Selasa, 17 Mei 2011

Untuk Seorang Bekas Sahabat

Usahlah terlalu takbur membuat pengakuan
“Kaulah sahabat aku dunia akhirat”
andai di duniapun
dikau tak mampu menjadi teman terbaik

aku tidak mengharapkan
buah tangan tiap kali kembali dari kampung halaman
tidak jua kudambakan
hulur belanja saban kali bertemu
atau longgok hadiah kala menyambut ulang tahun

hanya sekadar
sapa ikhlasmu tanyakan khabar
hanya setakat
pengertianmu tiap kali
daku terkedu dalam simpuh ratap
onak kehidupan
aku hanya harapkan
telingamu mendengar bisik hati tak henti kata
atau fikirmu
saat diri dibelenggu keliru

aku hanya dambakan
bahumu buat bersandar harapan
jarimu untuk mengesat si air mata
diammu menemani duka
dan doamu mententeramkan jiwa.

Usahlah terlalu takbur membuat pengakuan
“Kaulah sahabat aku dunia akhirat”
andai di duniapun
dikau tak mampu menjadi teman baik


~~Anyss~~
16 Mei 2011
Bandar Baru Bangi


PsssT: terima kasih kepada kalian yang mewargai duniaku. Terima kasih kepada Cik Bintang yang sudi menjadi sebahagian daripada cerita hidupku. Terima kasih jua kepada mereka yang pernah lelaskan hati ini, tetap diingat jadi sandaran dan mana letaknya diri.

PsssT: Bila hati berkata-kata, sekalipun berat...itulah hakikatnya. Untuk apa menafikan sebuah ciretera yang tidak semanis mana. Usah jua menafikan betapa hati tidak pernah terdera, sebuah pengakuan jua sukar dilafaz biar sedaya mahu ditolak kenyataan nan perit.

PsssT: Selamat bercuti sempena Hari Wesak. Aku? Kena kerja keras sepanjang hari cuti ini...

10 ulasan:

iDAN berkata...

Anyss: "sapa ikhlasmu tanyakan khabar" perkataan ini jua terkadang amat resah di hati abg, kenapa kita tetiba mahukan teman berbicara.

jika masih berkerja mungkin dapat kita sapa rakan yang kita rasa rapat dengan kita, bila telah bersara cubalah Anyss bayangkan nak berceritera dengan siapa?.

eelobor berkata...

selamat bercuti untuk saya dan selamat bekerja keras untuk cik anyss

Cetusan berkata...

Anyss. Baik penyabar..

Sutera_suci berkata...

Haha..opss..tergelak besau pulak

Hang punye ayat kat kotak komen ni, panjang bebeno..hehe..nice :)


Dah tak ingat dah nak tulis ape td..

Selamat la ye..selamat bekerja! hehe..peace!


Salam kenal :)

azieazah berkata...

Selamat bercuti dan juga selamat bekerja keras. Buat ikut kemampuan jangan sampai pengsan.

Sahabat? Saya sudah lama lupa bila kali akhir saya pernah ada sahabat..

Saya hanya ada ramai kawan-kawan, yang begitu baik sehingga tidak perlu seorang sahabat lagi.

anyss berkata...

iDAN: kalau masih berkerja dah hilang ramai kawan, lagilah tak ada bila tiba masa pencen nanti kan...

Berbicaralah di blog. Biarkan resah yang berladung dijiwa tercurah di situ...akan adalah nanti kawan yang baru

anyss berkata...

Eelobor: hu hu hu kerjanya sikit sahaja sebab semangat bercuti lagi tinggi. Tenaga juga kena kumpul weekend lepas kerja siang dan malam, pagi dan petang...

Esok lah sambung kerja ya ...

anyss berkata...

ZZ: terima kasih. Hakikatnya saya ni panas baran...cuba baca entri "cara-cara tangani panas baran"

anyss berkata...

Sutera suci: selamat datang. Hu hu hu boleh buat entri kan...sampai lupa pulak nak komen apa hu hu hu

Jangan serik datang lagi ;)

anyss berkata...

Azieazah: Anggap sahaja saya terlalu emosi bila mengenangkan janjinya. Kota Frankrut temukan kami, namun suasana dah lain sangat. Rasapun berbeza...masih lagi di dunia, usah di tanya bagaimana nanti kalau di alam sana ;)