Khamis, 2 Mei 2013

Hepi Gila Ini Hari...Dah Boleh Tidur Bawah Meja ni!


Mmmmmm ini entri merapu pertama yang aku akan buat la la la sdla bersedia mental dan fizikal ya.

kenapa nak merapu? Sebab suka hati hu hu hu hu 

Betul ni...hari ni hati sangat suka. Pertama, mesorat bulanan yang biasanya bermula jam 8.30 pagi dan berakhir biasanya sekitar 11.30 pagi...gila kentang lama kan hu hu hu, tetiba dimulakan jam 10.00 pagi. Seronok!

Tak perlu kelam kabut nak iron baju pepagi buta dengan mata yang masih lagi pejam, tak perlu kejar lampu merah sambil curi-curi lelap sesaat dua, tak perlu juga tersengguk-sengguk seawal tu mengadap banyak muka yang taklah jelita manapun!

Jadi hari ni aku lenggang lenggang kangkung masak belacan macam itik pulang petang je panjat tangga dan masuk bilik mesorat. Bila masuk....fuyooooooooooooooooo ni perkara kedua yang buat aku gembira. Ekon dah ada!!!!!! La la la la akhirnya, pendingin hawa dah selamat dibaiki pada hari Pekerja hu hu hu siapalah yang dapat klaim OT bebanyak pada hari pekerja tu betulkan ekon ya? Terima kasihhhhhhh! Nasib baik dia tak ada depan aku...kalau tak, dah dapat pelukan @ ciuman percuma pagi ni dahhhhhh! Kalau dia tau macam tu, mesti dia menyesal tidak berada di hadapanku ketika itu hu hu hu hu

Mmmmmmm, dah Khamis minggu ke tiga barulah ekon berjaya dibaiki dan tempat kami merasa dingin bak salju di Swiz tempat lisa Surihani dan Yusry KRU pergi honeymoon @ bulan madu tahun lepas tu. Fuhhhhhhh! Sangat dingin okeh, setelah 3 minggu berpeluh segala celah. Bolehlah mulakan operasi tidur bawah meja ya...

Mmmmmm inilah antara kesedapan yang tak terhingga bila kerja gomen ni...

PssssT: hari ni ada orang tegur usik aku "Marah kat sapa ni? macam protes je pakai baju merah. Tak pernah nampak pun pakai baju merah"

La la la kalau pakai baju BIRU, atau HIJAU...kang kena komplen pulak berpakaian menyerupai parti politik tertentu hu huhuhu ...boleh gitu?


14 ulasan:

Dr K berkata...

pakai baju kaler KUNING pun tak boleh tau...haha

Azian Elias berkata...

amboii..lenggang kangkung masak belacan yeee.. lawak lah you nni..

Unknown berkata...

untung la keje gomen..boleh tidur bawah meja..eh!!hahah

Anaasuria berkata...

sapa tanya tu? nak ngorat kot.. hee..

Kakcik Seroja berkata...

Kebetulan, hari ini kakcik pun pakai baju merah. Tapi bukan merah menyala, cuma merah hati. :)

JunAina berkata...

Hamboii-hamboiii...macam la dia pi kerja tu jauh sangat...

anyss berkata...

Daddy: sebab daku tadak baju kaler tuning, tak letak la tang ni hu huhuhuhu

anyss berkata...

Kak Yan: Hu hu hu tu maknanya ---> dah lama tak pekena kangkung goreng belacan ;)

anyss berkata...

Diana: Tak de maknanya nak tido bawah meja kalau 3 minggu tadak ekon hu hu hu hu

anyss berkata...

anaa: hu hu hu pompuan, kalau ngorat bagi pihak pun tak mau eh hu hu huhu

anyss berkata...

kakcik: serasilah kita ya...ekceli merah hati juga kaler baju saya tu. tapi...itulah satu2nya baju saya kaler merah ;)

semua orang perasan sebab tak pernah pakai kaler merah huhu huhu

anyss berkata...

Junaina: Kalau boleh nak bukak khemah depan opis ----> celik mata je terus masuk kerja tanpa perlu start enjin huh uhuhu

azieazah berkata...

Ahaaa tu ada ler plan nak tido lena 3,4 jam bawah meja kan?

Jaga jaga, kang lipas pun ikut sama tumpang ekon! hahaha

anyss berkata...

Azieazah: kemudian fikir nak berkampung kat bwh meja hu huhuhu