Rabu, 19 Februari 2014

Orang Miskin Dilarang Sakit


Nak tak nak kita terpaksa terima hakikat bahawa orang miskin dilarang untuk sakit. Hanya orang-orang kaya sahaja mampu untuk sakit.

Aku pergi ke klinik panel, doctor hanya bangi ubat tahan sakit dan krim sapu. Pergi pula Pusat Kesihatan, juga serupa. Ubat tahan sakit. Krim sapu walaupun ketika itu aku dah tak mampu nak berjalan tegak. Paling baik pun panjangkan MC aku ke tiga hari berbanding panel bagi MC hanya sehari.

semakin menular ke negara kita situasi ni...

Kalau tak ambil insuran kesihatan, gamaknya aku masih lagi merangkak ke klinik panel dan pusat kesihatan meminta ehsan ubat tahan sakit berpikul-pikul. Kena mengulang pula pergi setiap dua hari untuk sambung MC lagi. Tak boleh kah bagi je terus sebeban MC seminggu. Dah lah bukan mudah nak pergi klinik. Bukan tak nampak pun aku tak boleh nak berjalan...bergerak sikit je terus kaki kram.

Berbelas tahun aku kerja, boleh bilang dengan jari berapa kali aku MC. Ada masa doctor klinik panel paksa aku ambil surat MC tetapi aku menolak sekiranya aku banyak kerja dan kesihatan aku tidak begitu memudaratkan sangat. Namun bila aku benar-benar sakit hinggakan nak berjalanpun tak mampu, doctor bagi MC satu hari?

Bila pernah sakit panjang begini, adakah syarikat insuran masih berminat untuk tawarkan polisi mereka?
Hakikatnya...tanpa insuran, tanggung sendirilah kesakitan itu!

Itu belum campur lagi kerenah manusia yang perasan bagus bila dapat rawatan di hospital swasta ataupun kes kena halau dari hospital bila pihak insuran mendesak hospital untuk keluarkan aku dari rehat yang panjang itu. Jadinya, sama ada kita punya insuran kesihatan atau tidak, sakit itu bukanlah sesuatu yang sangat dibanggakan oleh pihak insuran yang kita langgan entah berapa belas tahun itu, walaupun hospital memang teruja menerima kita dengan hati lapang. Akhirnya, terpaksa pula akur dengan kehendak insuran yang mahu segera campak kita keluar walaupun masih belum boleh berlari sepenuhnya.

Memang benarlah, orang miskin memang dilarang sakit. Kalau sakit juga...merempat makin papa kedalah jua akhirnya!




12 ulasan:

shaliza berkata...

hmmmm...ooohhh doniaaaa

Aku Budak Nerek berkata...

Betullah kata orang, kesihatan itu merupakan satu nikmat walaupun sakit itu penghapus dosa...

t.a.t.a berkata...

Nasib kita la orang miskin.

Dr K berkata...

Kenapa Pusat Kesihatan tak rujuk kes awak ke HUKM? Ortho HUKM i mean.

Kakcik Seroja berkata...

Begitu la nasib marhaen seperti kita :(

anyss berkata...

Shaliza: itulah hakikatnya kehidupan hari ini

anyss berkata...

Aku budak Nerek: Sebelum sakit kita jarang hargai nilai sihat...

anyss berkata...

tata: macam manapun kena gagah jugak ambik insuran kesihatan...kalau tak hu hu huhu hu senderey mau ingat!

anyss berkata...

Daddy Ziyyad: masim belum kronik lagi kut huhuhu huhu sebut nama HUKM pun dah seriau....hanya sebab parking yang super payah

anyss berkata...

kakcik: sebelum ni saya rasa macam untung sebab ada panel, ada hospital HUKM...ada spital kerajaan boleh rujuk.

Sekali dah jadi hu huhuhuhuhu baru tahu insuran kesihatan (walaupun tak cover 100%) sangat banyak membantu.

gadisBunga™ berkata...

zaman sekarang. zaman terpaksa dalam segala segi. semoga cepat sembuh dan dikekalkan kesihatan anyss...

Murni Alfathunnisa berkata...

sakit memerlukan belanja yang tinggi. even dah ada medical card pun masih rasa seriau.