alhamdulillah,
masa bang subuh berkumandang di bumi Semenyih
aku baru
emelkan kerja yang sepatutnya kena hantar dua hari lepas
ohhhhhh!
sila jangan ikut perangai kelam kabut ni
hingga
terbabas hari
Errrr….bukan
selalu ke buat macam tu hu hu hu
macam
manalah nak jadi pekerja cemerlang kalu gitu
ya tak?
dah tu, bila
boss tak nak naikkan pangkat
moncong
panjang sedepa pulak kan hu hu hu
semalam,
keputusan peperiksaan UPSR 2011 telah diumumkan
lencun basah
berjeruk bermandikan peluh
aku menunggu
di sekolah angah
tak pergi,
kesian pulak kat dia
dah lah kena
tinggal dek ayah dan ummi
ada makcik
seorang pun liat nak pergi dan
kongsi suka
duka terima keputusan peperiksaan pertama
dalam
hidupnya
jadinya,
biarpun aku tersangat banyak kerja nak kena siap
nak kena
hantar cepat juga kerja tu
aku gagah
juga pergi sekolahnya
dan alami
suasana riang ria duka nestapa
kanak-kanak
ribena dan mak bapak ribena juga
ramai
anak-anak tak kesah sangatpun pasal keputusan tu
berseronok
dengan kawan-kawan untuk dua hari terakhir persekolahan
(namun, ada juga yang terlolong tak puas hati dengan keputusan mereka
ahhh...baru UPSR dik, akak dulu tak sedarpun dah TERPERIKSA,
sedar-sedar dah dapat keputusan hu hu hu)
malah, aku
nampak mak bapak mereka yang terlebih berdebar dan
tak sabar menunggu
jam dua
belas baru dapat keputusan dari cikgu di kelas masing-masing
lebih kurang
26 orang sahaja murid sekolah ni dapat 5A
73 orang
lagi 4A 1B
Angah?
Taklah tersenarai dalam 26 orang itu
tetapi
melayang jugalah duit bonus aku hujung tahun nanti
anak-anak
buah aku memang dah tahu
makciknya ni
akan menyumbang seratus ringgitbagi setiap
A
yang mereka kutip dalam peperiksaan penting sebegini
tahun ni…ohhhhhhh
agak kempis jugalah poket aku hu hu hu
(tak bolehlah aku joli beli telefon baru ek...)
Pada hari
terakhir sesi persekolahan ini
sekolah
angah adakan hari graduasi
huh! masa
aku sekolah dulu, mana ada benda alah begini
kenapalah
sekarang ni nak kena ada?
berapa juta
kali dalam hidup nak graduasi ni hu hu hu
anggap
ajelah itu pernyataan cemburu seorang makcik
yang akan
kehilangan masa qada tidurnya
dan
kekempisan poket juga biarpun dapat bonus
hujung tahun
nanti hu hu hu
jadinya, hari
ini…
aku akan
sama-sama dengan ibu bapa yang lain
yang ada
anak-anak sekolah tahun enam
ke sekolah
angah untuk tengok dia graduasi
bukan senang
nak ada pengalaman ni kan?
bukan semua
orang boleh ada pengalaman ni kan?
nak harapkan
anak aku akan graduasi ketika tahun enam
lambat sikit
nak harap sebab
nak cari calon untuk bapak kepada anakpun
tak sempat
hu hu hu