Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Bajet 2012,
akan dibentangkan di Parlimen pada 7 Oktober 2011,
adalah inklusif,
bertumpukan rakyat dan meningkatkan langkah-langkah transformasi.
sesuai dengan dasarnya 1 Malaysia Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.
Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP)
meletakkan asas yang kukuh untuk transformasi ekonomi dan kerajaan.
GTP menghasilkan keputusan yang ketara dalam mengurangkan jenayah,
kemiskinan dan rasuah,
selain meningkatkan akses kepada infrastruktur asas,
keputusan pendidikan dan pengangkutan awam bandar.
sebab itulah mula tahun ni
2011 ini…kadar jenayah sangat rendah
mana ada dengar berlaku kes jenayah dah mulai tahun ni
kalau kita tak buka radio
akupun tak tengokpun kes-kes jenayah dilaporkan
tv kat rumah tu dah bersawang lupa nak tengok
baca akhbar pun tak
pada aku, tak ada langsung kes-kes jenayah
kes miskin
kes rasuah
semua dah sifar.
Sangat bagus negara kita ni. Sila contohi aku ya
tak sempat tengok duniapun
sangat sibuk berkerja
kalau tak sibuk cari rezeki
macam mana nak beli gula sekilo sehari
Mek ayah di kampung guna gula sekilo sehari
namapun orang Kelantan
kalau tak manis dalam senyuman
kena jugak manis dalam minuman
mana boleh Mek ayah minum air paip je setiap hari
nak juga merasa milo dan teh
walaupun tinggal di negeri paling miskin
di dunia manusia
tak kan sehayat hidup dia orang nak teguk air telaga je
(orang Kelantan mesti marah aku
Hoittttt! akupun orang Kelantan jugaklah!)
Cabaran baharu kata PM kita
peningkatan kos hidup dan perumahan mampu milik,
terutama di kawasan bandar,
mampu sewa juga sepatutnya
ye lah, kalau gula naik 20 sen
teh tarik juga naik 20 sen
bila petrol naik 20 sen
barang lain juga naiknya bukan 20 sen je
angin aku pulak naik lagi berganda
dah lah hujan dah seminggu tak turun
buat turunkan suhu hatiku ini
Abang Ensem kata
dia nak ‘satu peruntukan dana
memasukkan subjek pengurusan kewangan dalam syllabus pendidikan’.
bagus benarlah apa yang dia nak
bukan takat bonus 2 bulan gaji yang boleh habis tak sampai 2 minit
tapi memanfaatkan entah berapa ganerasi
sangat penting ya tuan-tuan dan puan-puan
barulah semua orang tahu tentang kira duit
tentang harga barang naik
tentang tambang pengangkutan naik
atau harga minyak dunia naik
tak lah jadi macam aku yang GAGAL matematik
sejak sekolah rendah lagi ni
sebab tu aku tak tahu kira harga minyak dunia
harga pasaran saham
harga getah dan kelapa sawit
yang aku tahu kirapun
harga gula naik je
tu pun nasib baik 20 sen je naik
kalau naik lebih dari seringgit
aku dah tak reti kira
dah blurrr
sila jangan jadi macam aku ya tuan-tuan dan puan-puan
PssssT: ada pokok bergoyang-goyang ditiup ribut bagi tahu aku, bonus kakitangan awam untuk 2012 akan dapat 2 bulan gaji. Errr itu bisik-bisik goyang masa aku tidur dengan nyenyak dalam ekon semalaman setelah 2 hari berpeluh.
Errrr…ada pelepasan cukai tak untuk bil letrik bagi orang yang guna ekon pada musim panas macam ni? Maklumlah, aku dulu lahirnya masa musim salji di Kutub Utara…pantang panas sikit nak sembunyi dalam peti ais hu hu hu
Pssst: Aku suka berangan. Paling suka berangan pasal biri-biri gemok. Tapi, lagi suka kalau berangan dapat bonus 2 bulan gaji hu hu hu
26 ulasan:
alangkah seronoknye kalau memang dapat bonus 2 bulan gaji..huuu
ari tu sibuk bising sana sini akan ada pelarasan gaji utk kakitgn awam...tp akhirnyaa...takde..sbb kekangan keewangan negara...
nk bayar bonus 2 bulan? hmmm....entah dpt ntah tidak...sepanjang 7 thn bekerja..sebulan gaji pun tak pernah merasa bonussss
harap2 ada le tu, manalah tahu kot2 election dah dekat
berniaga air tawar kuih tawar..plangan dgn snyuman manis tk nk beli..hehehe
cuak beb..btul ke gaji naik ni.. ni mesti gaji2 sedunia turun ni..tu yg krajaan naikn gji..hahahaha
nak 15 bulan bonus....
Bonus 2 bulan gaji xpernah menjadi mimpi aku apatah lg nak tercapai di alam realiti.... Moga doa kailan dimakbulkan, dapat la aku merasa sama.... hehe.....
kemungkinan adalah besar utk dapat bonus pasai election dah hampir...
tapi jgn lupa kenaikan gaji dan bonus adalah digarap semula dgn kenaikan harga kawalan warangan utama yg lain seperti yg sudah2 kita lihat selalu..
dalam gembira kita alpa...
anyway..sebenarnya negara kita kaya dan tak perlu membebankan rakyat dgn kenaikan barangan sekalipun ganjaran bonus diberikan kepada kakitangan .. lihatlah apa yg terjadi dgn project gajah putih kat port kalang tu..?? berapa billion hangus>>??? itu baru satu saja contoh...@
assalam..
sy gak xde bonus.. tgh kumpul bonus akhirat hehehe :D
Chenta: Usah berhenti berangan (berangan tu tak perlu bayar, boleh aje...) mana tahu anganan itu menjadi nyata, macam angan-angan Kate kahwin William menjadi nyata ;)
Mama Gee: selamat datang. Saya pernah rasa bonus sebulan gaji...tapi masa tu adik2 tengah belajar lagi, jadinya...tak merasa jugak hu hu hu orang kata kalau bukan rezeki kita, dah masuk mulutpun boleh muntah balik ;)
Sharinginfoz: Aminnnnn makbullah doa semua orang
ArulchelseA: hu hu hu tak dapeknya den nak nolong
Eelobor: 15 je? kenapa tak cukupkan 2 tahun ;)
Geez: Aminnnnnnnnnnnn ramai2 kita doa biar makbul
Lana: Ya...semuanya naik, termasuk darah. Hujanpun dah malas nak turun sekarang...panas!
Wsalam: bonus di sana lebih besar biarpun modalnya kecil je. Bonus di dunia kena pakai modal yang besar, tapi...sikit je pun bonus tu
erm ye lah hr tu pundgr dr org treasury kata nk bt pelarasan gaji.ttbe xde plak..sbr jelah..ni plak bonus 2 bln?mcm x pcy je.tp klo ade alhamdulillah..syukur sbb smua brg dh naik hrge.gaji je x naik2.
haha... bonus 2 bulan??????? dengar berita boleh dapat heart attack la.... mcam kita dengar berita gembira kenaikan gaji guru tapi malangnya 1 sen pun tak dapat
syukur la lau dpt bonus..tp lg bek lau nek gaji..hehe
kawe sokong BN walau macenamepongggg....
Noorhayaty: hu hu hu apa salahnya dengar berita gembira walaupun tadakkkk apapun...paling tidak sedap hati sekejab ek?
Mr Love: dengar boleh...percaya tu JANGAN la la la
maxkulll: alhamdulillah...apa-apapun ok asal jadi nyata ;)
salehuddin: Hoh tu diaaaa....sokong jange tok sokong ----> saya BERKECUALI parti cap Goreng Pisang je la la la
Bila la nak merasa bonus 2 bulan gaji..kerja untuk rakyat..siapa akan bela kita?
Chekley: Diri sendiri kena bela ;) Itu realitinya. Harap kat orang terteraplah
Catat Ulasan