Dah 54 tahun Malaysia merdeka
pernah tak sekali dalam hidup ni
pergi tengok berhala di sebelah
Taman Tasik Perdana di Jalan Parlimen?
dah sampai Tugu Negara?
Tugu Negara ini didirikan sebagai
monumen
mengenang para pejuang yang gugur
saat perang
Terdapat 7 patung pejuang
Malaysia
terbuat dari perunggu yang dibuat
oleh Felix De Weldon
Jenguk dari jauh je! |
aku secara personal, belum pernah
lagi
terpacak tegak menengoknya
berhala patung Tugu Negara tu
masa sekolah menengah dahulu
tak sempat nak melompat-lompat
terlari-lari anak kangroo
kat depan tu sebab masa itu
banyak sangat tempat rombongan
kami pergi
bas pula parking entah mana-mana
dek teruja terkagum terjakun
segala dengan kehebatan negara
tak sedarpun tak terpergi Tugu
Negara.
bila berkesempatan bawa
budak-budak empat orang tu
melawat sambil belajar jelajah KL
pada hujung minggu
sebagai hadiah berkelakuan baik
dan senonoh
sepanjang minggu, maka berkelanalah
menjelajah segenap ceruk dan
lokasi
termasuk Tugu Negara nan terpacak
kaku sejak dulu.
“Angah nak tengok je, tak mahu
ambil gambar…
dosa ambil gambar dengan patung”
tuuuuuuu dia,
hambek, kau! tak terkata mak cik!
mereka sahaja pergi tengok
berhala Tugu Negara tu
aku pergi beli minuman
penat seharian jelajah semua
tempat
terlari-lari dalam kepanasan
cuaca
hanya 10 minit sahaja singgahan
kami di sini
cukup sekadar pembelajaran di
lapangan
setelah menelaah buku teks.
sesuailah kan untuk kanak-kanak
sekolah kan?