Memaparkan catatan dengan label tebing runtuh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tebing runtuh. Papar semua catatan

Rabu, 8 Januari 2014

Gambar Runtuhan Tebing Di Jalan Mahameru

Ribuan pengguna jalan raya terperangkap dalam kesesakan ekoran tanah runtuh di Jalan Mahameru di sini, Selasa. Kejadian berlaku di kawasan berdekatan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menghala ke Parlimen termasuk jalan Istana lama. Orang ramai yang hendak ke kawasan itu ketika ini dinasihat menggunakan laluan alternatif di Jalan Duta dan Parlimen sebelum mereka tembus di Bulatan Segambut.

Sebahagian laluan Lebuhraya Mahameru, iaitu dari Parlimen menuju Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), ditutup sementara berikutan kejadian tanah runtuh di tebing berhampiran kira-kira 5.20 petang dipercayai berpunca daripada hujan lebat pada sebelah petang. Runtuhan seluas 10 x10 meter persegi itu  menutupi jalan, menyebabkan kesesakan teruk.

Cik Bintang ada WhatsApp gambar runtuhan tebing di jalan Mahameru petang tadi;


Berikut gambar-gambar runtuhan tebing di jalan Mahameru hingga menyebabkan kesesakan teruk;











pesta lampu brek...satu Kuala Lumpur sesak bila jalan mahameru ditutup akibat tanah runtuh

Mengikut berita radio, pihak berkuasa akan membina tebing konkrit malam ni juga bagi menghadang runtuhan tebing berlaku semula. Boleh bayangkan mereka berkerja malam-malam buta ni untuk keselesaan pengguna esok hari agar tidak sesak lagi. Agar jalan ini boleh digunakan macam biasa esok.




Sabtu, 29 Disember 2012

Runtuhan Tebing di Puncak Setiawangsa

Kejadian runtuhan tebing di puncak setiawangsa berlaku pada Jumaat awal pagi. 



Pada masa ini jalan menuju ke Puncak Setiawangsa terpaksa ditutup bagi mengelak kejadian yang lebih buruk akibat pergerakan keluar masuk kenderaan. Struktur tebing masih tidak stabil, bila-bila masa sahaja runtuhan baru boleh berlaku. Ceeewahhhhh! Ayat macam orang kaji bumi pulak ya!


Hanya 49 penghuni telah berdaftar di bilik gerakan polis sementara yang ditempatkan di kawasan kejadian untuk memaklumkan mengenai pemindahan mereka dari rumah terbabit. 


Dewan Orang Ramai Setiawangsa dijadikan pusat pemindahan sementara

Kini, semua penduduk di kawasan berlaku runtuhan tebing telah diarahkan berpindah ekoran masih berlaku gelinciran tanah. Mereka adalah sebahagian daripada 88 keluarga yang menghuni banglo mewah (30), rumah kedai (18) dan rumah teres dua tingkat (58) di Puncak Setiawangsa. Antara pemilik banglo yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh di Puncak Setiawangsa, adalah Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis.



Komen aku: Sekarang ni musim hujan, tanah lembab dan kandungan air dalam tanah juga tinggi. Setakat manalah sangat tebatan yang manusia buat ni, berbanding sealam yang Allah ciptakan. Silalah berhati-hati kepada sesiapa yang tinggal di kawasan ditarah.


Simpati jugak dengan mangsa. Semoga mereka sabar berdepan dengan ujian sebegini. Pak menteri lainlah, duit berkepuk-kepuk, sekejab sahaja boleh beli rumah lain. Kita golongan marhaen ni, nak bayar tiang rumah sebatangpun ambik masa entah berapa lama baru langsai ya…

Banjir di pantai Timur baru je pulih sedikit hari ni kan, tetiba runtuhlah pulak!

Sumber gambar: Bharian & Mstar