Jumaat, 27 September 2013

Celoteh Pagi Jumaat di Petang Hari

 
Hari Jumaat yang barakah. Pepagi yang tak berapa nak pagi itu aku jelajah Bangi untuk melunaskan semua hutang piutang sebelum menyinggah di Warta untuk beli sedikit keperluan. Asalnya memang nak beli sedikit ajepun. Nak beli mana yang dah benar-benar kehabisan sahaja walaupun perangai aku memang suka simpan stok sekadar perlu. Maksudnya, tak adalah minyak masak tu habis semua titiknya baru nak beli, agak-agak masih sempat guna dua tiga kali aku akan beli baru. Ramai orang lakukan begini. Yalah, mana tahu kalau kehabis tengah malam masa tengah kebulur, tak ke naya jadinya.

Sebab nak beli sikit, sekadar cukup 2 minggu ini sebelum balik kampong sambut Aidiladha, aku hanya guna bakul kecil sahaja. Ternyata, memang semua barang keperluan dah habis. Akhirnya tukar juga guna troli bila perlu ambil beras, minyak masak, sardin (Opssss! sardine dah jadi makanan mewah sekarang ni kan??? Daku yang marhaen dah tak mampu makan sardine lagi) dan keperluan lain. Alang-alang dah masuk Giant, angkut ajelah. Tak payah lagi buang masa datang semula. Tapi rasanya kena datang semula lagi sekali juga sebab tak semua barangan keperluan masa raya nanti dah beli.

Masa tengah pilih barang, telefon Mek tanyakan stok milo dan neskefe di kampong. Tanya dia nak yang mana. Bahaya jugak tanya macam tu, kena dia demand nak yang besar, masih mampukah aku?

Adik yang susun barang tu kusyuk je penuhkan rak. Bila aku ambil pack milo 3kg, adik hensem tu panggil dan mintak pack yang dah aku ambil tu. Dia kerobek dalam rak dan berikan aku pack yang lain. Rupa-rupanya pack yang itu ada hadiah jug milo. Satu-satunya sahaja yang tinggal. Terima kasih, adik hensem. Macam tahu-tahu pulak jug kat rumah aku memang bukan macam jug hu hu hu hu bila dapat jug percuma dari milo tu, bolehlah aku guna kalau-kalau ada tetamu datang. Ada sesiapa nak datang tengok dan rasa keenakan teh yang dibancuh dalam jug milo percuma itu tak? Errrr…teh je ada, milo tu kepunyaan Mek ya hu hu hu hu

Dah ambil itu ini, situ sini…mana yang sangat-sangat perlu sahaja. Yang boleh tangguh, tangguh dulu. Mana tahu kot esok lusa rezeki tersepak harta dari langit kat mana-mana...siapa nak tahu kan? Dah ke kaunter, huh u huh u sikit gitu tak penuh trolipun dah nak cecah RM200 hu huh u hu ohhhhhh aku memang marhaen! Tiba-tiba sahaja bajet dah lari. Dah potong sana sinipun masih lagi lari bajetnya…apa nak dikata. Alahai!

Baliknya singgah Asam Pedas tapau kan nasi + togeh goreng + ikan kembung gulai kuning + neskepe ais. Belum sarapan dan makan apa-apapun walaupun dah jam 1 tengahari. Bila bayar, harganya BARU je RM9.50 ya. Mana ada naik harga. Harga standard lah tu kan? Orang kat Jepun nun, sekali makan pun dah cecah RM130, tak geger satu duniapun. Takat RM9.50 pakej sekali dengan neskepe ais yang dah makin kurang manisnya tu, apa ada hal nak bayar.

Semua ni bukan sebab kenaikan harga minyak petrol sebanyak 20 sen itu, sebab Pak Menteri kata harga barang tak naik. Harga barang terkawal. Jangan salahkan menteri. Kalaupun hari ni harga petrol naik lagi sepuluh sen, apa ada hal. Kan harga barang tak akan naik. Itu janji pak menteri. Jadi, rakyat Malaysia yang sporting ni tak kesahpun takat nak naik banyak tu. Naik lagi banyakpun tak apa kan? Kan? Kan?
 
Dengarnya, harga petrol akan naik lagi 10 sen tengah malam ni ya? Betul ke petrol naik lagi?
 
 

11 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Kita hanya boleh 'menulis' ketidakpuasan hati kita. Natijahnya, 'siapakah' yang sudi membaca... :(

Dr K berkata...

Milo mmg mahal..Tu pasal bil jejak RM200....Teringin nak minum Ovaltine...hahaha

Cetusan berkata...

mentang laaa duit bulan lepas byk..

anyss berkata...

Kakcik: mana ada tak puas hati, ni kan cerita pasal soping nyoping yang mengembirakan

anyss berkata...

Daddy Ziyyad: Daku tak minum sangat benda2 yg ada cakelat mcm milo ni, rasa macam muak. Milo tu utk bwk balik kg buat ayahanda. Neskepe pulak untuk Mek... harga di sini lebih murah kalau masa offer. Buat buah tangan masa balik kg...tak lah balik lenggang kangkung je padahal bonet kosong

anyss berkata...

ZZ: Ek? Lupa pulak...ZZ blm bagi nafkah lagi bulan ni hu huhuhuhu

*SiRibenMerah berkata...

tatau nak komen.. naik pon tetap kena beli.. tak naik pon tetap kena bayar..
sama je.. gaji je x naik2 neh.. :(

t.a.t.a berkata...

ada tak sesiapa punya teknologi membolehkan minyak urut, minyak cap kapak semua boleh tuang masuk dalam tangki?

anyss berkata...

Reben merah: banyak komen kang kena buang negara pulak kan kan kan

anyss berkata...

Tata: tak ada teknologipun boleh je nak tuang...sendiri tolaklah lepas tu hu hu hu

Kang tetiba byk pulak tukang uruf tersadai kehabisan minyak hu hu hu

t.a.t.a berkata...

haah kan, satu hal pulak nak tolak keta. huhu