Rabu, 2 November 2011

Mengenang Pejuang Kemerdekaan Mengunjungi Tugu Negara

Dah 54 tahun Malaysia merdeka
pernah tak sekali dalam hidup ni
pergi tengok berhala di sebelah Taman Tasik Perdana di Jalan Parlimen?
dah sampai Tugu Negara?

Tugu Negara ini didirikan sebagai monumen
mengenang para pejuang yang gugur saat perang
Terdapat 7 patung pejuang Malaysia
terbuat dari perunggu yang dibuat oleh Felix De Weldon

Jenguk dari jauh je!

aku secara personal, belum pernah lagi
terpacak tegak menengoknya berhala patung Tugu Negara tu
masa sekolah menengah dahulu
tak sempat nak melompat-lompat terlari-lari anak kangroo
kat depan tu sebab masa itu
banyak sangat tempat rombongan kami pergi
bas pula parking entah mana-mana
dek teruja terkagum terjakun segala dengan kehebatan negara
tak sedarpun tak terpergi Tugu Negara.

bila berkesempatan bawa budak-budak empat orang tu
melawat sambil belajar jelajah KL pada hujung minggu
sebagai hadiah berkelakuan baik dan senonoh
sepanjang minggu, maka berkelanalah
menjelajah segenap ceruk dan lokasi
termasuk Tugu Negara nan terpacak kaku sejak dulu.

“Angah nak tengok je, tak mahu ambil gambar…
dosa ambil gambar dengan patung” tuuuuuuu dia,
hambek, kau! tak terkata mak cik!

mereka sahaja pergi tengok berhala Tugu Negara tu
aku pergi beli minuman
penat seharian jelajah semua tempat
terlari-lari dalam kepanasan cuaca
hanya 10 minit sahaja singgahan kami di sini
cukup sekadar pembelajaran di lapangan
setelah menelaah buku teks.
sesuailah kan untuk kanak-kanak sekolah kan?

2 ulasan:

eelobor berkata...

banyok nyo hadioh berkelakuan baik... pahnim gi melawat mano pulok?

anyss berkata...

Eelobor: sekali harung je tu...kan tempat tu dekat2 je. Hanya asing dalam entri je. Ahad lepas ke perpustakaan negara...weekend ni balik kampung. Cuti sekolah nanti nak berkampung dalam perpustakaan je ;)