Hari ni dah
17 november 2011
terlalu
cepat rasanya masa berlalu
dah pun
sampai hujung tahun
padahal, aku
masih lagi cuti rehat untuk tahun lepas
adusssssssssssss!
hidup ni memang kelam kabut kan?
hidup aku
je... hidup orang lain aman damai!
hari ini
juga keputusan UPSR akan diumumkan
semua
pelajar yang terlibat tengah berdebar-debar menanti
lagi kalut
ibu bapanya
jadi…kepada
semua pelajar yang mendapat keputusan peperiksaan cemerlang
dalam
peperiksaan UPSR 2011
tahniah
diucapkan
tahniah juga
kepada ibu bapa mereka
juga
guru-guru mereka
tanpa
gabungan usaha semua pihak
kejayaan tak
akan digapai sebegitu
namun,
kepada yang mendapat keputusan tidak seperti diimpikan
(ucapan
skima memang macam ni…)
ini bukanlah
noktah hidup ya adik-adik
baru darjah
enam
masa masih
panjang untuk bergelar pelajar
masih boleh
cuba dengan lebih baik
dalam
peperiksaan penting pada masa depan ya
jangan bunuh
diri pulak!
ketika entri
ini disiarkan
daku tengah
beratur bersama budak-budak kat sekolah SRK Rinching
untuk
sama-sama dapatkan keputusan UPSR 2011
siapa kata
orang belum kahwin tak boleh ada momen
menerima
keputusan UPSR hu hu hu
Opsssss! ini
bukan bermakna
aku ada anak
luar nikah
anak itu ada
mak bapaknya tengah keliling Kaabah
sebelum
balik minggu depan
hah????
minggu depan?
wahhhhhhhh
tak sabar nak tungu hujung minggu depan
aku pulak
yang lebih kan?
dia orang ni
nampak macam biasa aje pun!
7 ulasan:
SALAM,
BAGUS TU, CARING !
wah..
pengganti ya??
moga resultnya baik2 sahaja..
pasti ibubapa pulang ke malaysia dari tanah suci turut ceria..
amin..
LP: Wsalam. Dah tanggungjawab, kenalah laksanakan. Lagipun, anak buah sendiri juga.
Kak Ayu: Kena jadi mak untuk 4 orang anak buah. InsyaAllah, minggu depan mak bapak dia orang, mesti hepi punya ----> ada banyak sebab untuk hepi ;)
Alhamdulillah...anak saudara juga dapat keputusan yang baik juga untuk exam nih
Mak buah macam kena attend kursus tadika kat nurseri plak, kan? hehehe
takpa... budi baik dibalas baik nanti.
Azieazah: hu hu hu semua kursus kena pi dari kursus masak, kemas rumah sampai keibubapaan....adusssss! orang lain dapat anak seorang demi seorang, daku ini dapat serentak pakej 4 hu hu hu
Catat Ulasan