Selasa, 5 Julai 2011

Mengapa Menulis Blog?




mengapa kalian menulis blog
asalnya mungkin suka-suka
tak rasa nak serius
kemudian jatuh cinta
akhirnya…ketagih!
pernah berlaku begitu?

Mengapa menulis blog?
mulanya aku punya blog ini
sebab orang lain
ada blog
lalunya tanganpun gatal buat blog
dah ada blog
akupun menulis
dan menulis
hanya sebab ada blog

kemudiannya blog ini menjadi medan
luahan rasa
lebih banyak rasa geram
rasa sakit hati
seluruh rasa yang mengepung dalam dada
rasa tak puas
yang mencengkam dada
rasa benci juga
sebabnya
rasa yang tak terurus itu boleh buatkan aku gila
macam tak tengok filem Merong Mahawangsa
nak mengamuk atau sepak orang
tak mustahil juga boleh
bunuh orang
(sila jangan bunuh orang…bukan kita je nak hidup
orang lainpun nak juga hidup)
statistik orang sakit mental di Malaysia
makin hari makin bertambah
usah tersenarai sama

akhirnya aku rasa lelah
melayan perasaan
bukankah hidup ini untuk dinikmati
bukannya mencari salah orang
bukan untuk membenci juga
kan bagus buang ion-ion negatif dalam badan
dalam otak
dalam minda
tukarkan menjadi ion-ion positif
yang mengembirakan
mengujakan
carilah keseronokan yang membahagiakan
bukankah kita yang menentukan
apa yang diingini?

Lalunya blog ini juga turut berubah
hanya mencatatkan keseronokan hidup di dunia
apa yang aku suka
hanya sesekali sahaja terisi rungut
itupun dalam singgung yang jarang disedari
selainnya adalah
apa yang aku suka buat
apalagi kalau tidak berjalan
melihat keunikan Dhaka yang tak pernah ditulis orang lain
  buat macam kampung halaman sendiri 
 menapak di Bandung
atau sebilangan lokasi dalam negara
menjelajah tempat-tempat yang tak istimewapun buat orang lain
namun besar ertinya buat aku
indah dan mesra di hati
terpenuh tampalan kenangan manis
dan foto yang tak seberapa
hingga ada yang anggap
aku gila menunjuk
pergi merata
padahal
semua info itu perkongsian yang memberi maklumat
kepada orang lain
yang teringin sama menikmatinya
padahal juga
bukan semua tempat singgahan kaki ini
ada tampalannya di sini
agar tidak terusan daku diomong
terusan gemar pamer segala
(Waduhhhhh! sejak terjebak dengan Kitab Cinta
daku sudah tersampuk bicara syahdu sama Wali deh!)


ada aku kesah apa orang kata?
sejak azali aku tak mudah peduli
dengan kata orang
Lalunya, mengapa menulis blog ini?
tarik trafik?
taksub nak glamer?
gedik?
getis?

aku menulis sebab aku memang suka menulis
berapa panjangpun aku boleh tulis
makin dibiar
makin banyak yang ditulis
walaupun
masa sangat cemburukanku
biarpun
waktu teramat padat perlu diisi
akhirnya
bentuk beginilah gaya blog ini
yang ada kala memang puisi indah
ada masanya hanyalah leteran bak puisi
agar aku boleh kementotkan tiap patah kata
pendekkan ayatnya
padatkan isinya
dan
jimatkan masa menulisnya
hingga siap target
yang lebih perlu
disegerakan.

kalau gila trafik
aku tulis je blog lucah
boleh saja blog politik untuk tarik SEO

aku tampal aje gambar perempuan tanpa pakaian
atau cerita skandal sana sini
hasutan merata alam
fitnah merata tempat
provokasi pihak tertentu

aku menulis blog ini
hanya kerana aku memang benar-benar
suka menulis
bukan sebab sesiapa
bukan sebab
lain.

maka
seperti inilah blog ini
mengapa kalian menulis blog?


~~Anyss~~
Jun 2011
Bandar Baru Bangi

17 ulasan:

Pembayar cukai berkata...

eh..nak tau cara tambah pendapatan dari blog, facebook dan twitter?? klik sini http://www.churpchurp.com/godribble/share/thenightrace

eelobor berkata...

eh...eh...eh....kita sependapat ler. huhuhuuhuh

kindergartenlibrary berkata...

kalau nelly , tetap suka2 .. hehehe

follow u here !
:)

cikgu berkata...

mcm best je..cf follow la..hehe

Marya Hana berkata...

tulis blog utk kongsi pengalaman dengan kawan2 .. :)

1st time singgah sini..

http://yayahana.blogspot.com/2011/07/sebab-sebab-anonymous-bersarang-di-blog.html

Ken Wooi berkata...

i blog untuk share experiences and thoughts :)

Anaasuria berkata...

ye la anyss, masing2 blogger punya alasan tersendiri.. saya start dulu pun, sebab boring teramat sangat takde kerja kat ofis.. so nak nampak look like busy typing, buat ler blog.. then, sebab kedua pulak ialah untuk entertain hubby kat ofis.. bila dia boring kat ofis, dia akan terhibur baca my blog... lain sebab tarak.. tu sebab, tarak citer lain dalam blog, asyik citer anak2, asyik2 citer anak2...

AuthorBlog berkata...

salam datang melawat n follow...
jom klik sini jika berminat...

http://darulamanku.blogspot.com/2011/07/apa-tujuan-anda-membina-menulis-blog.html

anyss berkata...

iQbal: waaaaaa leh wat tabung GAJAH ni ;) Selamat datang iQbal ;)


Eelobor: Hu hu hu macam nak suh pangkah musim ngundi plak ya

anyss berkata...

Nelly: Selamat datang...sila singgah lagi kemudian hari.

kira mantap jugalah sebabnya tu, tak berubah

anyss berkata...

Fad: selamat datang cikgu...terharu betul bila cikgu terjah blog ni

anyss berkata...

Marya hana: Selamat datang Marya...terima kasih sudi singgah. Jangan lupa terjah lagi lain kali ya

anyss berkata...

Darulamanku: selamat datang dan terima kasih dengan kunjungan.

shameel Iskandar berkata...

syukur sbb kita sehaluan dlm berblog. bukan traffic yg dikejar dan bukan seo yg dicari. juga,bukan populariti yg ditagih.cuma paling ptg berblog utk melebar luaskan wilayah persahabatan.

azieazah berkata...

Sampai sekarang Mokyang belum tahu apa itu SEO!

anyss berkata...

Shameel: Selamat datang. Alhamdulillah...takat yang ada je. Ada jugak la dok acu try test apa ke benda yang orang dok heboh2, takat ni untuk pengetahuan je, belum terjebak lagi dalam aktiviti gila glamer atau tarik trafik

anyss berkata...

Mok Yang: tahun depan baru saya belajar pasai SEO ni...Leh gitu? dah khatam nanti saya kongsi hu hu hu