Isnin, 23 Mei 2011

Bila Memilih, Kupilih Apa Yang Terbaik Untuk Semua

meniti perjalanan hidup
akan ada kos melepas
kita tidak mampu mengangkut
isi dunia ke dalam hidup sendiri

bila berdiri di sini
tak mampu untuk ada di sana
pada waktu yang sama
bijak-bijaklah memilih
untuk berada di mana
kerna kita tak mungkin dapat
berada di banyak tempat waktu nan serupa

apabila aku di sini
tidak bermakna tidak suka ada di sana
seperti mana bila aku tiada di sini
tidak bermaksud lebih seronok di sana
bila tiba saat untuk memilih
aku sebenarnya lebih banyak untuk berada
di tempat yang menyenangkan hati ramai orang
bukanlah di tempat yang hanya menyenangkan hati sendiri

maaf, aku selalu gagal
untuk memilih sesuatu yang terbaik
untuk diri sendiri
hanya memilih
apa yang terbaik untuk semua orang.

~~Anyss~~
18 Mei 2011
Bandar Baru Bangi

4 ulasan:

Cetusan berkata...

Kos melepas kahwin, belajar.

eelobor berkata...

aku juga sedang berkira2 tengah membuat pilihan sekarang....

Ann Huda (Ate) berkata...

Pilih lah apa jua yang terbaik buat 'iman' kita.

azieazah berkata...

Lmurah kita, terkhilaf lalu tersalah pilih.

Patah balik, dan pilih semula. bleh gitu?