Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) sarankan penubuhan sekolah khas untuk kanak-kanak yang disahkan mengalami masalah pembelajaran (CWLD). Mereka akan belajar pengkhususan mengikut kaedah pembelajaran yang sesuai bagi setiap kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran kerana terdapat beberapa kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran antaranya ialah Sindrom Down, Austisme Ringan, Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) atau hiperaktif, terencat akal minimum, disleksia, Cerebral Palsy, masalah pertuturan dan kecacatan fizikal.
Semasa di tingkatan 6 atas, aku tinggal di asrama. Sekolah aku dulu, Sekolah Menengah Sultan Ismail Petra, Kota Bharu tu mempunyai kelas untuk pelajar pendidikan khas (pekak dan bisu) dan semua mereka tinggal di asrama. Ketika itu hanya tiga kelas khas sahaja ada iaitu tingkatan 1, 2 dan 3. Apa yang istimewa, walaupun dah berusia 17 atau 18 tahun, ada antara mereka baru tingkatan 1. Di asrama puteri, dorm aku memang tempatkan pelajar khas ni.
Aku rasa sangat dekat dengan mereka sebab mereka boleh terima aku masuk geng. Sebenarnya, golongan pelajar ini sangat pemalu dan susah nak berkomunikasi, nak baik atau berkawan dengan orang normal. Tapi aku ni memang muka tembok…selalu usik dia orang, depa tak mau kawan pun aku pergi juga kawan dengan dia orang, belajar bahasa isyarat hingga mahir (sekarang dah lupa hu huhuhu) hingga diterima masuk dalam geng mereka.
Satu kali, aku keluar ke Bandar Kota Bharu dan bertembung dengan mereka. Apalagi bersembanglah kami dengan jari jemari hingga ramai yang pandang-pandang. Tak cukup dengan dipandang, ada juga jenis mulut tak ada insuran mengata “Harapkan muka je comey…tapi, bisu!” kemudian ketawa. Bila aku jerit “pergi insuran mulut dulu sebelum kata apa-apa,” terus lari lintang pukang dek termalu diketawakan orang lain.
Bila kita diterima oleh mereka, sebenarnya golongan ini sangat menghargai persahabatan. Bila dah dapat masuk geng perempuan, akhirnya rakan-rakan sekelas mereka termasuk lelaki juga boleh jadi kawan aku. Satu kali tu berlaku salah faham. Aku nak puji pelajar lelaki tu hensem, tetapi tersalah hantar bahasa isyarat yang bermaksud "I love U"...apalagi, termalu-malu kucinglah pelajar lelaki hensem tu hu hu hu berminggu dia lari tak mau jumpa aku hinggalah kesilapan tu dibetulkan semula.
Dan aku merindui nilai persahabatan itu. Biarpun di mana mereka berada, aku mengharapkan dia orang sedang berbahagia.
Menurut SUHAKAM, sekolah pendidikan khas ini wajar dibina dalam lokasi sama dengan sekolah aliran perdana bagi memberi pendedahan menyeluruh kepada masyarakat mengenai kewujudan kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini. Sekolah pendidikan khas akan menempatkan lebih ramai pelajar bermasalah pembelajaran dapat belajar di sini, terutamanya mereka yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah.
Ketika ini terdapat kira-kira 10 peratus CWLD sama ada di peringkat sekolah rendah atau menengah di seluruh negara dan statistik tersebut sentiasa meningkat setiap tahun. Kemudahan pembelajaran terutamanya bilik darjah bagi CWLD ini perlu ditambah baik.
Kalau tanya aku, dah tentulah aku sangat menyokong saranan tu. malangnya, aku bukanlah menteri yang boleh putuskan untuk bina sekolah khas tersebut. Mereka juga perlu bina masa depan, mana boleh kita sisihkan mereka. Aku pernah jumpa beberapa KFC yang menerima khidmat staf berpendidikan khas seperti pekak dan bisu ni. Terbukti kan yang mereka boleh menyumbang kepada negara kalau nak bandingkan dengan mat rempit dan kacang hantu yang lebih banyak datangkan masalah tu.
2 ulasan:
siyes akak penah terer bebahasa isyarat? nak belajar kat mana ek??
Gadis Bunga: akak belajar dengan pelajar khas tu...tapi nak jadi kawan mereka mmg susah. Bila tak amal, (berbelas tahun tak guna), sikit je yg ingat tapi lebih banyak lupa.
ada buku bahasa isyarat, trylah cari. tapi lebih best belajar dengan mereka. kat maktab perguruan pun ada silibus khas utk bahasa isyarat. kalau cikgu pendidikan khas memang mahir berbahasa isyarat
Catat Ulasan