Khamis, 10 April 2014

Tanya Sama Hati


Bila kita melakukan sesuatu, seperti maki orang…pernah tanya tak kepada diri sendiri; apa perasaan kita bila apa yang kita buat itu dibuat oleh orang-orang yang kita sayang seperti anak ka, isteri ke, suami ke, adik ke, mak ke, ayah ke…dan kitalah yang sedang dimaki itu.

Pernah tanya tak pada hati sendiri?

Entri ini tiada kaitan sedikitpun tentang acara maki makian. Bukan juga acara menyindir menantu. Hanya sekadar renungan sementara menanti malam Jumaat.


10 ulasan:

Nanie Dean berkata...

Tak suka memaki dan dimaki... hehe

t.a.t.a berkata...

Saya dah belajar tak maki orang. Lagipun saya jenis cepat menyesal. Bila kita dah maki orang, orang tu mesti sedih kan? And also besar sangat ke salah orang tu smp nak kena maki semua?

Huhu.

PetakBunga berkata...

mulut maruah kita.

Hajjah Noraini @Nanie berkata...

Ada orang tidak berani maki depan2, tapi maki2 dibelakang...
Itupun dosa sebenarnya,

Unknown berkata...

maki di balas maki..hehe..betul tu..apa perasaan kita kalau orang maki kita??kadang2 kita ikutkan sangt marah ni sampai mulut keluar apa yang hati nak kata...tapi kita lupa orang pun ada mulut jugak..sekali kita kena maki. baru kita tau apa rasanya..

anyss berkata...

Nanie: sepatutnya begitulah

anyss berkata...

Tata: Boleh bilang berapa kali saya maki orang, tetapi sesiapa yang kena maki itu akan ingat sepanjang hayatnya hu huhuhuhu

jangan biar daku memaki sesiapa hu huhuhu buruk padahnya hu huhu

anyss berkata...

Petak Bunga: Ramai orang lupa nak jaga mulut berbanding muka

anyss berkata...

Mak nanie: ada orang maki dalam hati ...tetap dosa.

maki depan2, orang kena maki sakit hati, maki belakang; telinga yang dengar sakit. Maki dalam hati, sendiri sakit hati

jom tahan diri dari maki walaupun kucing

anyss berkata...

Diana: Bila nganga mulut nak maki, cuba ingatkan hati "setan sedang hasut"...mesti berjaya tutup mulut semula tanpa maki ;)

cubalah!