Sedang melayan FB di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS, BUKAN PAS tau!), aku disapa seorang cik adik manis.
Adik manis: dari UKM ek? [Tanya dia sambil jelling fail aku yang ada lambing UKM. Blurr sekejab aku tapi angguk ajelah].
Adik manis: Saya master untuk Metafizik Sains Penomboran
Akak tak berapa nak jelita (aku ler tu): Oooooooo [tak tahu nak kata apa sebab dok kusyuk berFB, tetiba kena ganggu…]
Adik manis: cuba tulis nama, ic dan nombor telefon…
[Dia hulur kertas kosong ke depan aku. Aku pandang muka dia. Semudah tu aku nak bagi maklumat diri? Minta maaflah!]
Adik manis: Mmmmm …ok, bagi no kereta... [Tau pun bukan mudah nak dapat maklumat tu dari aku]
Akak tak berapa nak jelita: Maaflah…saya bab-bab nombor ni memang lupa.
Adik manis: habis tu, datang dengan apa?
Akak tak berapa nak jelita: kalau lupa nombor kereta, tak boleh datang dengan kereta ke?
Dia terdiam sekejap.
Adik manis: Peliknya. Tak pernah jumpa orang pelik macam ni.
Akak tak berapa nak jelita: Hari ni dah jumpa kan? Bertuahnya anda! [aku boleh kesan dia tengah blur!]
Adik manis: Semua nombor tak ingat? No telefon sendiri?
Akak tak berapa nak jelita: Saya bukan nak telefon diri sendiripun, buat apa nak ingat nombor telefon sendiri? [Dia lagi blur]
Adik manis: Habis tu macam mana nak telefon mak ayah?
Akak tak berapa nak jelita: Buat apa beli telefon mahal-mahal kalau semua nombor kita kena ingat.
Adik manis: Anak nombor berapa ya? [Dia cuba alih persoalan]
Akak tak berapa nak jelita: setiap kali anda sebut pasal nombor, anda tau tak saya sedang stress? Saya elergic dengan nombor…dunia ni bukan hanya ada nombor sahaja.
[Sekarang dia pulak stress. Aku tahu dia tengah cari cara macam mana nak promosi dia punya pakej seminar harga ratus-ratus tu].
Sebenarnya, masih panjang lagi dialog yang berlaku. Lebih kurang lima belas minit juga dia curi masaku berFB di perpustakaan. Namun, banyak perkara yang aku belajar dari perbualan itu antaranya;
1. Elakkanlah terlalu tinggi keyakinan diri. Bukan semua situasi perlukan keyakinan yang melampau-lampau hinggakan keyakinan itu menenggelamkan realiti. Yakin diri sangat perlu, namun bila TERLALU yakin yang melampau-lampau menyebabkan kita tidak mampu untuk berdiri dalam dunia realiti.Kita dah memperkecilkan orang lain.
2. Hanya kita yang betul? Hanya kita je yang hebat? Itu bongkak namanya!
3. Bercakap tentang fakta yang dihafal dari buku rujukan itu sangat berbeza dengan bercakap tentang pengalaman. Bukan semua fakta dalam buku hafalan kita tepat kepada semua orang. Cerita tentang hidup ini berbeza-beza warnanya. Teori dalam buku itu ciptaan manusia yang nak diaplikasikan kepada semua makhluk ciptaan Allah? Fuhhhhh!
Maaflah. Aku tak mudah dedahkan maklumat peribadi kepada seseorang yang baru aku kenal empat saat lepas. Aku juga tidak perlukan consaltan untuk bina semula hidup aku yang pernah runtuh. Kalau kaunselor pun tak mahu jadi kaunselor aku kerana yakin dan percaya aku mampu tangani semua masalah dunia dalam hidupku, tak kanlah aku pula boleh tak yakin kan?
Katanya, dia boleh baca keperibadian orang berdasarkan nombor. Kali ini aku dapat lihat betapa dia sedang berpura-pura berfikiran positif tentang cerita hidup ini. Dikau belum hadapi lebih banyak sepak terajang kehidupan, namun usahlah terlalu menonjolkannya dengan cadangan yang boleh buat aku mahu ketawa.
Adik manis: Dalam hidup ni, tak boleh paksa-paksa.
Akak tak berapa nak jelita: Kalau tak paksa, sempat tak saya tamatkan sekolah ni sebelum mati?
Opssss! Aku memang pakar mematikan hujah orang, terutama orang yang perasan dia bagus.
Aku tahu aku masih lagi belajar, tapi mempunyai status sebagai pelajar tidak bermakna aku gagal menilai jerangkap samar yang dipasang semata-mata nak kaut sara hidup anda. Jangan jadi macam penjual MLM yang sanggup sembunyikan fakta semata-mata nak jual barang.
Adik manis: Masalah kena luahkan, kalau tak kita yang bermasalah…kalau dah berat kepala, ceritalah dengan mak.
[aku akuinya. Namun, perlu ke cerita semua masalah kita kepada semua orang, termasuk orang yang baru kita kenal lima saat lepas?]
Akak tak berapa nak jelita: Mak kita tu dah terlalu tua untuk fikir pasal dunia lagi. Bagilah peluang dia aman dengan tekanan dunia dan beribadat dengan selesa…bukannya nak kena fikir apa metodologi kajian keduniaan kita…
Maaf, entri ni dah jadi panjang!
13 ulasan:
Panjang pun takpe. Saya suka. Banyak mutiara dapat saya ambil dari peristiwa dan perkongsian ini.
Ooopss lupa nak ucapkan terima kasih kepada Anyss.
Panjang pun kakcik baca ayat demi ayat, baris demi baris walaupun sebenarnya kakcik blurrr untuk menegerti. :)
Kalau mood saya tak baik( kerna di ganggu tatkala saya sibuk ber FB dgn geng2 KKA), saya akan cakap kat adik manis jurusan metafizik pernomboran tu " kau gi la kedai nombor ekor, kat situ banyak nombor!" ~ bahahahahaa
salam,
kekadang tu pelik gak org2 cam gini
ingat kalau sebut dia hebat sgt kita nak layan ke...
benda2 peribadi mmg tak boleh share
emm..boleh tahan juga awak yek..hihi
YB: sekadar berkongsi perasaan yg mengganggu mood.
terima kasih untuk apa ya?
Kakcik: maksud paling mudah adalah; mentang2 nampak saya budak skulah, dia mula jual produk dia dgn psikologi terbalik, rendah2kan orang pulak (sayalah tu).
Pakej seminar dia tu berharga rm300 lebih utk seorang, konon2nya boleh jd positif berdasarkan nombor2 spt no ic, no keta, no tepon...padahal saya tau tu cara dia nak ambik maklumat kita. Kalau saya bagi, lepaas ni hotline la depantepkn saya memujuk rayu
Daddy Ziyyad: dah tau tak leh makan, tak de manis manapun senyum dia hu hu hu
Ati: saya dah bosan dipandang rendah sbb orang tengok keselekehan saya. Gunalah cara lain utk tarik pelanggan.
Bila dah set dlm kepala "org tu tengah nak makan kita", Automatik daku akan pastikan dia tak berjaya "makan" dan bertekad utk nengok mcm mana rupanya orang yg tinggi melambung keyakinan itu, rasa TERTEWAS.
Kalaupun nak duit orang, tak payahlah perlekehkanorg tu, sbb kita kan naka duit dia. Mana dia abelajarvtah cara pemasaran mcm tu. Org melayu byk guna yg x cerdik selalu guna cara ni...
akok memang tak jelita pun,,dah tau pun elok bgi tau lgii,,
takde butang like ke?
nak like entry ngan sma komen2 kawan2 diatas. hehehe....
akak tak jelita (saya le): (dengan muka serius yang sangat garang) adik, akak tengah konsentrate berfb ni... adik datang kejap lagi boleh tak..?
kekeke..
ZZ: sebagai peringatan, kot2 lupa
Anaaa: i LIKE dengan dialog tu hu huhuhu sib baik daku tak kata macam tu hu hu huhu
Catat Ulasan