Berikut maklumat yang aku peroleh: 
Permohonan adalah dipelawa untuk memohon Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak bagi mengikuti kursus-kursus di peringkat Ijazah Sajana Muda di Institut Pengajian Tinggi Awam Tempatan bagi sesi pengajian 2011/2012. 
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN 
- Mendapat tawaran kemasukan atau mengikut pengajian bagi kursus-kursus di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institut Pengajian Tinggi Awam Tempatan secara sepenuh masa KECUALI kursus Doktor Perubatan, Pembedahan dan Pergigian;
 - Sedang dan akan mengikuti pengajian secara SEPENUH MASA;
 - Merupakan Warganegara Malaysia dan pemastautin tetap di Sarawak;
 - TIDAK mendapat sebarang penajaan atau pinjaman daripada mana-mana agensi lain;
 - TIDAK mengikuti pengajian di Institut Pengajian Tinggi Swasta; dan
 - Pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun yang bercuti belajar dan menerima Separuh Gaji atau Bergaji Penuh adalah TIDAK LAYAK memohon.
 
CARA MEMOHON 
Semua pennohonan hendaklah dikemukakan SECARA DALAM TALIAN (ON-LINE) melalui di laman web seperti berikut: 
http://www.sarawak.gov.myhttp://escholarship.sarawak.gov.myhttp://www.psc.sarawak.gov.my
DOKUMEN-DOKUMEN 
- Permohonan secara dalam talian yang telah diisi hendaklah lengkap dan tepat seperti yang tercatat dalam dokumen dan sijil asal.
 - Pemohon yang berjaya dipanggil temuduga DIWAJIBKAN untuk membawa bersama salinan asal DAN satu salinan fotokopi dokumen dan sijil yang berkaitan seperti yang telah DISAHKAN SEPERTI SALINAN ASAL dikemukakan kepada urusetia:
 - Salinan cetak borang permohonan secara dalam talian (Online Form);
 - Sekeping gambar berukuran paspot;
 - Kad pengenalan (MyKad);
 - Sijil kelahiran;
 - Salinan bank akaun/surat pengesahan akaun bank pemohon;
 - Slip gaji/penyata pendapatan ibu bapalpenjaga (sila rujuk iklan di lam an web);
 - Surat Tawaran kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam Tempatan (disahkan oleh Hal Ehwal Pelajar Institusi masing-masing);
 - Slip Elaun BersaralPenyata Pencen (jika berkenaan);
 - Sijil Kematian ibubapalSurat Asal Perakuan Cerai (jika berkenaan);
 - Sijil Kelulusan persekolahan: SPM/SPMV, STPM;
 - Sijil Akuan Ko-Kurikulum; dan
 - Salinan dokumen-dokumen lain yang berkaitan seperti: Sijil pendaftaran pemohon kurang upaya (OKU)/Surat pengesahan penerima bantuan Jabatan Kebajikan MasyarakatI Program Kesejahteraan Rakyat (jika berkenaan) dan lain-lain.
 
TEMPOH PERMOHONAN
Tempoh permohonan adalah dari 30 Julai 2011 (Sabtu) sehingga 28 Ogos 2011 (Ahad). 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan