Belakang rumah dah jadi hutan rimba, boleh buat Taman Negara dah. Macam Hutan Belum yang masih tak terusik khazanahnya. Tambah lagi sekarang ni musim hujan, lagi cepat membiak hutan segala spesies tu hingga penuh memanjat gril dapur. Masuk rumah sudaaaaa kalau boleh buat sup sayur, tak apalah jugak hu huhuhu
Semalam aku memang bosan gila tak tahu nak buat apa. Hati memanglah BESAR nak buat macam-macam benda, siap berangan nak balik kampung lagi tu... tapi upaya belum ada. Tekalkan hati juga buka pintu belakang dan tebas hutan yang dah jadi macam Taman Negara tu.
Ikutkan hati memanglah sayang (bukan malas ya hu hu hu) nak tebas buang bagai, tapi dah banyak sangat siput khinzir masuk rumah walaupun itu binatang belaan si ensem Amir yang bila datang rumah selalu sahaja Tanya mana siput tu pergi sebab dah tak ada. Makcik dia ni poyo je jawab “siput balik kampong” hu huhuhu
guna tepon cap ayam je...malas nak panjat cari kamera ntah dok mana |
Hutan terbesar belakang tu adalah rumpun lengkuas. Cepat benarnya membiak. Kalau gali boleh dapat satu guni kot huh u huh u tapi tak larat nak tebas, apalagi gali. Tebas sikit-sikit je, sepuluh minit kemudian masuk rumah goreng karipap hu huhuhu
Tak tahulah kot petang karang adik iparku yang hensem tu tetiba buat rajin pergi sambung menebas kat belakang tu. Mmmmmm nasib baik adik perempuan aku sorang je, dapat suami pulak ringan tulang tak payah suruh bagai tapi rajin je buat rumah aku macam rumah sendiri. Siap menebas belakang rumah, si hensem Amir tu pulak ikut belakang dengan macho sebab nak bilang siput hu hu hu hu like pader like son katanya!
tetiba nyesal tak ambik gambor guna kamera hu hu huhu dah kena tebas semuanya hu hu huhu |
Kalau ada sesapa nak lengkuas tu, silalah mai gali sendiri. Tak larat den nak tebas hu huhuhuhu apalagi gali bagai. Buat singgang ikan sedap tu!!!!
4 ulasan:
Hehe... samalah... belakang umah KN pun ada taman negara. Belum sempat nak bersihkan lagi... padahal sekangkang kera je kot!
Amboii..dah menebas2 pulak ni..pasal tak ajak akak tolong kemaskan..jaga kesihatan ye anis..
nanie: hu hu hu hu dah siap tebas, mai sini tolong bagi licin ya hu hu hu
kak ida nyanyi sunyi: hu huhuhu sakit mata...bukan tebas pun, cantas kat atas je. Masih terselindung gajah lagi tu, masih belum terlambat untuk menebang menebas, kalau kak ida nak lengkuas, mai ler gali
Catat Ulasan