Selasa, 29 November 2011

Aku Dah Menikmati Kemerdekaan


Dah Selasa. Cepat kan masa berlalu?
tak puas lagi qada tidur, dah kena kerja pulak
walaupun aku memang nak masa cepat berlari
namun pada masa yang sama,
nak juga masa jangan berputar
sangat banyak kerja aku belum siap
sangat banyak kerja aku bertimbun aku kena siapkan secepat mungkin
secepatnya!

Sabtu lepas, kakak dan abang ipaQ dah jejak kaki tanahair
alhamdulillah, balik dari tanah suci dengan ceria
dengan sihat juga
aku juga ceria sesangat walaupun memang letih

Jumaat malam, ambil budak-budak 4 orang tu
balik rumah mereka semula
siap dengan sayur dan lauk untuk masak esok
ingatkan semuanya dah makan, tak payah masak lagi
sebelum sampai rumah
ada yang mengadu belum makan
nasi dah habis rumah Pak Teh dia orang

walaupun badan dah berpeluh seharian
melompat sana sini ke hulu ke hilir dari pagi
kena juga tanak nasi dan goreng ayam kicap
setengah periuk langsai
bukan sebab masakan tu sedap
tapi perut dia orang yang kebulur.

esok pagi-pagi buta aku dah terpacak depan KLIA
setelah berkali-kali penerbangan kembali tertunda
akhirnya jam 6.40 pagi mereka mendarat juga.
jam 9 lebih baru sampai Semenyih
terus bertanjak silat berpancak bergusti di dapur
hanya ikan rebus dengan budu, sayur dan ulam timun
serta ayam goreng kicap yang sengaja aku banyakkan semalam
berselera pak haji dan mak haji makan
bertambah sakan, sebabnya: budu dan ikan rebus
dah terlalu rindu, lama tak jumpa

Jam 12.30 tengahari, hantar mereka semua ke KLIA sekali lagi
semuanya balik kampung
segala tanggungjawab yang aku pikul sepanjang 40 hari lebih itu
dah diserahkan semula
semua kad, duit, buku tabung haji dan buku catatan
berserta resit berkoyan
dan resit-resit susu kambing untuk dikey in
dah aku serahkan semula
bahu rasa ringan
mata pula yang rasa berat.

semua dah selesai, dah tamat, dah habis
anak buah aku mesti serik kena tinggal dengan aku
maklumlah, makcik ni memang garang dan cerewet
makcik ni memang brutal hu hu hu
Ahhhhhhhh aku dah merdeka!
nak raikan hari kemerdekaan ini dengan qada tidur yang panjang
Ohhhhhh dah lama impikan saat ni
la la la

4 ulasan:

eelobor berkata...

bila anyss dah merdeka, maka akan tiada lagi entry jalan2 bowok anok buah muttar KL

azieazah berkata...

Amboiii Mak Menakan, rasa terlepas dari seksa?

tak baik you tauuuu....!

Siap ada claim resit segala bagai? hahahah best gak eh jadi baby sitter.

anyss berkata...

Eelobor: hu hu hu tau tak pa...makcik nak mutar gi KL wak gapo doh

anyss berkata...

Azieazah: semua resit2 tu sebagai sebahagian daripada bukti pembelian. Bukan untuk klaim, tetapi nak bagi sama atau lebih kurang sama dengan perbelanjaan. Duit dah pakai banyak, karang ada yang tak puas hati pulak kat mana perginya. Letak resit tu, nanti depa boleh semak apa ke bendanya makcik belanja.

mana tahukan, kot ler makcik ni termakan terlebih terambik duit belanja tu pulak. Bukan berkira tapi elakkan rasa tak puas hati kot nak timbul mana-mana. Orang kata, telus tu lebih baik.

siksa jaga anak orang dengan anak buah sendiri lain. Kita geram dan sakit hati kemudian marah sebab kita sayangkan depa. Sayang tu tak sama macam sayang anak orang lain yang kalau melebih memang orang akan hairan. Jadi, siksa tu payah nak zahirkan kerana semuanya berbaur ---> nak biar rasa macam tak patut sangat, nak keras sangat kang KEJAm pulak. Tu yang payah!