Ahad, 31 Julai 2011

Resipi Ikan Singgang Kelate Versi Anyss


Hari ni hari skodeng anak bulan
kita akan tahu
Tarikh puasa untuk tahun ni
kita tunggalah ya pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-raja
Isnin atas Selasa akan mula puasa Ramadhan
Kalau Isnin kan best…tak sabar ni

Sempena Ramadhan nan mulia ni
Apa kata aku bagi resipi paling mudah seanterio alam ni
Sesuai jugak untuk berbuka puasa;
Hidangan berkhasiat untuk perut yang kekosongan sepanjang hari;
Tadaaaaaaaaaaaaaaaa resipi Ikan Singgang
versi aku punya (aku je masak ikan singgang gaya gini!)


Yummyyyyyy Hirup kuah hingga menjilat siku!

Bahan-bahan untuk masak Ikan Singgang

2 ekor ikan kembung sederhana besar, Boleh juga guna 4 ketul ikan tongkol (ikan Aya)
5-6 keping lengkuas
2-3 keping asam gelugur
2-3 kuntum bunga kantan (dibelah dua)- aku sorang je buat ikan singgang letak bunga kantan sebab aku memang suka rasa bunga kantan.
1-2 ulas bawang putih (dimayang)
1-2 ulas bawang merah (dimayang)
1 labu bawang besar yang sederhana (dipotong)
Cili padi (sesedap rasa berapa banyak). Boleh juga letak cili besar.
Tomato kalau suka.
Sayur: seperti bendi, karet, putik jagung, cendawan (ikut citarasa)
Air (sesedap rasa berapa banyak)
Garam secukup rasa


Cara-cara Memasak Ikan Singgang


Masukkan air dalam periuk bersama lengkuas, asam keping (gelugur), bawang merah, bawang putih. Masak hingga mendidih.
Masukkan bawang besar, cili, bunga kantan, garam.
Masukkan sayur (ikut jenis sayur. Kalau karet atau putik jagung perlu masukkan awal supaya empuk. Kalau cendawan dan bendi, dah nak masak baru masukkan).
Masukkan ikan. Didihkan hingga ikan masak dan sayur empuk.
Akhir sekali masukkan tomato dan tutup api.
Tutup periuk. Biarkan tomato masak dengan wap dan air yang panas itu.


Selamat mencuba.

Walaupun orang tak pandang pun masak singgang ikan sebegini, tapi aku paling suka…hingga menghirup kuah srup! srup! Jangan risau kalau ikan tersebut tak dapat dihabiskan terus. Boleh hangatkannya hingga beberapa hari. Kuahnya yang sedikit masam itu akan menyerap masuk ke dalam ikan. Ikan berkenaan sangat sedap kalau digoreng. Dah cuba baru tahu, tapi…awas! Goreng ikan singgang sangat mencabar sebab ikan berkenaan akan meletup-letup masa digoreng. Jadi kena tutup kuali sepanjang masa goring ikan berkenaan. Selamat mencuba!

6 ulasan:

eelobor berkata...

huhuhu, sedak make nga budu nih.

anyss berkata...

Eelobor: letak wah duye 2 ulas dalam budu, campur lada burung 2-3 butir...fuhhhhhhhhhh!

dina berkata...

aku tengok pun terliur, rs nak buat... tambah2 tengok munga kantan tu... sedapnya kalau kunyah2... huhuu

Citarasa Rinduan berkata...

salam ramadhan untuk Anyss........

kak ambil kesempatan nak mohon kemaafan andai spjgn persahabatan y terjalin, kak ayu ada terkasar bahasa penulisan terhadap kamu

dik, nampak menyelerakan singgang versi kamu tu...
sure masam2 rasanya.. aduh!!!
kak nak cubalah..

anyss berkata...

Dina: hu h u hu aku sorang je kot letak bunga kantan dalam ikan singgang, sebabnya, banyak sangat benda ni kat belakang rumah aku di kampung tu...BESAR dan Segar pulak. Bila tak letak, rasa macam kurenggg sesuatu.

Versi orang lain tak ada bunga kantan tu kot hu hu hu

anyss berkata...

Kak Ayu: Salam ramadhan untuk akak juga. Sama-samalah kita buang segala toksid dalam hati, buang sahaja mana-mana yang terkecil dan terasa hati, tersinggung rasa...hati akan lebih tenang tanpa aura negatif kan, kita mulakan dengan 0-0 ya...sama-sama memaafi satu sama lain walaupun raya lambat lagi.

Akak masak mesti lagi sedap...tangan orang pandai masak ni aura dia lain. Saya masak campak-campak je...