Ahad, 13 November 2011

Telah Kutinggalkan Kota Indah Ini

Tiga hari menghuni di sini
penuh dengan kesibukan sempena
sambutan hari keputraan Sultan Kelantan
Sultan Muhammad ke V yang berlangsung pada tarikh nan indah
11.11.11



di sini semua penerima pingat kebesaran menghuni
aku yang tidak gemarkan suasana ramai orang
rasa sedikit tidak selesa

petang semalam, kekalutan, kesibukan dan suasana yang sibuk itu
telah kutinggalkan
ketika semua para penerima anugerah kebesaran
pulang semula ke hotel penginapan
jam 3.30 petang
sementara aku kalut mengejar belon balik Bangi

Ahhhh bumi Serendah Sekebun Bunga Cik Siti Wan Kembang
akhirnya kutinggalkan tanpa sempat jumpa
Kuih Peria (Wah Puya)
hanya sempat mengadap Tapai Ubi Kayu Goreng
dan sarapan Nasi Dagang di hotel berbintang-bintang
tanpa rasa sejati nasi dagang yang kuimpikan.

2 ulasan:

eelobor berkata...

ilir dio...kelik kappom dok hotel nah. jarey2 berlaku nih

anyss berkata...

Eelobor: la la la ----> biarlah daku yg cipta rekod tu hu hu hu