Rabu, 16 Februari 2011

Pulut Apa? Pulut Jawa?

Berkat Maulidur Rasul agaknya, aku berkesempatan merasa makanan ini. Cantik je bungkusnya. Ada seni yang tersendiri.


Isinya juga comel molek. Tengok pun dah tahu pulut tu asalnya dikukus. Digaul santan. Kalau orang Kelantan, dah pasti akan tabur gula juga hu hu hu


Di dalamnya ada inti…macam serunding. Sedikit pedas. Tak manis. Sangat sempurna. Sedap.


Aku penggemar pulut. Kalau aku kata sedap, dah paasti akan tersangat sedap. Sebab utama sedapnya itu sebab pulut tu dikukus dan diletakkan santan. Kalau letak serunding daging…fuyooooooo tak boleh bayangkan macam mana enaknya benda ni.

Namanya Pulut Jawa. Tak tahulah asalnya dari mana, tanah jawa kot.

Ada sesiapa tahu macam mana cara nak buat? Nak kena tanya Kak Kujie ni, mak mertua Kak Jie kan jawa. Mana tahu ilmu masakan jawa telah diperturunkan…er, agak-agaknya, Kak Jie ada baca tak blog ni?

6 ulasan:

gadisBunga™ berkata...

suke pulut. jadi sudah semestinya saya akan suka makanan ni. :)

Cetusan berkata...

Bila dah siap, sound sini.

eelobor berkata...

pulut kering ike masin jugok hok sedak....tok pom alik golok sana. pulut ayam

Kujie berkata...

bila balik kampung mertua, ikut dia pergi kejubus, dapatlah merasa pulut macam ni

anyss berkata...

Kak Jie: Kejubus tu apa benda?

Kalau kak Jie ada resipe ni dan dikongsi, bukan sahaja boleh promosikan pulut yang sedap ini dan riwayat makanan tradisi ini akan lagi panjang ---> cadangan je, belum tentu saya buat. Kalau jemput makan, memang tak tolak ;)

Amie berkata...

seronoknya...mcm2 budaya,mcm2 makanan boleh kita rasa...saya pun nak dalami masakan jawa, byk yg sodap2