Selasa, 1 April 2014

Hati Yang Basah... Maka Basahlah Mata, Basah Jua Lah Pipi


Perhatian: ini bukan April Fool. Tak payah nak April Fool sangat ya..

Entri ini aku rangka dah lama, namun tidak mampu untuk disudahkan kerana setiap kali jari ingin mengetuk perkataan, hatiku diketuk sayu. Pilu. Dan air mata memang sukar untuk ditahan terutama bila membaca tentang isteri kepada Pramugara Penerbangan Malaysia (MAS) MH370, Mohd Hazrin Hasnan, iaitu Intan Maizura Othman.


Cekalnya Hati Seorang Isteri

Pilu hati bukan kerana dia menanti suami tercinta dalam redha dan pasrah kepada Maha Pencipta, namun keadaannya yang sedang sarat dan dijangka melahirkan awal bulan ini. Sebak rasa mengenangkan anak sulungnya baru berusia tiga tahun itu belum mengerti apa-apa, anak yang bakal lahir belum pasti sempat menatap dan merasai kasih sayang seorang bapa tercinta. Dan sebagai seorang isteri, pada waktu sebegini, dia sangat perlukan suami tercinta di sisi. Subhanallah, amat berat ujian yang perlu ditempuhi ibu muda ini.

Dan, lebih membuat hati ini sendu adalah ketabahannya mengharung semua situasi ini. Intan Maizura Othaman, 34 tahun yang sarat mengandung anak kedua mereka menyimpan kenangan manis menerima ungkapan "I love you" dari suami tercinta beberapa jam sebelum berangkat. Pada hari kejadian, Mohd Hazrin terlepas kenderaan disediakan MAS, menyebabkan beliau menghantarnya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Di akaun Instagramnya kita boleh saksikan kekentalan jiwa ibu muda ini, antara lain mencatatkan;
"positif dan berharap awak masih hidup dan akan kembali ke rumah ... hari berlalu pergi dan masih tiada berita daripada sesiapa sehingga malam tadi 24 Mac 2014, pukul 21:30 saya menerima berita yang tidak diingini mengatakan kamu dan mereka yang lain bersemadi di lautan yang dalam, Lautan Hindi ... wow ia sungguh mengejutkan."

"Allah Maha Agong kerana meminjamkan kamu sebagai satu anugerah kepada saya buat masa yang singkat tetapi semuanya adalah kenangan-kenangan baik dan manis. Semoga Allah tempatkan kamu di tempat orang-orang yang beriman ... Saya cintakan kamu B."

Mungkin kita boleh kata dia BUAT-BUAT tabah, namun, tanyakan semula kepada diri sendiri, sekiranya kita sedang risau, bersedih dan berduka seperti itu, dalam keadaan sebegitu pula (memerlukan suami tercinta saat melahirnya nanti) mampukah kita menulis status yang sama? Ataukah terisi kekecewaan, putus harap atau mungkin juga terselit sumpah seranah seperti sesetengah status orang lain yang tidak berkaitan dengan tragedi ini pun. Di tempat manakah kita?

Saat paling dukacita adalah untuk memberitahu anak kecil berusia 4 tahun, Iman yang merindui ayahnya. Sekuat manakah hati kita untuk beritahu anak itu bahawa “bapa pergi kerja dan kapal terbang dinaiki bapa rosak serta tidak akan balik kerana bapa sudah berada di syurga”. Tak sedar, pipi pun basah...

Air Mata Anuar Zain

Penyanyi Anuar Zain, 44, menunda persembahan Minggu Setiausaha yang disertainya iaitu "Terindah... Anuar Zain" yang sepatutnya diadakan pada 8 April tetapi terpaksa ditunda kepada 29 April depan bagi menghormati nasib yang menimpa 239 penumpang dan anak-anak kapal pesawat MAS MH370 selain keluarga mereka yang terlibat. Ini namanya prihatin.
Minggu Setiausaha "terindah...Anuar Zain"

Hati aku nampaknya sepakat dengan Anuar Zain…ceeeewah! Ada persamaan firasat gitu! Walaupun telah diumumkan pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi, namun hati kecil kami berharap misteri di sebalik kehilangan MH370 dapat diketahui. Tanpa teka teki lagi. Kasihan penumpang dan kru MH370, kasihan keluarga dan waris yang masih menunggu… kesian dengan kami yang mengharapkan semua ini hanya mimpi ngeri semata.


Tuduhan Melulu kepada Kapten Zaharie dan Co-pilot Fariq Abdul Hamid

Kepada yang menuduh kapten Zaharie dan co pilot Fariq Abdul Hamid dengan macam-macam tuduhan melulu tu, hentikanlah. FBI sendiri sahkan simulasi kapten Zaharie tu tak ada apa-apa yang mencurigakan. Tak pepasal dapat dosa kering je. Kasihanilah ahli keluarga mereka, anak dan isteri kapten ni. Kita patutnya berikah kekuatan moral kepada mereka, tapi sebaliknya pula yang berlaku. Boleh tak kita lebih sensitive dengan perasaan orang lain, sama seperti kita mahukan orang lain juga berbuat begitu bila kita sedang berduka?


Matang Seperti Maira Elizabeth Nari

Boleh tak kita jadi matang seperti adik manis Maira Elizabeth Nari, baru 17 tahun, anakanda kepada Ketua Pramugara, Andrew Nari yang berada dalam pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 itu?
Maira Elizabeth...Wajah seindah hati, seteguh nurani

Si manis ini baru berusia 17 tahun…baru sahaja menerima keputusan peperiksaan SPM. Namun matangnya itu tidak menggambarkan usianya, berbanding entah berapa ramai lagi manusia yang lebih tua Bangka tetapi dengan status macam budak tadika. Tak malu?

Mampukah kita menuturkan “God loves you more daddy...God loves them more," saat hati sedang berduka nestapa itu?

Maira telah banyak mengajar kita tentang erti sebuah kehidupan. Erti rindu, pengharapan, redha…bahawa setiap apa yang bernyawa itu akhirnya akan kembali kepada Dia. Namun, ketabahan si manis Maira Elizabeth Nari jarang ditemukan pada remaja kita. Malah, aku sendiri masih lagi tertanya-tanya, mampukah sekuat dia?

Berapa orang yang sedari tentang hakikat ini?


Cuba raba pipi sendiri...basah tak?



8 ulasan:

Unknown berkata...

kesian sangt..semua orang mengharapkan keajaiban akan berlaku..

PCL berkata...

baguih la budak Maira ni..sy suka lihat sikap remaja matang dari usia..macam dia ; semoga dia sentiasa tabah dlm kerinduan terhadap insan yg dia sayangi.

Myra Jay berkata...

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya..

Semoga keluarga mereka tabah..
Sedangkan Maira yang berusia 14 tahun tabah, kita kena sokong mereka supaya mereka terus kuat

norhidana berkata...

betapa mereka sgt kuat n tabah, ahli keluarga kt malaysia nih... mereka lebih redho... bt bacaan doa, yassin, sembahyang n doa ikut agama masing2... naper yg rakyat china tak blh nk terima n menyalahkan malaysia... menangis melolong mcm apa...

anyss berkata...

Diana: kita pun harap begitu juga

anyss berkata...

pakcik Lie: Dah jarang jumpa remaja macam dia kan

anyss berkata...

myra: moga2...kalau kita kat tempat dia, belum tentu kita sekuat dia kan

anyss berkata...

norhidana: memang budaya depa melolong lolong begitu...kalau ada upacara kematian, keluarga mereka akan upah "penangis profesional" sbb kalau tak ada lolongan dan tangisan mcm tu dlm kematian, kononnya si mati tidak disayangi