Khamis, 4 April 2013

Kenapa Aku Perlukan Suplemen Makanan Tambahan Dalam Menu Harian


Semakin hari, usia kian meningkat. Aku ni kalau bab makan, memang sentiasa sahaja lupa. Kalau perut tak lapar, selalu sahaja lupa nak makan. Tangan dah tergigil-gigil baru teringat yang masih belum makan. Ada masa, makan tengahari pun dah jam 4 petang. Ada masa lain terbabas hingga malam. Orang tengah makan malam, aku baru ambil makan tengahari. Sila jangan ikut perangai tak senonoh ni.

Aku juga tak boleh minum susu. Banyak kali dah cuba minum, tapi kembang tekak dan akhirnya muntah. Tak tahan dengan bau susu lembu. Susu kambing lagilah tak boleh telan. Kalau paksapun, sekali dua je mampu telan, selepas itu akan dimuntahkan semula. Rugi je. Kalau tampal kat muka pun boleh buat jelita apa la la la

Walaupun aku cuba ambil susu yang ada perasa macam-macam, tapi akhirnya tetap membazir. Jadi aku akan berdepan dengan masalah tulang rapuh nanti. Tak tahu nak buat macam mana dah ni. Pernah dulu tukarkan susu dengan soya. Sekali dua boleh telan lagi, akhirnya soya tu buang je. Nasib baik boleh makan tau fu fa…Cuma, macamlah kerap sangat aku ke pasar malam. Kalau pergi pun selalu je lupa nak beli huh u hu banyak sangat alasannya ek?

Dahlah jarang makan buah, tak minum susu…aku jugak memilih makan sayur walaupun makan sayur tu macam satu kemistian untuk aku. Aku hanya makan sayur tertentu sahaja sebab dah terbiasa begitu. Bukan semua jenis sayur aku telan. Kalau dulu, setiap hari aku hanya makan sayur kobis dan sawi je…sekarang ni agak banyak jenis sayur jugalah aku makan, tapi masih juga lagi belum memenuhi keperluan tubuh. Kalau tak ambil suplemen makanan tambahan dalam bentuk vitamin, mana nak dapat tu?

Disebabkan hidup aku tak macam orang lain, ada masa waktu tidur yang dua tiga jam sahaja itu aku dapat masa orang lain jaga, masa jaga tu pulak ketika orang lain tidur…aku memang memerlukan keseimbangan nutrien. Bilalah masanya aku sempat untuk kunyah buah, makan dengan sempurna nutrisinya kalau hidup lintang pukang macam ni…sebab itu aku perlukan makanan tambahan.

Faktor usia sendiripun memang memerlukan aku dapatkan makanan tambahan suplemen tertentu, apalagi dengan faktor gaya hidup. Walaupun aku tak merokok, tak mentekedarah air kencing setan, tak telan pil estacy atau dadah bagai, namun keseimbangan nutrien dalam badan kena jaga.

Kalau boleh, aku tak mahu tulang mereput dengan cepat. Siapalah akan jadi tongkat aku nanti. Siapa nak pimpin aku turun tangga kalau ensel lutut longgar. Akulah jugak kena buat sendiri.

Dulu aku pernah ambil satu produk herba yang hanya dijual di kedai sensei, yang kemudiannya dijual secara MLM. Bagus produk tu, tapi tekak aku ni dah tak boleh telan sebab bau herba tu agak kuat juga walaupun dalam bentuk kapsul. Sejak itu aku dah tak ambil lagi (selain harganya boleh tahan jugak mahalnya, sebiji lebih kurang RM4).

Dengan kecelaruan cara hidup sebegini, aku memang perlukan makanan tambahan untuk sentiasa sihat, inshaa Allah. Buat masa ini aku dah guna hampir sebotol vitamin C.


Macam yang aku tulis dalam entri sebelum ni, Jangan Tak Percaya Kalau Aku Jelita Selepas Ni, aku memang hanya ambil makanan tambahan yang benar-benar selamat sahaja. Sila baca entri berkenaan kalau nak tahu kenapa.

Untungnya aku ada Cik Bintang (NSHanie panggil Tuan Penasihat Dua Puluh Persen huh u hu macam dalam filem Tiga Abdul pula ya…) yang pakar tentang makanan tambahan. Setiap suplemen @ makanan tambahan yang aku ambil, aku tanya dia dulu. Kalau dia kata okey, aku rembat. Kalau dia kata “tak payah kot”, maknanya ada sesuatu yang tak kena dengan produk berkenaan.

Banyak kali jugak produk yang aku nak beli dia kata “tak payah kot” huh u hu, akhirnya, kalau nak apa-apa produk, aku mintak je dia yang beli. Aku jadi tukang bayar dan telan aje. Mudah kan?

Nak nasihat Cik Bintang juga tentang produk penjagaan kesihatan, makanan tambahan @ suplemen ni? Silalah ke Sihat store. Dengan adanya tempat ni, aku boleh dapat macam-macam produk yang aku suka dengan lebih mudah. Cakap je produk jenis apa yang aku nak, dia akan tolong carikan untuk aku la la la tak payah dah berebut parking bagai ;)



8 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Untung juga Anyss ada penasihat, taklah pening kepala nak fikir banyak benda. :)

anyss berkata...

Kakcik: kakcik pun boleh tanya macam2 kemuskhilan kat dia. kalau dlm biang dia, dia tak lokek utk bg tau. Kalau dia tak tau, dia ngaku tak tau ;)

JunAina berkata...

Dulu culas bab suppliment tp sekarang kena paksa dengan mak ambik suppliment bagai, cuba disiplinkan diri.

anyss berkata...

JunAina: begitulah jugak dengan daku...bila dah sedar umor makin bertambah, dah tak cergas mcm dulu lagi...hu hu hu hu baru nak cari makanan tambahan huh uhuhuhu

Unknown berkata...

uih,...ni memang patut ambik suplemen nih..semua benda tak makan..heheh

anyss berkata...

Diana: tau tak pa...dah la makanpun tak tentu huh uhuhu

Unknown berkata...

yesss
kita serupa ambil vit y sama.
cuma.. daku minum susu. makan sayuran semua.. kecuali lalang dan rumput. heheh


slmat sihat anyss sayang

Unknown berkata...

Sayuran hijau mcm bayam dgn brokoli pun kaya kalsium. Ikan bilis dgn sardin pun boleh jadi sumber kalsium yg baik.. Dan jgn lupa kerap senam.. :)