Isnin, 6 Januari 2014

Cara Angkasawan Buang Air di Angkasa Lepas


Persoalan ini dah lama berlegar dalam kepala otak aku yang berjambul ni. Sejak Angkasawan Pertama Malaysia Dato SMS (Sheik Muszaphar Syukor) kembali ke bumi semula lagi. Masa terserempak dengan dia yang kacak hensom dan manis itu di Puri Pujangga satu ketika dulu, nak juga aku bertanyakan hal ini tapi nampak macam tak sopanlah pulak ya.

Yaaaa nak tanya macam mana cara angkasawan buang air di angkasa lepas. Nampak macam soalan tak payah tanya sebab kelihatan tak sopan untuk tanya, tapi aku memang benar-benar nak tahu caranya. Kalau nak tahu cara bagaimana angkasawan menguruskan diri di bilik air seperti berus gigi, buang air dan tidur di angkasa lepas, silalah tengok video berikut;



Dah dapat jawapannya?

Hu hu huhuhu

2 ulasan:

Dr K berkata...

Saya tetap berpendapat SMS bukan angkasawan (astronout)...:)

anyss berkata...

Daddy ZZZ: Yaaaa kita sependapat. Belum sampai angkasa lagi tu hu huhuhu