Ramai dah tahu tentang kemalangan maut melibatkan 5 orang maut di tempat kejadian di Kilometer 10.5 Lebuhraya Persekutuan-Shah Alam. Sebuah kereta yang dipercayai hilang kawalan merempuh tiga motosikal yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan. Mangsa yang terbunuh termasuklah seorang penumpang kereta yang berhenti untuk membantu mangsa kemalangan.
Rempuhan itu menyebabkan kereta berkenaan terbalik beberapa kali dan Lee terhumban keluar kira-kira 50 meter daripada keretanya. Akibat kejadian itu Lee dan dua penunggang motosikal iaitu Muhammad Faridzuan dan Amirul Faiq mati di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala dan kaki.
Sebuah kereta lagi berhenti di lorong kecemasan dan penumpang belakangnya, Kalaychelven keluar untuk memberi bantuan kepada mangsa tetapi sebuah motosikal yang ditunggang Syahmie Farid Izzat tiba-tiba datang dari arah belakang, hilang kawalan dan melanggar Kalaychelven. Akibat perlanggaran itu, Syahmi Farid Izzat yang cedera parah di kepala dan Kalaychelven yang cedera parah di kepala dan putus kaki kiri, turut meninggal dunia di tempat kejadian.
Mereka yang terbunuh dikenal pasti sebagai Muhammad Faridzuan Mohd Aziz, 21, Amirul Faiq Zainuddin, 22, Syahmie Farid Izzat Samsudin Shah, 21, kesemuanya penunggang motosikal dan pemandu kereta, Wilson Lee, 22, serta seorang penumpang kereta lain yang berhenti untuk memberi bantuan, M Kalaychelven, 50.
Berikut video kemalangan di Lebuhraya Persekutuan - Shah Alam dirakamkan di tempat kejadian pada pagi tersebut:
Rakaman video amatur kemalangan di Lebuhraya Persekutuan - Shah Alam dengan telefon bimbit oleh pengguna jalan raya yang berada di tempat kejadian;
DariNya kita dating, kepadaNya jua akan kembali. Alfatihah. Semoga roh mereka ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman. Alfatihah.
Takziah kepada bukan islam. Takziah kepada seluruh keluarga, sahabat handai mangsa.
Kalau hati anda gagah untuk melihat lebih banyak gambar kemalangan di lebuhraya persekutuan-Shah Alam ini, silalah berkunjung ke blog ondscene. ada banyak kat sana. Tapi, kalau hati tak kuat, tak tengok pun tak apa.
5 ulasan:
Takziah diucapkan kpd keluarga mereka yg meninggal dunia.
Kalau dah ditakdirkan, tiada siapa yang dapat melawannya.
Teringat semasa tayar kereta saya meletup di DUKE tempuh hari risau juga kalau ada kenderaan yg terbabas ke arah kereta kami yg di tepi jalan kerana kami sekeluarga berada di sana.
jdoh dan maut.
Tetapi, kalau ada anak adik, elok jgn keluar pepagi ujung minggu..
Ramai yang mabuk..pagi minggu..
Pengalaman 4 tahun keluar pukul empat pagi pada sabtu ahad, minggu di Lebuhraya...alsyukur,,masih ada nyawa..untuk niat keamanan mahklukNya,,bukan niat huruhara
assalamualaikum ... bak kata pepatah , malang tak berbau . Kita berhati - hati pun klu org nak langgar kita , accident juga ... makanya tawakkal lah pada Allah sbb kematian tu akan dtg bila - bila masa saja yang dikehendaki Nya ...
Al Fatihah buat yg Islam
salam takziah buat kluarga mangsa.
sedihnyaa... ajal maut ditgn tuhan..
ps: daku bab2 darah mmg tak kuat. hanya simpati ats apa y blaku kpd mangsa
Catat Ulasan