Sabtu, 20 Ogos 2011

Kena Sorok Hantu?

Orang kata bulan Ramadhan syaitan kena ikat
tapi, hari ni...hari Jumaat ni,
Sekarang ni bawah mood nak kongsi cerita seram
peristiwa ni aku alami sendiri
masa kat asrama sekolah aku dulu
boleh baca entri aku terdahulu aku pernah tulis

Orang tua-tua selalu kata
jangan main waktu maghrib
takut kena sorok dek hantu
tapi, ada aku kesah hal-hal sebegitu
sebab sejak kecil lagi dah terdidik
untuk tidak takut
walaupun ada kalanya akupun penakut juga
bukannya sepanjang masa berani


ketika peristiwa ini berlaku
aku tingkatan enam atas
hari itu aku demam agak teruk berbanding biasa
memang rasa nak baring aje
jadi aku minta kebenaran balik asrama
cikgu asrama dan warden benarkan
dengan syarat aku tidur di Bilik Sakit merangkap bilik seterika
bilik itu sepatutnya dikhaskan untuk Bilik Sakit Sahaja
tapi, sebab kekurangan tempat
pada masa sama dijadikan tempat untuk seterika pakaian
hanya ada satu katil sahaja
dipisahkan dengan satu meja untuk bezakan ruang seterika pakaian

biasanya sejak jam lima petang
hingga lampu perlu ditutup
akan sentiasa sahaja ada orang seterika pakaian kat sini
secara bergilir, seterika hanya satu sahaja
kena pandai-pandai cari ruang
kalau jam enam hingga maghrib dan jam sepuluh setengah hingga sebelas malam
waktu puncak, ramai orang ambil giliran

aku tertidur sangat lena
tak sedarpun orang bising berbual sambil tunggu giliran
tak terasa laparpun walaupun dah lepas waktu makan
bila terjaga dah lebih jam 11 malam
dah waktunya semua lampu ditutup kecuali di beranda

lama betul aku tidur
sejak jam sepuluh pagi hingga hampir tengah malam
bila balik ke katil sendiri
macam ada sedikit kecoh dalam dorm
rupanya dah heboh aku hilang
mereka dah cari merata tempat termasuk di Bilik Sakit
tapi tak jumpa, tak nampak pun aku baring tak sedar diri
tidur terbongkang kat situ
selama berbelas jam
tanpa makan tengahari, tanpa makan malam juga
Rasa-rasa kalian,
adakah aku kena sorok pada waktu itu?
ataukah mata mereka ditutupi hijab?
 

6 ulasan:

hana berkata...

erm..
mungkin dorang x sedar yg tgh tdo tu awak kot...

azieazah berkata...

Kecik sangat kot masa tu, terlindung dek bantal yang besar. Tu yang tak nampak. hehehehe

eelobor berkata...

keno susuk kor hatu k***k lanjuk kut

anyss berkata...

hana: selamat datang...
Mungkin juga. Tak ada siapa sedar saya tidur kat situ...maybe jugak sebab masa tu saya masih come lote lagi kot, sekarang ni dah jadi besau yang susah untuk orang tak nampak...nak sembunyipun payah la la la

anyss berkata...

Azieazah: hu hu hu gamaknyalah. Rindu nak jadi kecik macam dolu-dolu

anyss berkata...

Eelobor: Tutttttttttt! hu hu hu hantu lain tak leh ek?