Berikut sedikit maklumat untuk dikongsi bersama: Khusus untuk anak-anak negeri sembilan sahaja, kalau takat melintas sekali sekala di Nilai 3 tu...lupakan sahajalah ya hu hu hu
PERMOHONAN
PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN NEGERI SEMBILAN BAGI KURSUS PERINGKAT PhD,
SARJANA, IJAZAH SARJANA MUDA DAN DIPLOMA BAGI SESI PENGAJIAN 2011/2012
Permohonan
adalah dipelawa daripada anak-anak Negeri Sembilan Darul Khusus yang telah
ditawarkan untuk melanjutkan pengajian di institusi-institusi berikut untuk
dipertimbangkan tajaan pinjaman pendidikan Yayasan Negeri Sembilan bagi
mengikuti kursus peringkat PhD, Sarjana, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma:-
- Semua Universiti Awam Tempatan (IPTA)
- Semua Politeknik Tempatan (Kementerian Pengajian Tinggi)
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
- Tawaran adalah terbuka kepada calon-calon anag Negeri Sembilan ; atau
- Salah seorang daripada ibu/bapa kelahiran Negeri Sembilan ; atau
- Salah seorang daripada ibu/bapa telah menetap tidak kurang dari lapan (8) tahun berterusan di Negeri Sembilan. (Surat pengesahan daripada Ketua Jabatan/Ketua Kampung/Penghulu/ JKKK/Wakil Rakyat kawasan berkenaan hendaklah dilampirkan).
CARA MEMOHON
Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang
permohonan yang boleh didapati terus daripada Pejabat Yayasan Negeri SembiIan
dan melaluI laman web www.yns.gov.my.
PERINGATAN
- Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat tidak akan diproses.
- Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh 2 bulan dari tarikh tutup
- permohonan, hendaklah menganggap bahawa permohonan tersebut tidak berjaya.
PERMOHONAN DIBUKA;-
1 Jun - 31 Julai (bagi peringkat Diploma sahaja)
1 September - 31 Oktober (bagi peringkat PhD, Sarjana dan Ijazah Sarjana
Muda sahaja)
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:
BAHAGIAN PENDIDIKAN YAYASAN NEGERI SEMBILAN
TKT 11, BANGUNAN YAYASAN NEGERI SEMBILAN
JALAN YAM TUAN
70000 SEREMBAN
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
TEL:- 06-7628046 Website: www.yns.gov.my Email:
admin@yns.gov.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan