Jumaat, 6 Mei 2011

Jenis Blog Aku Suka Baca

Tak kesahlah kalian setuju atau tidak
bila aku tulis pasal
kerna itu tentang aku
yang rabun mata dan sering migrine
mungkin hanya sesuai untuk aku
namun, itulah hakikatnya

Aku suka baca banyak blog
mungkin blog kalian juga
sekali singgah hati tertawan
berulang kali singgah terus jatuh cinta
akhirnya sentiasa singgah menyinggah
atau mengumpulkan singgah kiranya
tak mampu sampai setiap hari

aku suka baca blog ondscene dan mazidul
beritanya lebih terkini daripada siaran TV
lebih telus dari akhbar arus perdana
lebih terperinci dan boleh dipercayai
lebih foto di tempat kejadian
sekali singgah hati tertawan
berulang kali singgah terus jatuh cinta
akhirnya sentiasa singgah menyinggah
atau mengumpulkan singgah kiranya
tak mampu sampai setiap hari

aku suka baca blog macam blog Hidup biar Sedap dan …yang ingin kukongsi…
seorang “surirumah kepoh” seorang lagi pekerja yang “biasa-biasa sahaja”
menurut mereka, bukan aku yang kata...
realitinya kedua mereka sangat mandiri
bagai Mek di kampung yang perlu panjat dinding tutup atap bocor
namun Kujie panjat dinding mengecat rumah
buat menyambut suami tercinta
entri mereka cerita ceriti tentang blog
tentang suami,
tentang anak-anak
tentang masakan
tentang khidmat masyarakat juga
usah memandang sebelah mata
mereka kepoh di dunia maya
mereka hidup zaman IT
diceruk dapur berteman komputer
sekali singgah baca entri hati tertawan
berulang kali singgah terus jatuh cinta
akhirnya sentiasa singgah menyinggah
atau mengumpulkan singgah kiranya
tak mampu sampai setiap hari

aku suka baca blog macam blog Sekadar Berkongsi
entrinya pendek, cacatannya telus dari hati
tulisnya biasa-biasa sahaja,
namun kerapkali buat aku berfikir falsafah sebaliknya
ceritanya biasa-biasa sahaja
tentang bola
tentang Muaz
tentang aktiviti sekeluarga
tentang balik kampungnya, namun…
sekali singgah hati tertawan
berulang kali singgah terus jatuh cinta
akhirnya sentiasa singgah menyinggah
atau mengumpulkan singgah kiranya
tak mampu sampai setiap hari

aku suka baca blog macam blog Keluargaku Sayang
terpenuh kasih sayang dan harapan
terisi keindahan dan kesederhanaan
kerapkali mengingatkan diri
landasan hidup dan arah tuju
sekali singgah baca entri hati tertawan
berulang kali singgah terus jatuh cinta
akhirnya sentiasa singgah menyinggah
atau mengumpulkan singgah kiranya
tak mampu sampai setiap hari

blognya bersifat pribadi
namun kisahnya tentang macam-macam realiti
dilaluinya ketika bertugas
buatkan kepala kerapkali sakit
betapa masyarakat kita makin tenat minda
makin hanyut diri
sekali singgah baca entri hati tertawan
berulang kali singgah terus jatuh cinta
akhirnya sentiasa singgah menyinggah
atau mengumpulkan singgah kiranya
tak mampu sampai setiap hari

aku suka baca blog macam blog Penyair iDan Radzi
terisi keluh kesah pekerja kerajaan dah pencen
terukir sendu pilu bersama keluarga
sahabat handai
tergambar bahagia dan gembira seorang atok
baru mendapat cucu sulong
sekali singgah baca entri hati tertawan
berulang kali singgah terus jatuh cinta
akhirnya sentiasa singgah menyinggah
atau mengumpulkan singgah kiranya
tak mampu sampai setiap hari

Aku suka juga baca blog Hazrey
hanya sesekali singgah
mata tak mampu bertahan lama
menatap tulisan berlatarbelakangkan hitam
akan mengundang migrine andai bertapa lebih 5 minit
namun sesekali memaksa diri juga
ayatnya sering mengusik kalbu
katanya selalu mencuit minda
sindirnya sentiasa menyinggul akar fikir
kalaulah aku mampu buat permintaan:
Tuan Hazrey, boleh tak tukar latar belakang blog anda
menjadi warna lembut
walaupun nampak macam feminin
daku tetap tahu dia lelaki sejati
Namun
siapalah aku untuk memohon begitu ;)


Sebenarnya
masih banyak blog lagi aku suka singgah menyinggah
membaca pengalaman dan perasaan
menelaah buah fikir setiap insan
menghayati semua pengalaman
agar boleh jadi sempadan
agar boleh jadi tauladan
agar kaki ini tidak tergelincir ke cenuram.


~~Anyss~~
Bandar Baru Bangi
4 Mei 2011

18 ulasan:

Tieah Madian berkata...

Suka jugak baca blog Mazidul.. pendedahan berani mungkin sebab latar belakang da sebagai wartawan kot.. Ngee :)



Entry Terbaru : Cara Dapat Topup Free Secara Berhemah

OCEAN ROVERS berkata...

saya tertarik dengan cara penulisan cik anyss si empunya blog ini, keseluruhan penulisan perkataan di setiap entri cik anyss jelas menunjukkan yang ia datang dari hati. HaHa.

Sila update selalu, supaya saya boleh baca selalu~

eelobor berkata...

terima kasih kerana blog Sekadar Berkongsi turut tersenarai dalam blog yang suka cik anyss baca. huhuhu, thanx

Cetusan berkata...

Elok2 la tak elok memaksa org baca

azieazah berkata...

Salam.
Terimakasih sudi menyebut, sudi menyukai, sudi menyinggah, sudi mengomen dan pelbagai kesudian lagi...

Semuanya terasa dekat di hati, wpun jauh jarang berjumpa, yg berada di hati terus bertakhta.

Unknown berkata...

kak ayu suka baca blog kamu.. sebab tulus dan ikhlas..

caluk@cencaluk berkata...

Sib baik blog katak kau x baca selalu. Kalau x bertambah migrain lagi ha ha

anyss berkata...

d-Tieah: betul! berani tapi benar

Nazree: terima kacihhh daun keladi...selalu2lah datang lagi ;)

daku hanya insan biasa, punya lebih banyak kurangnya...3 kali seminggu updet cukuplah ya hu hu hu karang jemu pulak terlampau2 updet

anyss berkata...

Eelobor: Asal tak sebabkan saya migrine...ada intinya, memanglah akan baca. terutama kalau tampal muka Muaz (nak book buat menantu ni ;)), ada kuih muih kg kito...ada laporan bola...terjah sokmo walaupun kadang2 terjah tanpa online blog sendiri.

anyss berkata...

ZZ: siapa daku di hatimu untuk memaksa bertandang ke sini ...adussss syahdunya!

anyss berkata...

Azieazah: Wsalam. Lebih elok dekat di hati dari jauh di hati ;)

jarang bersua tak mengapa, kumpulkan rindu hingga penuh didada...kelak bertemu amat bermakna ;)

ondscene berkata...

terimakasih cik annieyss yg seorang yg rajin menjengah blog saya. dan turut serta mendaftar dan memberi komen. Anda punya tajuk blog tersangatlah menyentuh kalbu, menyebabkan boleh menyejukkan hati.ha..ha.!!
teruskan berblog, dan jangan jemu pula singgah ye walaupun kadang2 takde kes utk diupdate!
salam hormat.

iDAN berkata...

pemblog ini mungkin meniti hujungnya... catatan ini akan ketemu titiknya...

Unknown berkata...

best baca blog you..

anyss berkata...

Abg Sham: Errr...err...syahdu dan terharulah pulak dengan kunjungan empunya ondscene di teratak bawah lembah ni...

anyss berkata...

iDan: Sebelum dinoktahkan titik akhir itu, biarlah sama2 diisi dengan erti kehidupan...agar coretannya sentiasa segar di dunia maya, biarpun di alam nyata kita bukanlah sesiapa ;)

anyss berkata...

Aku belajar menulis: Selamat datang dan jangan lupa selalu2 datang ;)

Tanpa Nama berkata...

huaaa. nice entry :)