Jumaat, 4 Disember 2015

Katanya Hospital Swasta Lagi Bagus



Minggu ni kalut. Dah tiga minggu pun kalut, bukan minggu ni aje. 

Minggu ni juga tak tahu macam mana, sangat kerap agen insuran telefon. Tak tahu mana mereka dapat nombor tu.  Macam biasa, bila agen insuran perkenalkan diri, makanya aku akan beritahu awal-awal lagi aku dah ada insuran kesihatan dan belum ada niat nak tambah lagi.

Ada agen insuran mudah putus asa dan hormati keputusan itu. Minta maaf kerana menggangu kemudian tamatkan perbualan. Tetapi ada juga yang jenis berusaha keras dan bersungguh-sungguh menjalankan tugasanya. Sekali kata tak nak, memang tak bagi makna apa-apa. Ada aje alasan dan hujah yang dikemukakannya.

“Dah dua kali saya guna medical card tu, alhamdulillah ok aje,” beritahuku. Ceh, dialog macam dalam novel Tuan Anas Mikail laaa pulak!!!

“Kalau Puan guna insuran ni…bla bla bla…bla bla bla…”

“Dua tu pun dah cukup, en…saya guna perkhidmatan hospital kerajaan,” sampukku sebelum lebih panjang dia merepek. Namun, bila sebut je perkhidmatan hospital kerajaan, makin beria lah pulak dia.

“Puan, perkhidmatan hospital kerajaan sekarang ni banyak isu…puan tau tak banyak kes bla bla bla bla…doktor tak cekap, misi muka tak siap” semua kes tu disebut untuk serlahkan betapa tak cekapnya hospital kerajaan. 

“En, saya ni dah guna dua-dua jenis hospital tu. Berjam saya tunggu sensorang di lobi untuk masuk wad di hospital swasta gah tu. Alasan, tak ada katil. Katil sementara pun tak ada? Encik tahu macam mana rupa muka doktor perempuan yang merawat saya tu? Kalah buah peria. Mulutnya? Dia kata saya buat-buat sakit! Hello! Dua hari tak bangun baru saya pergi hospital gah tu tau! Saya tak pernah ambil MC berbelas tahun kerja, kata buat-buat sakit tu tuduhan paling kejam untuk diterima,” waktu tu ayat saya lagi panjang dari ayat dia.

“Kalau ke hospital swasta, lebih selesa sikit,” dia masih juga nak umpan.

Wad saya di hospital kerajaan lebih luas dan selesa banding hospital swasta tu. Saya tak payah cakap apa-apa, mereka boleh akses kelayakan saya online. Awak rasa syarikat insuran rajin bagi ehsan wad kelas satu kalau takat bayar RM150 je sebulan? Di hospital Serdang tu, saya tak payah bayar sesenpun…makan mewah mengalahkan hotel 5 bintang,” 

“Sepanjang dapatkan perkhidmatan di Hospital Serdang yang Encik kata tak berkualiti tu, saya tak pernah nampak muka misi, doktor, fisioterapist, tukang cuci, staf hospital yang masam macam buah manga muda, walaupun saya pergi dengan keadaan selekeh…kalau kita tak reti hormat orang, kita jangan terlalu harapkan orang boleh hormat kita tahap menyembah,”

“Waktu menunggu untuk rawatan lama, puan,”
 
pendaftaran di hospital Serdang
“Waktu itulah kepala otak saya berehat dan menikmati hidup. Kepala otak saya ni berfikir tak berhenti siang malam…takat tunggu 2 jam perkara biasa. Masa menunggu itulah saya gunakan untuk lebih insaf diri. Tahu tak betapa bertuahnya saya yang sakitnya hanya sikit sahaja berbanding orang-orang lain. Masa inilah juga saya boleh bergaul dengan pesakit lain, salami kehidupan mereka kemudian buat novel,”

Dia diam.

“Selagi saya di Bangi dan gunakan hospital Serdang, saya tak perlukan insuran tambahan. Cukup tak alasan saya untuk tidak tambah polisi insuran kesihatan tu? Nak saya tambah lagi ke?”

Orang diam macam aku (hanya beberapa orang sahaja tahu aku ni bukan pendiam huhuhuhu) usah ditekan punat yang membolehkan semua perkataannya keluar. Karang dua jam tak berhenti bercakap huhuhuhu tak pepasal dapat kuliah percuma


18 ulasan:

Daddy Ziyyad berkata...

Agent insurance yg nak jual produk, tapi mulut macam puaka merendah2 kan doktor, mengata muka nurse, kondem hentam keromo.....maka saya harap bisnes dia tak laku.

idzwa kamaruddin berkata...

Well said...well done! Terbaik..

fadzli Amir berkata...

Lagi satu....privesi no telepon kita senang2 je diorg dapat tu yg heran

JunAina berkata...

Kalau nak jual insuran pun agak2 lah, jangan nak rendah2kan mereka yang bekerja di hospital kerajaan. Kerja kat mana pun kalau ikhlas dan suka dengan kerja yg dibuat memang rasa happy dan akan layan pesakit dengan baik.

Irfa berkata...

Sy plan nk bersalin swasta tp lps masuk htjs, sy tukar fikiran utk bersalin hspital kerajaan. Ada sbb nya. Blom smpt tulis kt blog. Mood kelaut sgt

norhidana miswan berkata...

nk suh kita guna insuran dia mmg la manis mulut...
akak pun ada 1 insuran tuh tiap kali pas gaji mmg dia akan call... berkali2 sehari kadang smpai 5 ke 6 kali... tiap2 bulan... tensen gile...

pengalaman akak ddk kt ward kt spital kerajaan... penah ada kes ibu mengandung tuh anak songsang tak silap dr hospital ampang puteri tak silap akak antar ke hkl sbb tak blh handle...
selalunya kalau ada masalah besar kes2 yg mereka tak blh handle semua tolak ke hkl.... camne tuh?

Rai OurKizuna berkata...

aritu dah ada sorang ejen kena "bahasakan" dengan saya.. padahal saya ni kalau jawab telefon mmg lemah lembut.. tapi kali tu semua budak ofis pelik tengok2 saya cakap dgn nada tegas macam nak marah.. hahaha

Acik Erna berkata...

Macam la dia dah masuk hospital kan anyss

azieazah berkata...

Saya ingat kawan opis yg duduk setentang saya tu jer meradang sbb agen insuran asik call time kerja. Dia siap ugut nak report polis kalu call lagi.

Memang mggu ni ntah kenapa agent insuran rajin benar nelefon. Saya pun ada terima tp saya cepat2 say sori bz..then hang up. Tak kuasa nak ceramah...

anyss berkata...

Daddy ziyyad: org jual barang pun ramai jugak kondem barang org lain...cara senang kononnya padahal org tak respek

anyss berkata...

Idzwa: terima kasih. Pengalaman ambo takat ni baik2 aje dengan hospital kerajaan

anyss berkata...

Fadzli: depa beli dr telco

anyss berkata...

Junaina: betul tu. Berapa kerat je yg masalah, ramai lg yang hebat2

anyss berkata...

Irfa: alahai...cepat2 lah mood menulis maii

anyss berkata...

Norhidana: ambo punya potong gaji terus...takde lah depa nak call. Lagipun agen ambo agak bagus jugak...senang skit

anyss berkata...

Rai: musim skrg org pikir byk kali nak amik insuran...kos hidup dah tinggi sangat

anyss berkata...

Acik erna: dari caranya tu mcm blm pernah

anyss berkata...

Azieazah: target utk tahun ni blm capai lg kot. Hujung tahung org berjimat nak beli barang sekolah anak