Selasa, 18 Februari 2014

Dua Kali Pindah Bilik

Masih lagi tentang pengalaman 10 hari berada di wad. Maklumlah, orang tak pernah masuk wad, macam pelik je pengalaman tu hu huh uhu

Sebenarnya aku ditempatkan di wad bersalin setelah 4 jam menunggu. Tak ada katil. Tak kesahlah, asal ada tempat boleh baring je…

Asalnya aku ditempatkan di 313A. katil berdua. Jiran sebelah alami batu dalam buah pinggang. Usianya mungkin dah 60 tahun lebih, anak-anak dah besar. Yang bongsu pun dah sekolah menengah.

Sepanjang masa ramai sahaja anak-anaknya ada keliling. Jam 9 pagi dah muncul anak menantu dan cucunya berusia 5 bulan. Akan temaninya hingga tengahari, kemudian berganti dengan anak-anak yang lain dan suami. Kalau malam memang semua ahli keluarganya ada. Sepanjang malam ada pula seorang anak akan temani maknya di wad. Walaupun ramai, keluarga ini memang tahu dan sedar mereka berada di hospital dan aku wujud di katil sebelah. Jadi tingkahlaku dan perbualan mereka memang terjaga serta tidak mengganggu aku sedikitpun.

Tetiba aku kena pindah ke bilik 307A. Jiran sebelah remaja belasan tahun kena denggi. Yang ni aku rasa hangat hati. Rasa nak bangun penyepak je dia orang. Seawal 8 pagi mak bapaknya akan datang bawa 2 orang adiknya berusia dalam lingkungan 5 hingga 7 tahun yang tidak reti duduk diam walau sesaat. Ada sahaja perkara yang dibuatnya seperti memanjat sana sini, mengetuk gedebang gedebung…lompat masuk bilik air hempas pintu bla bla bla dari jam 8 pagi hinggalah jam 11 malam.

Perbualan mereka juga menggunakan pic paling tinggi macam alunan lagu-lagu opera klasik cina yang boleh memecahkan gelas kaca. Apabila pelawat datang, pelawat itu juga dua kali lima macam mereka yang akan berbual dengan suara kuat, ketawa berdekah-dekah dan bersukaria macam menang loteri juta-juta. Mereka rendahkan suara pada malam tu bila aku pasangkan surah yasin kuat-kuat huh u huh u hu

Esoknya masa pergi buat fisioterapi aku bisikkan dengan misi comey nak tukar bilik. Tengahari aku dipindahkan ke bilik 305B. Lega. Jiran sebelah seorang India yang peramah. Belum kahwin jugak. Kami sembang macam dah lama kenal. Bila jiranku itu dibenarkan balik esoknya, katil sebelah diisi oleh orang lain pula.

Orang muda. Keluarga masih kecil. Anak-anak ada 3-4 orang. Tapi peristiwa di bilik 307 berulang semula. Walaupun kali ini anak-anaknya tidaklah hiperaktif macam di bilik 307, tetapi gangguan tetap ada kerana sepanjang masa mereka berada di situ. Bercakap dengan kuat, ketawa mengilai bagai, terjun katil, bergaduh sesama sendiri. Kepimpinan melalui tauladan. Kalau dah mak bapaknya bercakap terjerit-jerit, macam mana anak-anak nak bercakap perlahan dan hormat orang lain kat sebelah.

Aku tak kesah sangatpun kalau anak-anak itu dibawa melawat mak mereka setiap hari. Anak dan mak memang susah nak pisahkan. Mesti akan merindu. Setakat setengah jam hingga satu jam waktu melawat tu bolehlah tahan perasaan dan abaikan sahaja gangguan kecil begitu. Kita pun ada juga perasaan kemanusian. Namun, kalau dari awal pagi mentari belum naik mereka dah melompat riang ria bak kanak-kanak ribena hingga tengah malam masih juga melompat-lompat mengetuk memanjat semua tempat…tak pepasal kaki boleh naik ke muka. Nasib baik hari Jumaat tu doctor suntik ubat tidur, jadi aku boleh lena tak sedar dunia. Cuba bayangkan dalam dok tengah sakit tu, ada bebudak dok melompat…tetiba termos air melayang ke kepala, siapa nak jawab?


3 ulasan:

JunAina berkata...

Dok wad bayar beribu pon stress?

KPJ dulu2 senang nak dapat single bed tapi sekarng seksa.

Kakcik Seroja berkata...

Masa masuk ke Hospital Pantai tahun lepas, kakcik ditempatkan di wad kanak2 sebab wad dewasa penuh. Syukur juga sebab kakcik duduk bilik sorang2.

Memang bertambah sakit bila jiran sebilik tak menghormati hak jiran...

t.a.t.a berkata...

tensionnya duduk hospital macam tu. ingat kot boleh berehat, lain pulak jadi nya. rehat kat rumah je la best.