Rabu, 9 Mei 2012

Video Dera Bayi Tersebar Luas


Sepanjang hari ni...aku sembunyi dalam selimut
bajet seksilah tu kononnya
errr....siap bawak teman masuk selimut lagi tu
mmmm kotak tisu dan uncang plastik untuk buang tisu dah guna

petang online sekejab FB tapi tak ada perkara luar biasa yang aneh
sejam kemudian tutup laptop risau  kalau-kalau meletup
entah kenapa hari ni pasang sekejab je pun dah panas
demam macam tuan dia gamaknya
petang on semula nak cari nombor telefon Domino pizza,
benda tu sahaja sudi hantar makanan depan pintu pagar rumah
tak ada bibik nak masak...redha ajelah telan pizza
sambil tu buka FB juga sambil jengah sana sini
ramai dah sumpah seranah maki segala mak nenek
habis semua spesies fauna kat zoo tetiba diternak kat FB
semuanya gara-gara video penderaan bayi yang sadis, kejam
dan sangat tak berperikemanusiaan tu

Bila tengok berita perdana kat TV
benda yang sama ditayangkan...alahai!

Aku bukan sokong orang tu bandai terajang ketuk kepala bagai kat bayi
yang masih kecil tu...baru pandai meniarap
tapi, tak payahlah hamburkan kata-kata yang semanis kurma
membilang semua jenis fauna kat zoo masuk FB
tertampal pulak kat wall aku yang akan aku tengok hari-hari
aku pulak terganggu jiwa dek perkataan tu

ibu itu dengarnya sudah dipenjarakan 18 bulan, sedang jalani hukuman di dunia
anak tu pula di bawah Jabatan kebajikan masyarakat
insyaAllah dia akan dijaga dengan baik
kalau betul anak itu lahir kerana dia kena rogol,
nyatanya trauma dia bukan sedikit
kita tak tahu beban jiwa, mental, fizikal dan kekesalannya
belum campur malu, geram, dendam lagi
patutnya kita sama-sama tolong dia

Kalau kalian datang ke entri ni sebab nak tengok video penderaan bayi tu
minta maaf, tak ada kat sini
sila ke FB atau Youtube...masih boleh dicari
walaupun petang tadi ada yang tak boleh akses dah

PssssT:
andai kalian nak baca kes ini dari sudut berbeza,
silalah baca blog sdr Hazrey ...aku suka cara dia berfikir dan tanganinya
Yup! sila positif dengan segala apa yang berlaku
baru awet muda!



5 ulasan:

eelobor berkata...

Mana ada kementerian kebajikan masyarakat akak weiiii. Itu JKM ler.... hehehehe, lagi pun hati2 dgn penyebaran video sbb dalam akta kanak2 2001 di bawah seksyen 15 ada larangan rasanya. Kalau salah tlg betulkan balik

anyss berkata...

Eelobor: Errrr sudah tukar ka? hu huhu pinjam ayat raVi jab

eelobor berkata...

huhuhu...sudah tukar maaa

Unknown berkata...

mmg ramai y mengamuk petang semalam...

anyss berkata...

Kak Ayu: sokong la masyarakat kita yang prihatin tu hingga 300 report polis diterima, takat nak menampal senarai fauna kat FB maki hamun segala...tak ada kesanpun. Hanya buatkan orang lain tak respek kat kita yang nampak bukan main sopan santun tapi bila di alam maya lupa nak kontrol ayu ;)