Semalam ada baca status Facebook Yunus Badawi tentang paip pecah, bakal berlaku ketiadaan air hingga hujung minggu. Bila tengok status tu, terus teringatkan pemilik blog Yang Ingin Kukongsi… masa tak ada air sebelum ini, kesian dia demam-demam sakit badan dek mengangkut air.
Rakyat dalam rumah dah lah ramai, tinggal pulak tingkat 5, nak sampai satu baldi ke atas pun dah semput. Apalagi kalau hari-hari nak kena angkut air untuk keperluan isi rumah. Tempias yang sama dah pasti dirasai ramai blogger lain termasuk Kakcik Seroja dan Yunus Badawi.
Hari ni baca di facebook puspel-syabas tentang notis gangguan air sekitar Kuala Lumpur, Ampang dan Gombak. Aku malas nak ulas anjang lebar, terus ajelah copy paste dari sana ya:
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin melaporkan bahawa Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Kuning telah diaktifkan di SYABAS Wilayah Kuala Lumpur dan Gombak pada jam 1.00 pagi, 11April 2013 berikutan paip dari jenis “Mild Steel” (MS) berukuran 2000mm dari Kolam Air Dusun Kubung ke Wangsa Maju telah pecah di lokasi berhampiran tebing sungai di Kampung Melayu Batu Caves, Gombak. Pihak SYABAS menerima maklumat daripada orang ramai berhubung kejadian tersebut pada jam 10.00 malam tadi.
Paip yang pecah ini membekalkan air kepada kira-kira 89,760 akaun domestik dan akaun-akaun pukal di 82 buah kawasan dalam Wilayah Gombak dan Kuala Lumpur yang melibatkan lebih kurang hampir setengah juta orang pengguna. Antara kawasan terlibat yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual seperti berikut:
Wilayah Kuala Lumpur
1. Flat DBKL Dato’ Keramat 2. Jalan Padang Tembak
3. Jalan Semarak 4. Jalan Gurney
5. Kementah 6. Pulapol
7. Wisma Tanah 8. JUPEM
9. UTM 10. FELDA
11. Pusat Latihan Telekom 12. Jalan U Thant
13. Jalan Ampang Hilir 14. Taman Pandan Jaya
15. Taman Cempaka 16. Taman Bakti
17. Taman Nirwana 18. Kampung Pandan Dalam
19. Taman Cahaya 20. Pandan Cahaya
21. Taman Dagang 22. Taman Shamelin
23. Taman Tenaga 24. Taman Miharja
25. Taman Kobena 26. Bandar Permaisuri
27. Desa Pandan 28. Flat Sri Melaka
Tambahan Kawasan Terlibat:
29. Kg Pandan 30. Kg Pandan Tambahan
31. Pandan Utama 32. Tmn Maluri
33. Sebahagian Jln Loke Yew 34. Tmn Maju Jaya
35. Tmn Cheras Indah 36. Tmn Putra
37. Jln Yaakob Latif 38. Tmn Bakti
39.Pandan Mewah
Jumlah Akaun : 28,368
Wilayah Gombak
1. Kampung Baru Ampang 2. Kampung Melayu Ampang
3. Taman Hillview 4. Bukit Jobina
5. Taman Dato Ahmad Razali 6. Taman Bukit Indah
7. Taman TAR 8. Kampung Tasek Permai
9. Ukay Heights 10. Ampang Jaya
11. Dataran Ukay 12. Pinggiran Ukay
13 Sri Ukay 14. Beverly Heights
15. Ampang Indah 16. Ampang Jaya
17. Ampang Saujana 18. Ampang Water Front
19. Bandar Baru Ampang 20. Bukit Ampang Permai
21. Bukit Indah 22. Desa Lembah Permai
23. Desa Setapak 24. Jalan Ampang
25. Kampung Bukit Sungai Puteh 26. Keramat AU 1 hingga AU 5
27. Kampung Ampang Campuran 28. Kampung Indah Mulia
29. Kampung Kemensah 30. Kampung Lembah Jaya
31. Kampung Pinggir Tiga Jaya 32. Kampung Tengah Lembah Jaya
33. Lembah Jaya Utara 34. Lembah Jaya Selatan
35. Sri Rampai 36. Taman Ampang
37. Taman Dagang Permai 38. Taman Pandan Ria
39. Taman Permai Jaya 40. Taman Permata
41. Taman Saujana Ampang 42. Tasek Tambahan
43. Taman Ampang Mewah 44. Taman Ampang Utama
45. Taman Bukit Ampang 46. Taman Cahaya Ampang
47. Taman Dagang Jaya 48. Taman Halaman
49. Taman Kesuma Ampang 50. Taman Kosas
51. Taman Mulia Jaya 52. Taman Rasmi Jaya
53. Taman Sri Ampang 54. Taman Watan
55. Wangsa Melawati
Tambahan Kawasan Terlibat
56. Tmn Danau Kota 57. Bukit Antarabangsa
58. Bdr Baru Wangsa Maju 59. Bkt Antarabangsa
60. Bkt Lela 61. Kg Datuk Keramat
62. Desa Melawati 63. Jln Genting Kelang
64. Jln Gombak 65. Gombak Setia
66. Jln Hulu Kelang 67. Jln Ampang
68. Jln Chung Hwa Gombak 69. Kemensah Heights
70. Kg Kerdas 71. Kg Klang Gates
72. Kg Lee Kong Chian 73. Kg Puah
74. Kg Setia Jaya 75. Kg Spg 3 Gombak
76. Kg Sg Mulia 77. Kuala Ampang
78. Megan Setapak 79. Tmn Melawati
80. Platinum Victory 81. Selayang Baru
82. Sering Ukay 83. Tmn Setapak
84. Setapak Jaya 85. Andaman Ukay
86. Tmn Industri Bolton 87. Tmn Melati
88. Tmn Setia Gombak 89.Tmn Suria Setapak
90. Tmn Bkt Jaya 91. Tmn Bkt Kemensah
92. Tmn Bkt Utama 93. Tmn Bunga Raya
94. Tmn Cahaya Indah 95. Tmn Cemerlang
96. Tmn Harmonis 97. Tmn Hijau
98. Tmn Ibukota 99. Tmn Kamariah
100. Tmn Kelab Ukay 101. Tmn Mutiara Gombak
102. Tmn Pramlee 103. Tmn Perwira
104. Prima Melawati 105. Tmn Setapak Indah
106. Tmn Setapak Permai 107. Tmn Setiawangsa
108. Tmn Sri Keramat 109. Ukay Bistari
110. Ukay Perdana 111. Tmn Usahawan
112. Wangsa Ukay 113. Tmn Zooview
114. Wangsa Maju
Jumlah Akaun : 61,392
Sebagai makluman, Pelan Tindakan Kecemasan Kod Kuning di kedua-dua wilayah ini diaktifkan bagi membolehkan SYABAS memantau dan mengurus kawasan-kawasan terlibat yang menghadapi masalah gangguan bekalan air. Pihak SYABAS juga telah mengambil tindakan segera serta langkah-langkah yang perlu untuk mempercepatkan kerja-kerja pembaikan paip yang pecah ini. SYABAS menganggarkan bahawa tempoh pembaikan paip yang pecah ini akan siap dijalankan sepenuhnya pada keesokan hari, 12 April2013, manakala tempoh pemulihan bekalan air ke semua kawasan-kawasan yang terlibat dijangka pulih secara berperingkat dalam tempoh antara 4 hingga 5 hari, iaitu selepas kerja-kerja pembaikan paip yang pecah siap dijalankan sepenuhnya.Walau bagaimanapun, sebarang perkembangan terkini berhubung kejadian ini akan dimaklumkan kepada para pengguna dari semasa ke semasa.
Untuk makluman, pada masa ini SYABAS mempunyai sejumlah 42 buah lori tangki dan 525 tangki air statik. Daripada jumlah ini, sebanyak 25 buah lori tangki telah digerakkan untuk menghulurkan bantuan, manakala sebanyak 50 buah tangki air statik akan ditempatkan di kawasan-kawasan terlibat secara berperingkat mengikut keperluan sebagai bantuan bekalan air kepada penduduk yang masih terjejas bagi meringankan kesulitan para pengguna.
Pada masa ini, para pengguna di kawasan terlibat dinasihatkan agar menggunakan air secara berhemah dan mengelakkan dari pembaziran sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini berlaku. Para pengguna yang memerlukan bantuan bekalan air menerusi lori tangki ataupun ingin mendapat maklumat lanjut berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual ini disaran agar menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol, 1-800-88-5252. SYABAS juga menyarankan para pengguna untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung gangguan bekalan air ini menerusi laman web SYABAS www.syabas.com.my. Pengguna juga boleh membuat aduan atau pertanyaan di laman Facebook atau Twitter SYABAS dengan menaip ‘puspel’ atau ‘puspel syabas’
Komen aku: tak ada apa nak komen. Kang aku komen, tak pepasal kurang pulak pahala puasa di hari Jumaat yang mulia ni.
Kepada setengah juta rakyat Malaysia yang terjejas dengan ketiadaan air ni, banyak-banyak sabarlah ya walaupun aku sendiri kalau berada kat tempat tu, aku pun tak boleh nak sabar.
3 ulasan:
mmg payahlah kalau xde air ni kan !
YB dah mandi kat rumah boss SYABAS( adik dia)...:)
alamak...nombor 110 terlibat. oh tidakkkkkkkk
Catat Ulasan