Selasa, 15 November 2011

Sayur Air Pucuk Midin dengan Keledek

masa balik kampung hari tu
dan la lari selongkar rak @ semak samun @  hutan belakang rumah
geledah bunga kantan untuk Cik Bintang buat laksa
apa daya Cik Bintang pulak lari pi Jakarta
tak dan buat laksa walaupun bunga kantan
sangat ceria pinknya berkembangan

sambil kutip bunga kantan
sambil juga tebas pucuk midin yang sangat menggiurkan daunnya
wahhhhh merah elok je warnanya
kecur liur nengok, apalagi…tebas mana yang sempat
angkut bawak balik rumah
dah lama sangat tak merasa kemanisan pucuk midin
bila sayur air dengan ubi setelo
orang kuala lumpur panggil ubi keledek hu hu hu
kalaulah ada kulat pusu (cendawan busut)
fuhhhhhh mabelesssss sensangat tu

kakak iparku nan manis itu
sangat teruja sebab ada teman makan benda sedap macam tu
bolehlah sama-sama menyebat
seperiuk tu kami melantak sampai tak hengat dunia
fuhhhhh akhirnya, tersandar tak boleh bangun hu hu hu
walaupun ini masakan kelasnya untuk rakyat marhaen
hanya layak untuk kami je
(ampunnn, tak ada gambar sebab teruja sangat nak melantak
dah ghaib masuk perut baru teringat hu hu hu)

resipi Sayur Air Pucuk Midin dengan Keledek adalah seperti berikut;
bahan-bahan:

secekak daun midin
sedikit daun cekak manis
secekak daun ubi kayu (kalau suka)
4-5 ketul keledek yang sederhana besar (potong berbentuk bulat)
(bentuk lain pun tak apa, ikut suka hati nak buat)
cendawan disiat ikut suka berapa besar (kalau suka nak letak)
gula dan garam secukup rasa
semangkuk air
cili api (ikut suka berapa banyak) diketuk atau potong
bawang putih (boleh letak bawang merah kalau nak) di ketuk (mayang pun boleh)


cara masak:

masukkan air dalam periuk bersama bawang dan cili
masukkan keledek siap potong dan didihkan
masukkan garam dan gula
(kalau aku, dah tak letak gula sebab isi keledek dan manis
tapi orang Kelate yang lain akan letak gula sikit hu hu hu)
bila ubi empuk sikit masukkan cendawan dan semua daun-daun tadi
bila dah masak, boleh angkat!


hu hu hu resipi sihat cara tradisi
macam ikan singgang jugak la la la
memang aku suka gila-gila la la la
nasib baik masih waras
tak sempat gila walaupun dah habis seperiuk
sebat sayur air pucuk midin bersama keledek


4 ulasan:

Arizakiah berkata...

Ha..ha..ha...sampai tak boleh bangun....sedapnya ngirup sayur tu...kalau mummy masak sayur pucuk midin tu mummy letak lada hitam dan tak letak gula pun.....

kalau anyss nak ke Taman Perbandaran Tengku anis tu mudah je...tak jauh dari kota Bharu..anys kena melalui jalan kota bharu - pengkalan chepa...terletak di Tanjung chat. 10 minit je dari kota bharu....

anyss berkata...

Arizakiah: letak lada hitam best juga, terasa lada hitamnya. Terima kasih, mummy dengan maklumat taman tengku anis tu, insyaAllah ada peluang balik kg nanti kita pergi reramai ;)

Kalamhati berkata...

assalam..

cantik pic tu..anyss org klate gak ko?

anyss berkata...

Kalamhati: selamat datang. terima kasih. saya memang kelate TOTOK tapi balik kampung musim raya je...tak pun kalau kena outstation sana ;)