Macam biasa, bila tiba musim pilihanraya, maka musim inilah semua orang jadi pakar politik. Semuanya seronok bercakap pasal politik, sampaikan…orang yang bercakap pasal politik itu lebih ramai daripada orang yang mendengar.Bila semua orang dok bercakap, siapa yang dengar akupun tak tahu!
Bagi aku, musim inilah kita boleh tengok ketokohan seseorang yang nak jadi pemimpin itu. Kalau dia hanya memuji kehebatan dirinya sahaja, mengangkat kebaikannya semata-mata, menonjolkan jasanya untuk dipertontonkan kepada orang, sedangkan pada masa yang sama dia jugak memburukkan orang lain, merendah-rendahkan martabat orang lain, menghina mengeji calon lawan…maka begitulah gambaran keseluruhan dirinya.
Masa kecik dulu, aku pernah tengok satu peristiwa pada musim mengundi. Seorang pakcik sebelah rumah gemulah Mok (arwah nenek), baling seekor ayam dengan buah kelapa. Aku dok heranlah kenapa dia baling ayam tu. Ayam tu bukannya kacau dia, bukan buat apa-apapun. kesian tau!
Rupa-rupanya ayam itu adalah ayam kepunyaan jirannya yang lain, yang BERLAINAN parti politik. Fuhhhhh! Ternganga aku tak paham masa tu. Tapi…sampai sekarangpun aku masih juga tetap tak faham. Apa kaitannya ayam dengan tuan punya ayam yang berlainan aliran politik itu?
Hishhhhh! Manalah ayam tu tau pun nak berkawan ngurat sama ayam pun kena selidik parti politik tuannya masing-masing huh u hu
15 ulasan:
haha..fanatik sangat tu sampai ayam jiran pun dibalingnya
huhu..buat kat tuan ayam boleh jadi kes polis,ayam pulak yg jadi mangsa :-)
tu tu kucing jiran memanjat dahan moktan..jiran
Nasib baik yg dibalingnya ayam kalau baling kat org mau dia kena baling balik.
hahahahaha.
ok entry neh lawak..
well, kami satu family pon berbeza party.. tapi tetap harmoni saja.. :)
hehehe...usahkan berlainan politik. kalau ayam tuh kepunyaan bekas aweq saya yg dulu pun saya akan baling gak. kih kih kih
waka.waka
gelak sokmo dgn komen bosss eelabor
serius tauu. ada 1 citer. org biru meninggal. ank2 tamo kasi si org hijau mai ziarah atau sembahyangkan jenazah ayahnya.
seriuss gila politik
Amin: kenangan zaman kecik2 dulu...sekarang dah tak de kot
shaliza: hu hu huhu tu la pasal, tak pepasal masuk dalam pulak kan?
ZZ; ingatkan anok tupa dok atas julai moktan ;)
JunAina: boleh masuk spital kena buah kelapa tu...
Reben merah: citer lama-lama dulu ni...tahun 90-an kot
Diana: kalau nak tengok benda2 pelik, musim ginilah ada pun hu huhuhu
Eelobor: Ngaku je lah yang nak dibaling tu si bekas awek kan? bukan ayam dia kan?
Ayu citarasa rinduan: hu hu hu hu ruginya orang mcm tu
Catat Ulasan