Entri ini pernah diterbitkan dahulu
Tahun lepas.
tentang Tasbih Cinta Untuknya
Hanya nak ulang siar semula
tanpa mengangkut segala gambar
dan rasa
sekadar puisi sahaja
Mek, Aku Terlalu Ingin
Mek, aku berusaha jadi anak terbaik
sentiasa patuh ingin seorang ibu
selalu redha mahumu
akan lunasi seluruh mimpimu
tunai semua hajatmu
Setiap detik kuingin jadi anak terbaikmu
yang menyenangkan hati lusuhmu
yang gembirakan minda jiwamu
yang ceriakan setiap harimu
yang menenangkan sepenuh ragamu
Mek, bantulah daku jadi anak terbaikmu
dalam upaya nan terbatas ini
restuilah aku terus gigih mencari redhaNya untukmu
dalam kehilangan daya tak terucap ini
kuingini contohimu mengharung payah hidup dalam sabar
kumahu sepertimu kebal menahan taufan sukar
tega menadah ribut gundah
Mek, kuingin jadi anak terbaikmu
yang akan sentiasa meranumkan kuntum senyummu
yang akan sentiasa membanggakanmu
yang akan selalu meriakanmu
yang akan selamanya mengekang gundahmu
Mek, aku terlalu ingin
menjadi anak terbaikmu dalam waktu terhad ini
biarpun upayaku kian terbatas
biarpun masa berlari itu terlalu pantas
dan aku lelah terjelepok kehilangan nafas
aku tetap ingin menjadi anakmu nan terbaik
biarpun, aku tidak pernah begitu
di matamu di hatimu.
Mek, aku tetap sentiasa ingin menjadi anak terbaikmu.
Kota Bharu
Mei 2008
Kalau nak dengar lagu, silalah ke entri Ratu Hatiku ini
9 ulasan:
As salam, hello
saudari teringat Mek berapa kali sehari. Sms telefön,
ingat ibu juga, ada jihad juga..
Fuyyo tuah,
ibu boleh baca puisi..
terbaik..menarik...
Selamat menyambut Hari Ibu juga buay ANYSS.
Tak kelik KB kah?
selamat hari ibu buat mek
ZZ: Wsalam. hello! hello! Mek tak nampok nak baca sms...bahasa kontot-kontot dia tak faham ;)
Apalah sangat takat puisi...Mek baaaageh pun buleh ;)
ArulchelseA: terima kacihhh
Azieazah: timer kacih Sob! sob! sob! ----> lambatnyeee nak balik kg huWaaaaaaaaaaaaaa
Eelobor: selamat! selamat! selamat! nanti anak Mek bagi perfume bawak balik seberang lautan biru buat Mek tercinta...errr ayah dapat jugak. Kalau tak, jeles la pulak ;)
Catat Ulasan