Sabtu, 19 Februari 2011

Aku Hanya Semut Merah

Rajin tak aku hari ni? Kemaskini blog pada hari Sabtu. Fuyooooooo cayalah!

Salleh Yaakob pernah nyanyi lagu ni...antara liriknya, “Aku Hanya Semut Merah”. Apa maknanya tu? Kalau dihayati senikata lagu berkenaan, ayat “Orang yang tak punya apa-apa”, “Kau si raja harta, Ku raja sengsara”, dan “Aku orang kecil, Engkau orang besar…Engkau ibarat gajah, Aku hanya semut merah” dah beri gambaran kepada kita makna ayat tu.

Ya, Aku Hanya Semut Merah..maknanya aku serba kekurangan, tak setanding dengan kau hu hu hu boleh gitu? Hebat sangat ke macam tu? Kalau kita GAJAH, memanglah seronok. Boleh lanyak apa sahaja yang menghalang di hadapan. Reba berduri, semak samun, ranjau dan lalang...sekali lanyak sahaja dah terang benderang. Dah lunyai dan bersepai, mudah sahaja kita melangkah ke hadapan.

Bagaimana kalau kita jadi semut merah? Bila sebut semut, hingga hari ini belum ada semut gergasi yang lebih besar daripada gajah kan? Maknanya, tetap kecil di mata. Di hati?

Namun, agak-agaknyalah...kalau semut merah dan gajah itu beradu tenaga, siapa akan menang? Selamat berfikir pada hari Sabtu ;)

PsssT: Ada sesiapa nak tolong buang semak samun kat belakang rumah tak? Gajah berlindungpun dah tak nampak, apalagi takat semut merah yang bersarang hu hu hu sangat sadis!

9 ulasan:

gadisBunga™ berkata...

rasanya gajah kalau pijak semut tak mati kot semut tu.

rasanya la....hihihi~

Cetusan berkata...

Semut geget tiger gajah.
Rajinnn.
Saya puji.

anyss berkata...

GB: hu hu hu penah tengok tak?

Zz: sape yang rajin? Semut ke gajah?

ADLIL RAJIAH berkata...

semut serang gajah secara berjemaah, agaknya kalah jugak gajah tu! hihi :P
Saat Aku Kau Pilih"

abigemok berkata...

kalau semut lawan gajah rasanya semut yg menang. hik3

Kujie berkata...

orang yang tak punya apa-apa
dengan
aku serba kekurangan

tu berbeza maksudnya - satu tak ada apa2..kosong

satu lagi..ada tapi tak cukup

hehehe

azzad berkata...

kalau suka melancong jom join saya
lawat www.cuti-libur.blobspot.com untuk maklumat lanjut.

anyss berkata...

Jiji: apa yang penting? KERJASAMAAAAA hu huh u

Kyuubi: saya belum penah jadi pengadil haiwan gusti hu h u hu x tau :D

Kak Jie: Betul! betul! betul! tak sama. Selalu jugak rasa tak pernah cukup dengan apa yang ada...mulalah dok nyanyi lagu ni hu hu h u masa bersyukur tu...insaflah jab ;)

anyss berkata...

azzad: selamat datang. duit tak berapa nak cukup nak pi jejalan ;)