kali. Kali terakhir jumpa pada 1991 ke 1992. Bayangkan
lahhhhhh, lama kemain. Suspen pun ada, gumbira tu memanglah ada. Cumanya,
kesian jugak kat dia, teruk kena sakat ko ambo huhuhuhuhu
Malangnya, hati agak bungkam. Bila dalam majlis ilmu
sebegitu, ambo mengharapkan biarlah penceramah yang bercakap dan mencurahkan ilmunya.
Kita yang jadi penimba ilmu ni tak payahlah gatal mulut nak buat ceramah lain
kat belakang. Tak ada siapa bayar pun! Mmmmmm kena belajar adab menuntut ilmu tu...
Terima kasihlah kepada pemain bola sepak Selangor yang bagi
kami cuti percuma di Selangor tahun ni. Dapatlah ambo merehatkan diri setelah
sekian lama tidak nikmati cuti hujung minggu, walaupun hakikatnya, tak adalah
rehat pun. Kepada penyokong Kedah,
maaflah ya…bukan tak mau sokong tapi mau cuti huhuhuhuhu
Alaaaaa bola aje pun. Sokong masa tengok TV sudah laaaa,
kemudiannya hidup perlu diteruskan juga. Sama jugak dengan final gegar vaganza
tu. Nana kan dah menang. Tak payah nak pertikai lah Ezat tak dapat nombor dua
tu…tak payah kalutlah Faradhiya dapat nombor dua pun. Juri lagi tahu lahhhh. Penat
aku nak berleter lah huhuhuhu
Mmmmmm enteri ni pasal apa pun aku tak tau, alahaiii!!!
Fauzi mana, Fauzi?
Tetiba!