dunia
blogging adakalanya sangat aneh
ramai yang
seronok bila folower ribu riban
padahal
bukan semua orang yang ikut kita tu
datang
setiap hari baca apa yang kita tulis
atau ada
juga yang sangat kembang hidung
bila setiap
entri dapat komen juta-juta lemon
walaupun
catatannya sekadar dua patah kata
mengatakan
“sibuk hari ni”
ada juga yang sibuk menarik trafik datang berbondong
setiap hari
kalau kalian
mengharapkan
aku sentiasa
meninggalkan komen setiap kali menjengah blog
lupakan
sahaja dahulu
kerana
jarang benar angin ingin menonjol diri menghasut
hati
ada masa
kalian tak akan tahupun aku jengah
sampaiku
tanpa log in pun
hanya dapat
dikesan ip adress sahaja
itupun sentiasa berbeza IPnya dari tempat berbeza juga
mana aku ada IP yang tetap hu hu hu
itupun sentiasa berbeza IPnya dari tempat berbeza juga
mana aku ada IP yang tetap hu hu hu
yang utama,
daku tahu perkembangan rakan-rakan
biarpun
nampak macam skodeng tanpa salam
biarpun
tanpa komen
tidak
bermakna daku tidak sampai ke blog kalian
ada masa
menjadi bisu lebih indah
dari riuh
berkicau
ada masa
menjadi senyap itu lebih mesra
berbanding
menabur bisa sepanjang langkah
Bila tak
komen, bukan bermakna aku tak baca
paling
utama, khabar kalian daku tahu
andai suatu
hari
kalian rasa
memerlukan khidmatku
memerlukan
pandangan dan bantuan fikirku
usah segan
untuk sms (bagi yang ada nombor telefon)
usah takut
untuk emel atau tinggalkan pesan di FB
insyaAllah,
selagi daku masih temanmu
biarpun
hanya di maya alam
takat
terdaya akan diusahakan.
Bila tak
komen, bukan bermakna aku tak baca blog kalian,
ingat tu!
Selamat berhari Jumaat
PsssT: SEPATUTNYA tengah malam semalam (pagi sebenarnya), kakak, abang ipar dan ibu bapanya sudah selamat tiba di tanahair. Sangat gembira. Kuasa telah kuserahkan semula. Aku dah BEBAS! Yahuuuuuuuuuuuuu! TAPI...tunda. Tak tahu bila tarikh yang pasti. Huh! dah tak sabar sangat-sangat ni!
8 ulasan:
hehehe...blogi ni tetap di skodeng bila ada entri2 baru. kekadang terjah baca entri2 lama. mana la tau kut2 jumpa kebun droyan... kan???
Eelobor: skodeng entri tak apa, jangan skodeng tuan blog ----> besar masalahnya tu nanti ;)
pakcik tahu .. contohnya semalam kurang seorang nak sampai seribu pelawat blog pakcik .. tapi yang komen berapa orang je.
tapi betul ke awak ada skodeng blog pakcik ? tak jawab pun tak pe ! hehe
Al-lavendari: terima ksih memunculkan diri jua akhirnya di bahagian komen ni ;). bila tanya macam tu, maknanya...macam pernah tahu saya skodeng blog tu kan?
Kakcik pun kadang2 buat perangai macam tu juga. Pergi ke blog orang senyap2, kemudian keluar juga senyap2. :)
Sekarang ni, ruang komen blog kakcik pun jarang kakcik jawab, tapi kakcik tetap baca.
bab bab menyekodeng tanpa komen ni selalu juga saya buat. sebab kdg tu siyes taktau nak komen apa.
betul tu. ramai yang suka bila nampak follower bnyk, tp yg dtg bca sikit je. contoh terbaik blog aku tu
MokYang tahu!!
Catat Ulasan