Khamis, 17 Februari 2011

Membayar Hutang

Dah lama aku dapat tag ni dari Aanas. Masa tu aku melompat merata-rata tempat hingga tak sempatpun nak basuh kasut di rumah. Dasat tak?

Kebetulan terpaku depan TV3 tengok drama yang menarik sempena Maulidur Rasul, terus sahaja buat apa-apa yang patut. Hasilnya, inilah hutang yang aku tebus itu. Maaflah ya Aanas, ambil masa yang lama juga untuk buat semua ni.



Namun ada syarat2 la pulak kalau nak amik award nih...
Syarat-syarat:

1. Jangan kerek. Ucapkan Alhamdulillah dulu, pastu thanks giver award ni

Alhamdulillah sebab sihat badan, lapang fikiran, tenang hati, damai jiwa, :) ...
Again, thank you Aanas sebab ingat kat saya tapi maaf zahir batin ya (macam nak raya pulak) …sangat lambat baru jawab tag ni hu huhu hu baru jejak bumi bangi ;)

2. Jangan kedekut, kongsi nikmat bersama rakan-rakan lain2

Nak kongsi ngan:- SEMUA yang baca entri ni hari ini ;) [nanti nak check saya yang baca la la la ---? siap ugut lagi tu hu hu hu ] Gurau je!

3.TUJUH perkara tentang diri saya:

1. Sangat suka jalan-jalan, melancong tengok tempat orang walaupun…akhirnya semua itu melencong akhirnya.
2. Sangat suka membaca dan menulis walaupun sangat-sangat tak sempat. Paling kurang baca dan tulis blog.
4. Sangat tak suka shopping, lagi-lagi kalau ramai-ramai. Ada masa sangat malas nak shoping tapi kalau dah shoping, memang boleh muflis hu hu hu alang-alang shoping kan!
5. Sangat suka cheese kek, asam pedas dan tomyam.
6. Perahsia kecuali dengan orang tertentu. Tak suka cerita hal peribadi kepada orang.
7. Sangat tak suka aktiviti bergosip tak kiralah di pejabat, tepi pagar rumah, beratur kat tangga sambil cari kutu ataupun gayut kat tepon. Kekadang terpaksa tadah telinga orang datang mengadu, kerap juga membebel kat telinga tertentu kalau toksik penuh dalam darah. kesian betul orang yang terpaksa dengar tu…


Nasib baik 7 je…kalau berderet mintak sampai beratuihhhh, tahun depan pun belum tentu terjawab tag ni hu hu hu

7 ulasan:

zeqzeq berkata...

saya suka..suka suka

eelobor berkata...

alamak....saya banyak sangat la hutang2 lama award nie. hehehe

gadisBunga berkata...

tak suka gosip gak! oh pelisss....

anyss berkata...

Zz: suka apa?

Eelobor: Hu hu hu tak tau jugak benda2 gini wujud, x reti nak jawab menjawab ni

GB: hu hu hu dek sebab tak mau bergosipppp, orang kata saya SOMBONG. Lantaklah!

Aku Dan Teksi berkata...

nak ambik award

Kujie berkata...

kita pun tak suka shopping....rimas orang ramai.

bab bergossip tu..sekarang zaman teknologi, orang muda dah jadi kaki pengumpat, bukan makcik2 tepi tangga lagi

anyss berkata...

Kak Jie: mak cik-makcik tepi tangga zaman sekarang bincang pasal sekolah anak-anak, aktiviti surau dan cara tingkatkan trafik blog ;)