Khamis, 23 Mei 2013

Kes Bunuh Sosilawati Lawiya: Pathmanabhan Digantung Sampai Mati


Bekas peguam N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya dihukum gantung sampai mati selepas disabitkan oleh Mahkamah Tinggi di sini, sebentar tadi, dengan kesalahan membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya, hampir tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan semua bukti dan bahan bukti yang dikemukakan di mahkamah sepanjang perbicaraan yang bermula pada 4 Julai 2011.

Pathmanabhan, 44; T Thilaiyagan, 22; R Matan, 23 dan R Khatavarayan, 33, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot Nombor 2001 Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, 30 Ogos 2010.



Aku pernah tampal kes ini dalam 3 entri iaitu Mengapa Aku Tak Tulis, Bunuh sebab duit dan 4 didakwa bunuh.

Komen aku:
Sekalipun semua yang terlibat dalam kes pembunuhan ini telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati, adakah ia akan ubah tragedi itu? Tidak mungkin. Usahlah kita kata, “padan muka”, semoga pembunuh lain akan rasa takut. Bagi aku, hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan kepada Pathmanabhan masih belum setimpal dengan kekejaman yang dilakukan. Bukan manusia sanggup buat sebegitu kejam.

Aku lebih suka untuk meneliti kesannya kepada keluarga mangsa yang dibunuh. Memanglah hukuman itu mencegah si pembunuh untuk berterusan membunuh orang lain, namun sudah semestinya masih belum mencukupi. Sangat besar impaknya kepada keluarga mangsa. Anak-anak. Tanyalah apa perasaan Erni Dekritawati Yuliana Bukhari, dah pasti rasa kehilangan ahli keluarga mereka tidak setimpal dengan hukuman yang pembunuh itu dapat.

Keluarga mereka hilang orang yang disayangi, tempat mereka bergantung, tempat berkongsi kasih sayang. Setelah tiga tahun berlalu, pernah tak kita tanyakan, bagaimana kehidupan keluarga tiga lagi mangsa bunuh tersebut? (Kehidupan keluarga arwah Sosilawati agak kerap juga kita jumpa di majalah dan TV), keluarga yang lain? Anak-anak mereka? Keperluan mereka terpenuhikah?

PsssT: Aku tetap mengharapkan hukuman ini masih juga boleh memberi kesan kepada orang lain yang tak serik buat jenayah. Jangan risau, Negara kita aman…kejadian begini tak akan berlaku lagi. 


4 ulasan:

Unknown berkata...

kesian..bunuh sorang tapi dalam tak sedar ramai jadi mangsa.

Dr K berkata...

Saya lega dengan keputusan hakim ni. Sebab last week keluar desas desus si Pathmanabhan ni mungkin terlepas.

Yunus Badawi berkata...

Bila nafsu menguasai diri inilah jadinya. Menyusahkan banyak pihak tapi depa ni peduli apa. Yang penting nak cari kekayaan ..... huhu

Kakcik Seroja berkata...

Ramai lagi yang disyaki menjadi mangsanya termasuk ahli perniagaan dari India. Entah bagaimana nasib keluarga yg tinggal...