Memaparkan catatan dengan label cerita seram. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cerita seram. Papar semua catatan

Sabtu, 20 Ogos 2011

Kena Sorok Hantu?

Orang kata bulan Ramadhan syaitan kena ikat
tapi, hari ni...hari Jumaat ni,
Sekarang ni bawah mood nak kongsi cerita seram
peristiwa ni aku alami sendiri
masa kat asrama sekolah aku dulu
boleh baca entri aku terdahulu aku pernah tulis

Orang tua-tua selalu kata
jangan main waktu maghrib
takut kena sorok dek hantu
tapi, ada aku kesah hal-hal sebegitu
sebab sejak kecil lagi dah terdidik
untuk tidak takut
walaupun ada kalanya akupun penakut juga
bukannya sepanjang masa berani


ketika peristiwa ini berlaku
aku tingkatan enam atas
hari itu aku demam agak teruk berbanding biasa
memang rasa nak baring aje
jadi aku minta kebenaran balik asrama
cikgu asrama dan warden benarkan
dengan syarat aku tidur di Bilik Sakit merangkap bilik seterika
bilik itu sepatutnya dikhaskan untuk Bilik Sakit Sahaja
tapi, sebab kekurangan tempat
pada masa sama dijadikan tempat untuk seterika pakaian
hanya ada satu katil sahaja
dipisahkan dengan satu meja untuk bezakan ruang seterika pakaian

biasanya sejak jam lima petang
hingga lampu perlu ditutup
akan sentiasa sahaja ada orang seterika pakaian kat sini
secara bergilir, seterika hanya satu sahaja
kena pandai-pandai cari ruang
kalau jam enam hingga maghrib dan jam sepuluh setengah hingga sebelas malam
waktu puncak, ramai orang ambil giliran

aku tertidur sangat lena
tak sedarpun orang bising berbual sambil tunggu giliran
tak terasa laparpun walaupun dah lepas waktu makan
bila terjaga dah lebih jam 11 malam
dah waktunya semua lampu ditutup kecuali di beranda

lama betul aku tidur
sejak jam sepuluh pagi hingga hampir tengah malam
bila balik ke katil sendiri
macam ada sedikit kecoh dalam dorm
rupanya dah heboh aku hilang
mereka dah cari merata tempat termasuk di Bilik Sakit
tapi tak jumpa, tak nampak pun aku baring tak sedar diri
tidur terbongkang kat situ
selama berbelas jam
tanpa makan tengahari, tanpa makan malam juga
Rasa-rasa kalian,
adakah aku kena sorok pada waktu itu?
ataukah mata mereka ditutupi hijab?
 

Isnin, 25 Julai 2011

Cerita Hantu Masa di Asrama Sekolah


pernah tinggal di asrama tak?
pernah dengar tentang cerita-cerita hantu di asrama kalian tak?
pernah kena ganggu tak?

aku sempat tinggal di asrama masa tingkatan enam Atas
itupun sebab sekolah di Kota Bharu
masa enam Rendah, aku sekolah petang
sempatlah melenggang lenggok macam itik pulang petang
jam 11 pagi dah turun dari rumah
bila sekolah pagi
jam enam dah kena berkayuh basikal (bukan sampan ya!)
Ohhhhh bangun pagi itu yang sangat mendukacitakan tu

selalu juga dengar cerita-cerita seram
disampaikan rakan-rakan yang tinggal di asrama sejak tingkatan satu
(lama gilaaaa tinggal asrama!)
tapi aku buat dakkkk je
aku sangat percaya satu perkara
hantu syaitan hanya boleh ganggu je
bukannya boleh ambil nyawa kita
mana ada sesiapa yang mati sebab gangguan depa ni
melainkan sebab lain: sakit jantung, kemalangan sebab terbabas
bukannya sebab kena cekik sampai mati ke apa
sebabnya: hanya Allah sahaja yang boleh cabut nyawa manusia
Jadinya, aku tak takut hantu
itu kalau benda ni tak tunjuk wajah hensemnya
kalau tunjuk kat aku
mau pecut 200 km sejam (sama laju dah kot dengan boeing!)
Lagi pula benda-benda ni hanya suka kepada orang-orang yang
sangat penakut dan sangat berani yang bercakap besar tu
sedangkan aku hanya orang yang berada
dalam kategori tengah-tengah
nak kata penakut, sebenarnya berani
nak kata berani (tapi tak cakap besar) ada masanya penakut juga.
Kategori orang macam ni
hantu sangat menyampah nak usik
salah masa usik, hantu tu pulak terpaksa lari
aku baling dengan kasut
itu belum kira lagi aku latah ajak dia menari inang!
hantu baca entri ni, mesti dia bengang hu hu hu

Ini hanya intro sahaja
aku akan sambung dalam entri yang lain
tentang sebegitu banyak cerita hantu
yang aku alami masa di asrama sekolah dulu
kalau aku tulis lagi dalam entri yang sama
mau boleh jadi empat ekar panjangnya.
Tunggulah entri akan datang ya...akan bersambung!