Rabu, 25 September 2013

Entah Bila Sempat Qada Tidur


Hari tu, sangat bercita-cita tinggi untuk qada tidur hinggakan tak sabar menunggu malam Jumaat. Kononnya lepas isyak terus lompat katil empuk dan beradu bak tuan puteri hingga subuh menjelang. Apa yang jadi sangat berbeza…jam 1.30 pagi juga baru lelap.

Itulah jadinya bila dah biasa amalkan tidur 2 jam sahaja sehari, yang juga perlu tak tidur sehari semalam selama dua kali seminggu juga. Selama bertahun-tahun begitu.
 


Jawapan bagi persoalan rakan maya t.a.t.a adalah: Daku ni budak skulah yang kena siapkan semua kerja skulah. Daku juga kena kerja. Jadinya, kena korbankan masa tidur, kena korbankan RM, kena korbankan masa bersuka ria jalan-jalan atau berambu ramba. Jumaat petang itu daku berjaya hantar kerja skulah, jadi sangat mengantuk dan memerlukan bantal untuk qada tidur.

Orang kata, tak perlu tunjuk berapa kuat yang kau usahakan, tapi tunjukkan berapa banyak yang kau capai. Betullah tu. Sebab tu aku tak banyak cerita tentang apa yang aku buat. Hanya beritahu "tengah buat kerja skulah".

Bagi sesetengah orang, aku ni gila sebab sanggup buat begitu untuk tempoh bertahun-tahun sedangkan hasilnya tak adalah nampak apapun. Bagi aku pula, aku kena lakukan sehabis daya sebelum mengalah. Nak buat macam mana, Allah memang tahu aku ni keras kepala dan degil, jadi ujian Dia untuk aku lebih sikitlah berbanding orang lain. Apa yang penting, aku tak boleh mengalah!

Cara orang berjaya itu berbeza. Ada orang mudah sahaja dapat apa yang diusahakan. Senang sahaja laluannya. Ada orang lain pula, macam tak logik tak masuk akal pun ada, tapi tetap juga dia buat hingga dapat walaupun terlalu banyak perlu dikorbankan.

Agak banyak juga yang perlu aku korbankan. Memang banyakpun sebenarnya. Bukan sahaja masa, harta benda, malah kasih sayang, keluarga, persahabatan. Lebih dukacita, aku turut kehilangan kepercayaan.

Alhamdulillah, perjuangan hampir ke hujungnya walaupun belum capai 100%. Masih ada 30% perjuangan perlu aku lakukan, namun, sedikit sebanyak bahu dah ringan sedikit. Aku dah boleh qada tidur seketika sebelum sambung semula perjuangan.

Sekali lagi, aku ada hantar borang permohonan belajar dengan UKM untuk sambung belajar lagi. Tempohnya 7 tahun. Huh! yang tu pun belum tamat, dah sambung yang lain pulak ya...memang gila! hu hu hu
 
Apa yang best kali ni adalah…tiap kali kelas dalam bentuk bengkel berhari-hari itu, kami bukan sahaja tak perlu bayar yuran (sebab staf), kami juga disediakan makan minum huh u huh u best tak gitu?

Mestilah best…dah la kelasnya kat tempat banyak bintang bulan yang boleh dipetik, perut kenyang, ilmu pun dapat …tinggal lagi kena rajin buat kerja rumah je.

Alahai, Minah! Kau tak bosan ke dok belajar sampai beruban?

Jawapan aku mudah je: kalau takdirnya meninggal masa menuntut ilmu tu kan best… Ini cara aku berjihad. Lagipun, peluang dah depan mata...tak kan aku nak tengok je kan? Rembatlah!
 
 

6 ulasan:

Yunus Badawi berkata...

Malam Jemahat org biasanya masuk bilik tidur cepat tapi tidurnya lambat ..... he he he

Yunus Badawi berkata...

Tidur yg dah miss tu tak perlu nak diqada. Nanti bila dah habis kerja skulah tu boleh tidur 6-7 jam satu malam spt dulu

Jgn lupa bangun tahajud

anyss berkata...

YB: Errr....errr...

tidur agak awal berbanding biasa. sempatlah tidur 4 jam sekarang ni.

Masalahnya, bila dah terbanyak tidur dari biasa, kemalasan yang melanda itu terlalu tinggi.

t.a.t.a berkata...

oic. aku pun rindu masa buat ePJJ itu hari. dengan assignmentnya. bila nak exam minta cuti awal². buat nota tampal di dinding. macam zaman belajar dulu la.

hahaha. aku rindu!!

eelobor berkata...

kesihatan pun kena jaga juga cik kak

Unknown berkata...

Kuatnya..semua benda nak buat ye,..tapi bagus jugak..bukan buat benda tak berfaedah,..sekarang tak nampak hasilnya...itu semua kan untuk masa depan..kan??kan??